Isnin, 25 November 2013

Post Match : Aksi SAINTSasi dari Boruc, motivasi buat Arsenal


"Yes - I told him to kick it to me on the bench!"
Haha itulah pesanan Wenger kepada Szczesny apabila ditanya oleh wartawan tentang hadiah saguhati dari Boruc yang membuka laluan pada gol pertama dalam perlawanan yang begitu ketat sekali. Dua gol dari Olivier Giroud meletakkan Arsenal kekal di persada liga dengan beza 4 mata dari pasukan ditangga kedua. Gol kedua yang menamatkan sebarang aksi melawan Saints diperolehi melalui sepakan penalti apabila Mertesacker ditarik jersinya. Ref Mark Clattenburg yang tak pernah konsisten dengan decision nya akhirnya bagi jugak penalti pada Arsenal. Game yang agak sukar sebenarnya melawan team yang well organized terutama bila mereka memegang rekod bolos paling sikit. Tapi sebelum gol Giroud pun kita dah berapa kali mengancam dengan chip Wilshere tekena tiang dalam melantun keluar, Rambo punya skill cantik pun mencium tiang. Tapi dah tertulis memang kita nak dapat gol yang buruk dipandangan mata Boruc.  Gua rasa kali pertama bolos dua bijik musim ni pasti memberi tamparan buat Pochettino lebih2 lagi mereka merasakan mereka lebih mengawal possession. Namun bagi Wenger, statistik tak membawa makna kerana jika sekadar penguasaan bola di kawasan sendiri tanpa kerap mencipta peluang di final third tak guna jugak, ini sindiran pedas yang dihalakan tepat pada jiran syok sendiri, Spuds yang dibelasah City malam semalam.Kah3. Mind the gap.



Arsenal sekarang dalam mood yang baik dan bersiap sedia untuk mengubah fokus ke satu lagi perlawanan penting dalam Champions League Group F. Kita mungkin nampak agak selsea dan selamat tapi awas jika sebarang ketergelinciran dalam game menentang Marseille esok mampu mengundang padah lagi mengetahui apa yang akan dihadapi apabila terpaksa berkunjung ke Naples di final matchday group nanti. Keterujaan wajah semasa latihan boleh dilihat ditambah lagi dengan kehadiran dua orang lagenda Henry dan Pires yang kini' menumpang mandi' di bilik persalinan yang sama. Wenger awal2 lagi menegaskan kembalinya dua orang veteran itu hanya cukup sekadar mengekalkan fitness masing2 tidak lebih dari itu, menutup segala ap abakal spekulasi.Podolski juga telah kembali ke latihan namu memerlukan beberapa minggu sebelum mampu diturunkan, ini satu lagi berita baik. Tiada kecederaan dari match bertemu Southampton, Flamini juga available kali ini. Adalah penting untuk kita tak mengambil mudah dan settlekan tugas UCL ini secepat mungkin secara professional, kita hanya perlu menang tanpa memikirkan result2 di kawasan lain ketika 2 pencabar lain Dortmund dan Napoli bertemu sesama sendiri. Tak pernah menang atau mengutip sebarang mata bukan bermakna Marseille ini pasukan sampah semata2 tapi jika tidak dilayan dengan betul, mereka mampu jadi pasukan pengacau.Rambo score 5 daripada 6 penampilan di Champions League musim ini. Dia kata Arsenal in control group F ketika ini, harapnya begitulah..Let's Walk the talk!

Agi idup agi mengGunners!



0 ulasan: