Ahad, 8 Disember 2013

Pre Match : Peluang menjarakkan diri

Tiada Hull lah. Selamba pasukan Arsenal merentasi halangan minggu lepas tanpa sebarang ancaman serius.  Mungkin sebab Liverpool tewas di tangan Hull sebelum itu,mereka tak ada alement2 kejutan seperti Arsenal, gamble merehatkan Giroud dan bukan Theo Walcott tapi Bendi yang diberi 1st start liganya musim ini. Tak payah tunggu lama, 2 minit dah score.Hantaran cantik dari seorang lagi player back up akibat hamstring Sagna. yang tak mengecewakan, Carl jenkinson dari belah kanan, Bendi menanduk masuk mengatasi markernya. Bendi lepas tu ada beberapa peluang untuk score tapi gagal menyudahkan, namun sebab dia dah break deadlock dan Arsenal bukan dalam urgency state, fan umpama bagi chance dan laungan2 seperti 'he scores when he wants' bergema di Emirates. Maknanya peluang2 yang terhidang tu bukanlah dia terlepas, tapi dia mmg tak nak score, gitulah gamaknya.Kah3.Macam biasa post match interview dari Wenger," Bendi boleh dhirap, Bendi ada bakat, kita dah cukup striker dan bla3". Namun Bendi sejuurnya harus lebih konsisten bagi menjamin namanya dikenang dalam batch musim ini. Satu lagi gol turut dijaringkan 2 minit sebaik sahaja sepak mula separuh masa kedua, kali ini dari MOTM Mesut Ozil.2 gol tersebut cukup meletakkan Arsenal kekal di puncak dengan kelebihan 4 mata.



Namun Arsenal boleh pergi hingga ke tujuh mata jika menang malam ini di Emirates menentang Everton. Sesudah menyaksikan team2 lain drop points, Chelsea tersungkur kepada Stoke, United 'in crisis'-macam suatu yang synonim dengan Arsenal musim2 lepas-City seri dengan Saints, ini dilihat peluang terbaik untuk menjarakkan diri terutama dalam bulan yang begitu padat dan mencabar ini.Sekurang2 jika menang malam ini menjelang Boxing Day kita masih berada di puncka liga. Selepas Everton, Arsenal perlu melalui ranjau menentang Napoli dalam perlawanan penting penentu hala tuju UCL tengah minggu ini, kemudian Manchester City(a) diikuti Chelsea(h)


Everton bukan calang2 pasukan, baru tewas sekali musim ini.Selain memecahkan badi di Old Trafford dengan kemenangan baru2 ini, mereka jugak yang menewaskan anak buah Mourinho.Walaupun baru memegang team, Roberto Martinez telah melakukan tugas dengan cukup baik setakat ini.Siapa sangka mereka berada di kedudukan ketika ini. Yang menariknya mereka memiliki set pemain yang boleh tahan bagus dan stabil.Barkley, Mirallas, Pienaar, Barry campuran muda dan berpengalaman. Kedatangan Lukaku secara pinjaman adalah satu bonus. Arsene Wenger sendiri menentang polisi pinjaman yang dikeluarkan oleh FA di mana pemain pinjaman tak dibenarkan menentang parents club. Ini bermakna ia memberi kelebihan kepada Chelsea.Mereka memiliki lambakan player termasuk yang bagus2 juga di bench, maka untuk memastikan potensi pemain ini berkembang dalam masa yang sama 'mengganggu' team pencabar lain, optionnya adalah loan out tapi mereka tak akan merasa ancaman daripada player itu sendiri, ini yang tak adil kata Wenger.Tapi buat masa ini, Everton dah pun memalukan Chelsea.Kita lihat sejauh mana point tu berbaloi round kedua nanti. Seperti Arsenal anak buah Martinez tak pernah bolos 5 dari 6 last game.Game malam ini memang dijangka tight dan sukar.Pasukan yang tak kawal disiplin, buat silap sekejap, hilang fokus bakal dihukum.Bagi Wenger, pengalaman beraksi secara konsisten bersama antara segi tiga Distin, Jagielka dan keeper Howard banyak membantu kematangan pertahanan mereka walaupun tanpa star mereka Baines yang mengalami kecederaan. Itu juga yang cuba dipraktikkan Wenger dalam tidak mengganggu pairing CB Kos da Boss dan BFG. Hasilnya ,Mael terpaksa dikorbankan buat sementara waktu.

Tiada sebarang kecederaan tambahan dan jugak kepulangan player.Podolski walaupun telah menjalani latihan bersama full team masih belum match fit, Sagna masih cedera ini bermakna Jenkinson akan meneruskan usaha di sebelah kanan. Lain2 available dari game lepas.Giroud akan kembali dari rehat menolak Bendi kembali ke bangku simpanan. Gibbs kembali ganti Monreal. Wilshere mungkin mengharap untuk dipanggil semula ke dalam kesebelasan utama menggantikan Rosicky, Theo masih dalam proses mencari rentak.

--------------------Szczesny-------------------
Carl---------Per-------------Kos-------Gibbs
------------------Wilshere--Flamini------------
----------Rambo----Ozil-------Cazorla--------
----------------------Giroud--------------------

Mari bersama mengharapkan yang terbaik malam ini. Mengikut statistik atas kertas, peluang kita dilihat cerah. Arsenal menang 14 dan tak pernah tewas dari 17 home game terakhir dalam BPL menentang Everton.Mereka jugak anya baru sekali score lebih dari sebijik gol dalam 21 pertemuan menentang kita. Tapi melihat kepada trend liga sekarang, apa2 boleh berlaku, itu yang menyebabkan perjalanan dalam BPL penuh drama dan tak pernah membosankan lagi2 bila membabitkan Arsenal FC!

Astro 12am. Arsenal 2 Everton 0.

Agi idup agi mengGunners!!

Takziah Nelson Mandela


0 ulasan: