Isnin, 2 Disember 2013

Jack Dan Rambo berkongsi watak-Hero

Wow macam mana mau start! 2 game, 2 menang menjadikan 3 game menang dalam masa seminggu. Lepas aksi menentang Saints hari tu kita terus mengekalkan kualiti defensive kita tanpa bolos, menang 2-0 ke atas Marseille dan tempoh hari, lawatan ke Wales gegar dengan tiga bijik. Jadi macam amna gua nak kasi pecah ini story.Mungkin begini boleh rasanya.

1.Jack On Mars

Jack Wilshere menjadi stand out performer di Emirates tengah minggu sudah. 2 jaringannya menenggelamkan kegagalan Ozil menyempurnakan penalti malam tersebut, at least boleh buat media tutup mata.Gol pertamanya dalam masa 30 saat jek tapi memang cukup cantik curl die. Arsenal tak payah nak susah2 sebab Marseille langsung tak mengancam walaupun hanya ada dapat sebijik gol sahaja 1st half. Monreal main ganti Gibbs, Flamini start game ni, begitu jugak Rosicky yang menyaksikan Santi Cazorla direhatkan. Arsenal dapat penalti melalui Rambo, tanpa ketiadaan Arteta, Ozil diletakkan selaku orang no 2 dalam skuad. Sekali keeper Mandanda ni memandai-mandai keluar awal dari garisan boleh pulak meneka tepat arah sepakan Ozil.Hampeh. tapi ref, pegawai perlawanan, linesman Euro,semua lagi hampeh. Mereka seakan2 teragak2 dan lembap buat decision , mungkin tak boleh nak cope dengan pace dan tempo dimainkan Arsenal. Penalti tu salah satu bukti daripada pelbagai, menunjukkan kelemahan mereka walhal sepatutnya sebelum tu lagi Arsenal patut dapat penalti bukan pasal Rambo yang difoul luar kotak.Apapun Ozil tak masuk, end of story.Itu gua kata tadi, kalau seorang perform malam tu tanpa setback, memang cerita2 lain depa sapu bawah carpet jek. haha. Gua ingat ia bagai satu peluang pada Marseille untuk kembali menghukum, no offense, tapi masuk 2nd half pun tak ada fight. Begitu jugak Arsenal yang tak naik gear, macam kurang urgency.Tapi kita tahu kita perlukan 2nd gol untuk bunuh perlawanan ni terus. Gandingan Rambo, Ozil Wilshere menyumbang kepada gol kedua dengan aksi gerakan yang kemas dan sempoi. Wilshere menjaringkan gol keempatnya musim ini.Di sebalik, nama yang tengah meletop, Rambo dan nama besar Ozil, kita perlu berbesar hati dengan adanya Jack yang sentiasa mempersembahkan persembahan berjiwa dan mampu  stood up bila diperlukan. 



Game ini turut dihangatkan dengan isu lengan Hulk Flamini. Gua dah perasan , nampak semacam sahaja pada baju si Flamini ni, apa dia baru kecut lepas jadi Hulk ke, tengok member lains emua pakai lengan panjang alih2 dia slumber lengan pendek. Sekali rupanya dikoyak/gunting daa..Ini bukan kali pertama, masa game lawan United pun dia dah buat, siap gaduh dengan kitman Vic Akers. Wenger juga kurang setuju dengan tindakan Flamini baginya kelab ada tradisi dan player ebrtanggungjawab patuhi tradisi kelab. Bagi Flamini pulak dia sebagai player berhak pakai apa yang dia rasa selesa yang membolehkan dia main tanpa gangguan. Pada gua benda ni kecil jek dan boleh disettle baik, memang kelab ada tradidsi untuk pakai standard, tapi kalau setakat pasal sleeve gua rasa tak banyak beza, mungkin boleh dibagi option nak pakai panjang ke pendek ikut pada kesesuaian pemain. Jadi apa beza kalau time tu satu team kena pakai short sleeve lepas tu boleh pulak ada yang pakai inner jersey yang sama warna dah nampak macam long sleeve pulak time tu. Patutnya ada win2 di situ. Apapun memang respect flamini bukan sebab rebel ke apa tapi sebab boleh terpikir idea gila itu. kah3



P W D L F A +/- Pts
Arsenal 5 4 0 1 8 3 5 12
Borussia Dortmund 5 3 0 2 9 5 4 9
Napoli 5 3 0 2 8 9 -1 9
Marseille 5 0 0 5 4 12 -8 0









Kemenangan ini meletakkan Arsenal di tangga teratas dengan berita kemenangan Dortmund ke atas Napoli 3-1 menjadikan saingan group F masih terbuka antara tiga pasukan. Memang sudah diduga group maut akan jadi begini bilamana team dapat 12 points pun masih belum tentu layak ke peringkat seterusnya. Ramai di luar sana dok kata Macam mana kalau semua tiga2 team dapat 12 point, sukar nak kira math dan situasi ini sudah pasti 1st time berlaku, jangan bimbang takkan berlaku kerana buat apa kita target 12 kalau kita boleh pergi sehingga 15 point. Kita hanya mampu disingkirkan jika kita tewas dengan beza tiga gol kepada Napoli dalam masa yang sama Dortmund harus menang ke atas Marseille yang tentunya mahukan sekurang2nya satu mata bagi maruah untuk peminat.Apapun jangan terlalu selesa, kasi selesai kerja ini dengan professional baru kita layak berbicara peringkat seterusnya.Kita memerlukan lagi malam2 Eropah yang indah sebagai variasi pembakar semangat perjalanan musim ini.


2.Rambo hormat orang kampung



Game menentang Cardiff di Wales pulak lebih menceritakan perihal bagaimana seorang budak kampung yang bercita2 besar berpindah ke ibu kota demi mengejar cita2 dan apabila telah berjaya mencipta nama , kembali melawat kampung tapi tak bongkak, tak menyombong dan sedar diri dari mana datang asal usul. Itulah Aaron Ramsey. Malah setiap dua gol yang di score nya itu tak pernah nak sambut jauh sekali provoke bekas penyokong2 yang pernah menjerit2 namanya dulu. Budak itu hormat orang2 kampungnya.
First gol tanduk memang rare. 2nd gol dia dapat time last minit lepas game dah dalam tangan, cameo dari Theo Walcott bergandingan dengan Rambo untuk bagi kenangan manis Welshman tu beraksi di tanah air sendiri. Di celah2 cerita tersebut ada jugak cerita tentang Ozil assist dua bijik, dan Flamini unsung hero masuk jadi super sub kill of the game dengan gol padunya. Szczesny jugak meletakkan kita kekal dalam perlawanan dengan menafikan sebarang gol penyamaan  Cardiff. Save yang dilakukan terhadap tandukan Campbell tu memang superb,gua bajet dah masuk.Oh ya begitu jugak dengan offside/onside insiden berlaku antara Giroud Ozil dan linesman serta ref time first half. Maaflah plot game kali ni agak bercelaru ikut suka gua saja nak state mana dulu tanpa ikut urutan tapi itulah antara moment2 penting yang mewarnai game di Cardiff tempoh hari.Bukan tempat yang senang, kedua2 kelab Manchester gagal bawak pulang mata penuh jadi kemenangan ini dalam masa yang sama mampu menghantar signal, faham2lah. Apapun gua suka dari game ini adalah kedegilan kita untuk switch off atau masuk perangkap opposition. Kita kekal fokus terutama bab bertahan. 3 game berturut2 clean sheet bukan kebetulan tanpa usaha yang mantap mustahil terhasil. Gua bangga dengan player yang kembali regroup pantas dari result United mempraktikkan teknik focus game by game. Mungkin kita masih di persada liga, tapi jangan mengharapkan ehsan team lain sahaja , kita kena berusaha sendiri untuk kekal momentum.Hull City Rabu ini, mereka baru kalahkan Liverpool , jadi jangan buat Hull.

Agi idup agi mengGunners!!!






0 ulasan: