Sabtu, 31 Januari 2015

Welcome January Signings!!

Selamat datang ke kelab hebat buat 2 pemain muda Krystan Bielik dan gabriel Paulista. Bielik pemain Poaland berusian 17 tahun dibeli dari Legia Warsaw dengan harga 2.4M beraksi di posisi DM. Sepertimana perangai terdahulu, Wenger kembali ke acara tradisional, membeli player muda dan menggilap bakat mereka menjadi superstar, jadi setelah nama2 seperti Poldi, Santi Cazorla, Ozil dan terbaru Alexis rata2 Gooner mengharapkan Wenger menambah skuad dengan pemain yang dah established tapi Wenger tetap Wenger, tabiatnya tidak boleh dibuang begitu sahaja. Walaubagaimanapun, Bielik menjanjikan potensi yang nampak boleh pergi jauh. Umurnya tak padan dengan penampilannnya, tinggi, tegap, boleh kawal bola -ciri2 kereta kebal diperlukan depan back four-dan terus diserap ke dalam skuad utama. Dia mungkin akan dapat beberapa minit gametime musim ini, expected dalam game liga atau FA  ketika kita dah selesa leading dan opponent dah nampak seperti tak sabar nak naik bas pulang. Back up yang bagus bagi Coq, Flamini dan Arteta, atau jugak Chambers.Ini kalau dibela elok ni , bagi makan sedap, boleh jadi aset. Mungkin Wenger dah sedar kepentingan fizikal di tengah padang kerana ketika ini rata2 individu yang kita ada teknikal tinggi tapi agak rendah dari sudut ketrampilan.




Seorang lagi player berwajah bengis diangkat dari Villareal dengan persetujuan sama, Joel Campbell dipinjamkan ke sana hingga akhir musim mengikut jejak Poldi ke Inter manakala Sanogo ke Crystal Palace. Berani betul Wenger loan out striker2 3 sekaligus, ada yang nak masuk ke? harapan... Ok berbalik kepada Gabriel Paulista, player versatile boleh main mana2 posisi di back4 tapi specialist di CB. Mempunyai pace,stamina dan fokus yang tinggi. Interception bagus. Namun seperti Koscielny di peringkat awal kehadirannya, perlu bina badan dan kekuatan fizikal lebih sedikit bagi menghadapi corak BPL yang jauh lebih tough dari La Liga. Dia dulu beraksi bersama kelab Brazil division bawah, baru tolong team promote, Villareal panggil bukak pintu untuk cita2nya beraksi di Eropah baru musim lepas. Arsenal nampak bakat terpendam yang boleh digilap lalu menyambar, Gabriel yang memang tak payah pikir panjang bila team power datang offer terus mengikat kontrak dengan nilai perpindahan dianggarkan 11.3M. Cuma menjaringkan gol bukan kemampuannya, tapi kita dah ramai orang lain boleh skor dalam skuad, lagi bagus kalau dia boleh tumpu pada kerja2 defending. Ada yang mengatakan dia memiliki ciri2 sama seperti Verminator, ada yang mengatakan aksi dan potensinya mirip Koscielny. Gua pun belum pasti tapi apapun kita kena bagi dia masa untuk menyesuaikan diri, bukan mudah terutama diakui Wenger, dari segi bahasa lebih2 lagi diapit oleh player2 Jerman,France, England dan Spain di department pertahanan . Kalau dia boleh adapt macam Alexis itu dah suatu yang cukup bagus.





Biarpun muka nampak memang nak tackle orang jek kerja, tapi dalam hati ada taman. Gua tak paham tapi gua rasa dia sayu dan sedih dalam membuat keputusan untuk meninggalkan kelab Villareal, itu baru setahun setengah, kalau dah sedekad yang siap ada match testimoni gua rasa lagi sebak dia. Tapi itulah semangat dan perasaan cinta yang kita mahukan, loyalti. Harap dia dapat kembangkan kerjayanya di Arsenal dengan penuh jaya.



Agi idup agi mengGunners!!!


Seni Little Mozart bawa Arsenal mara dalam Piala FA

Arsenal 3 Brighton 2

Walcott dan Ozil kembali dengan bergaya, berjaya merakamkan jaringan peribadi setelah berbulan kena badi kecederaan, tapi yang mencuri tumpuan adala Thomas Rosicky, kuda tua yang tak dimamah usia. Ketika Men of form seperti Cazorla dan Alexis direhatkan, Rozza tampil mengisi kekosongan dengan slumber bak zaman muda2. Bangga dan gembira dapat tengok persembahan class nya tempoh hari.Sebijik gol sebiji assist, MOTM.





Ending yang agak cemas tapi kita berjaya mara. Kelemahan di bahagian pertahanan harus diperbaiki terutama dalam kelekaan terlalu asyik nak menyerang, kita memerlukan disiplin dan kewaspadaan sepertimana ketika kita menentang City. Perasaan menghormati lawan dan humble kadang kala elok juga dalam kita nak sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa berpijak di bumi nyata. Dengan pemain2 teknikal yang dimiliki, Arsenal sebenarnya mampu menunjukkan sesi taktikal yang bervariasi, ada ketikanya api tidak boleh dilawan dengan api, ada komponen lain. kita kena terapkan gameplan ini lebih kerap agar kita nampak seimbang di setiap inci padang.Opponent juga akan kaget dan buntu. Apappun kita dalam mode dan form kemenangan, kita perlu lebih konsisten terutama dalam game2 yang dipredict boleh makan.

Agi idup agi mengGunners!


Ahad, 25 Januari 2015

Tugas besar Juara Bertahan.

Aku tanya apa khabar para Gooners?  Form dan mood kita di akhir2 ini cukup tersengih riang, tatkala kemenangan 3-0 ke atas Stoke yang perkara biasa2 sahaja , Kita dikejutkan sekali lagi dengan kecederaan Debuchy kali ini kecederaan bahu tergolek ditolak pemain stoke yang memang ada sejarah celaka. Arsenal bakal kehilangan khidmat Debuchy 3 bulan. Nasib  baik ada Bellerin dan Chambers. Game ni sekali lagi Alexis Sanchez menjadi talisman kita. Kemudian kita meneruskan aksi di luar gaya Arsenal dengan kemenangan 2-0 di Etihad ke atas juara bertahan liga, Manchester City 2 gol tanpa balas, clean sheet! Pasti ramai yang teruja dengan corak disiplin Arsenal malam itu terima kasih kepada on form Santi Cazorla dan jugak aksi kemas Coquelin dan Bellerin, 2 pemain yang step up mengisi kekosongan ketika diharapkan. Ohh ya tidak lupa jugak Oooooosssspina. Masih belum bolos sejak ambil alih jaga gawang dari game menentang Hull.Itu belum masuk Ozil yang langsung tak diturunkan malam itu. Tapi kadang kala perlu akui, syok jugak tengok Arsenal menang dengan cara lain. Ramai pundit memuji resilience Arsenal malam tersebut ternyata selama ini kita boleh sahaja nak guna plan B tapi sengaja degil.Harap kemenangan ini mampu menjadi suntikan semangat untuk kita terus mengejar top table.





Lepas feel kalahkan juara bertahan liga , kita sendiri ada tugas besar sebagai juara bertahan Piala FA malam ni sebebntar lagi kita akan menentang Brighton and Hove Albion dalam pusingan keempat. Arsenal tak boleh leka terutama menjadi pasukan pelawat lagi2 ketika banyak upset berlaku serentak sekaligus dalam perlawanan terdahulu semalam. Chelsea, Soton,City, Spuds terkeluar sekaligus sedang United dan Liverpool perlu replay . Sekali lagi Arsenal atas kertas dilihat berpeluang cerah untuk mengekalkan kejuaraan jika kita dapat mara sejauh mungkin. Kini segalanya terletak di tangan kita sendiri. COYG!

“[Beating Manchester City] raises the belief and the confidence of the team but it also questions your ability to repeat that kind of performance, and to keep that tenacity in your concentration. That’s what will be questioned at Brighton.” - Arsène Wenger

Arsenal dah bertemu dengan Brighton dalam kejohanan ni 4 kali dan menang semua. Terbaru 2012, menang 3-2 hasil jaringan Giroud dan Theo. Tapi kali ini manager mereka berpengalaman dalam bertemu pasukan2 premier league. Chris Hughton berpengalaman luas dalam game ni jadi Arsenal kena expect tentangan yang lebih. Malam ni gua bajet player2 seperti Theo, Ozil bakal dapat peluang game time. Posisi goalkeeper tak pasti sama ada Wenger bagi peluang apda Szczesny jadi cup keeper atau terus beri kpercayaan pada Ospina. Namun kita akan turun tanpa aksi Welbeck, Chambo manakala Bellerin terpaksa melalui ujian kecergasan sebelum sah boleh beraksi.


 Arsenal 2 - Brighton 0

Agi idup agi mengGunners!!


Rabu, 7 Januari 2015

Siapa 'Kim Kallstrom' tahun ini ??

Ini antara rekod paling lama gua peram blog ni.Banyak sudah game tak berupdate, pelbagai musibah melanda Arsenal tapi tidak terlawan musibah banjir yang melanda beberapa negeri di tanah air khususnya pantai timur. Ayuh kita sama2 hulkurkan bantuan dan doa agar saudara2 kita dapat kembali membina semula kehidupan walau dalam keadaan yang sukar.

 Sukarnya untuk menyokong Arsenal lebih perit, bermula setelah game display teruk lawan Liverpool yang menyaksikan player kena stapler kepala masih boleh score last2 minit menghilangkan 2 mata Arsenal. Kemudian, Nervy win dalam London Derby bertemu QPR menyaksikan stupidity dari Giroud, player harapan wenger. Kita bernasib baik sekali lagi dalam London Derby menang di Upton Park. Tapi hidup tak semestinya indah, dan keadilan terbalas jua. Arsenal yang main tak memberangsangkan dalam game2 sebelum ini terus dilondehkan oleh Soton, pasukan yang kini sudah setaraf dari segi form dan mata. Berpunca dari shambolic performance dan defending, player terutama Szczesny dan defend buta2 hadiahkan 3 mata pada Soton yang tak perlu buat banyak kerja. Kita tarik nafas dalam liga, sambung FA Cup, ulangan final tahun lalu jumpa Hull City, walaupun banyak peluang dicreate tapi kita hanya berpuas hati dengan 2 gol.Itu pun sekali lagi terpaksa bergantung harap pada magis Alexis. Tanpa Ozil, Rambo dan Wilshere , bahagian tengah terpaksa mengharapakan Coquelin dan Chambers kadang kala mengisi slot nampak benor kurang kreativiti. Nasib baik kita masih ada kuda tua Rosicky yang tak bosan ditonton, dan jugak Cazorla yang step up sepemergian mereka yang lain.Layak dinobat palyer of the month ketika player lain semua beraksi di bawah par. Kredit juga diberikan pada Chambo yang tak lekang tenaga dan kudrat. Dia dan Sanchez, work rate memang tak boleh dipertikai.

Satu lagi positif adalah Theo Walcott akhirnya start game buat kali pertama dalam tempoh hampir setahun ketika bertemu Hull minggu lepas.Walaupun nampak kurang tajam,kita mengenali Theo sebelum ini, dia akan kembali. Ketika department defend mengecewakan, striker lagi ketandusan. Welbeck injured, Sanogo injured, Giroud suspended, Itu yang sampai Arsenal dilihat terlalu depends pada Alexis.Campbell jugak hanya jarang2 dapat peluang kurang meyakinkan untuk menjadi back up skuad.


 Satu2nya player yang dah ada reputasi dan terbukti dengan penyudahnya diakui Wenger paling baik di kelab ketika ini, Podolski, dilepaskan pulak oleh Wenger ke Inter Milan secara pinjaman. Suatu yang menjengkelkan ketika umum sedia maklum , Wenger tak akan cari pengganti dan skuad ini terlalu kecik dari segi quality depth. Tak tahulah pada anda, tapi pada gua, bukan bercakap tentang work rate, track back, versatilty, dan bagaimana Poldi dikatakan tak suite the game plan, berapa ramai lagi player yang memenuhi kriteria di atas, main luar posisi? Tapi masalahnya gua nampak Poldi tak diberi peluang dan chances berbeza dengan player2 favouritenya suatu ketika dulu. Ambil contoh Chamakh, week in week out diberi main walaupun setakat jaga pacakan rambut di atas padang kalau boleh nak jaga pacakan rumput. Jadi ini yang dipersoalkan, mengapa ada layanan umpama double standard di kalangan pemain dari perngurusan. Mungkin kalau taknak raja selfie dan media sosial darling itu, bersikap profesional, urusan di luar padang jangan dicampur dalam padang.Tengok, lihatlah, kemarahan gua pun dah sampai ke tahap prejudis. Tapi tindakan Wenger itu sendiri yang mengundang kritikan prejudis saban tahun demi tahun. Gua tak yakin kita akan bawak player Januari ini lebih2 lagi striker.DM jangan cakap la. Dah puji Coquelin bagai melambung, itu umpama hint takde transfer kut. Bagi gua secara peribadi januari transfer kali ini entah kenapa, gua tak simpan apa2 harapan, lali dengan perangai Wenger yang masih tak nampak gajah(baca kepincangan) di depan mata. Jadi siapa akan jadi Kim Kallstrom Januari 2015?

Ahad ni kita nak bayar hutang pada Stoke. Ozil dikhabarkan akan kembali setelah pulih dari kecederaan.Itu suatu berita yang gembira.Giroud jugak boleh beraksi selepas tamat hukuman.Welbeck, Sanogo dan Rambo jugak sudah tak lama dari tarikh dijangka pulih. Arsenal perlu pastikan kita keep on track, jika tidak kelayakan minima top4 akan makin bertambah sukar. COYG!

Agi idup agi MengGunners!