Sabtu, 23 November 2013

BPL kembali : Arsenal vs Southampton


Wenger seperti biasa kata kalau boleh taknak lah ada international break dua minggu yang ganggu momentum, tapi bagi gua secara peribadi merasakan kali ini ia hadir mungkin beresuaian pada masanya lebih2 lagi rekod tanpa kalah away kita lebur sekali lagi di tangan Manchester United..0-1 dua minggu lalu hasil jaringan RVP dari set piece, mungkin ada orang kata situasi gitu kita kehilangan Mertesacker, yang tiba2 demam, bukan dia seorang sahaja kena virus yang melanda kem Arsenal, difahamkan Arteta, Gnabry dan jugak Ozil tak berapa fit. Namun itu bukan alasan untuk mengatakan kita lemah berbanding United yang hanya dapat 2 shot on target, salah satunya jadi daringan. Mungkin expectation kita terlalu tinggi untuk menang 3 game berturut2 dalam mingu yang sukar tapi sewajarnya seri adalah pilihan jalan keluar yang lebih afdal, walaubagaimanapun itulah bola sepak, perjalanan harus diteruskan. Kita juga kehilangan Flamini melalui game tersebut akibat maksimum kad kuning.Masih top of the league.COYG!

Internationaleleh hadir membuatkan player2 boleh merehatkan minda tapi bagi segelintirnya, fokus mereka perlu ditukar memandangkan ujian getir bersama pasukan negara seperti Olivier Giroud,Sagna dan Koscielny yang mengharungi play off kelayakan piala dunia menentang Ukraine.Dan tahniah buat ketiga2 mereka berjaya membantu France mara ke Brazil.Wenger mengatakan kejayaan atau sejauh mana kemampuan pemain tersebut di peringkat kelab mampu mempengaruhi aksi di peringkat antarabangsa begitu juga sebaliknya, jadi ini bermakna harap dengan kejayaan mara, mampu lift up spirit dan semangat mereka untuk terus berjuang secara professional untuk Arsenal sekaligus melayakkan mereka dipanggil untuk mewakili pasukan negara masing2. Ada satu contoh di mana kegagalan di peringkat internationaleleh memberi effect yang begitu ketara sehingga player terasa begitu down and low, Russia gagal ke piala dunia 2010 dan Arshavin 'hilang' dibawa perasaan.Harap itu bukan kesnya bagi pemain2 yang ada kini. BUkan semua mood baik 2 minggu ni, England kalah 2 game home, Wilshere dengan Gibbs dapat peluang main masing2 tapi entah kenapa tak menjadi.Game kedua lawan Jerman , Mertesacker yang jaringkan gol, tahniah di situ, permulaan seson yang baik. Mael, tewas kepada Jepun.Cazorla Monreal tewas kepada Afrika Selatan. Rambo demam. Bendi main sejam tapi macam biasa tak pernah score.Jenkinson dapat sebijik daripada 9 yang England U21 bantai San marino. Apapun result, mood, para pemain harus pulang ke Arsenal regroup dan membetulkan fokus, kembali membantu Arsenal meneruskan momentum cemerlang di persada liga. Kali ini mereka balik2 ada bonus, dalam training mereka disajikan dengan aksi dan Skill lagenda Thierry Henry yang kembali ke Arsenal.

Seperti musim2 sebelumnya, Henry sekadar kembali bagi menumpang berlatih bersama kem Arsenal setelah tamat season MLS. Ia hanya untuk pastikan dia kekal fit bagi musim baru lagi2 ketika usianya telah mencecah 36 tahun, harus kerja lebih. Dan seperti biasa soalan yang diajukan pada Wenger adakah dia akan buat sat lagi comeback secara loan? tidak ada dalam radar.Gua rasa kalau tahun lepas Wenger tak sambung seperti  musim sebelumnya di mana dia kembali dengan penuh bergaya menambah 2 gol koleksi peribadi, jadi situasi tersebut takkan berubah musim ini.Lagipun Henry dah pernah kembali, malah dengan bergaya dan jayanya dia sign off, gua rasa Henry sendiri pun taknak ubah jalan cerita itu buat masa ini dan lebih selesea dikenang sebegitu.Namun dalam bola sepak tak ada yang mustahil.

Baiklah! Pre-match! Arsenal bakal meneruskan saingan liga menentang pasukan di tangga ketiga di laman sendiri malam ini.Ya siapa sangka dalam banyak2 team, Siants yang duduk di kedudukan itu ketika ini.Anak buah Pochetinno ni dah kerja keras dan layak mendapat reward.Menang di Anfield, berjaya seri di Old Trafford-suatu yang Arsenal gagal buat, dan hanya baru bolos 5, jumlah terendah setakat ini dalam liga. Pochetinno datang dari Espanyol, semenjak ambil alih dari Adkins Januari lalu dah jalankan tugas dengan superb. Tewaskan Liverpool, Man City Chelsea elak relegation dan sembung musim ini dari form mana mereka berhenti, kredit harus diberikan. Southampton mempunyai basis dan core yang begitu kukuh. Banyak player2 hebat dari akedemi mereka termasuk dua yang berada di Arsenal sekarang ini Theo dan Chambo. Malah daripada 89M record signing yang dapat dek Spuds dari Real Madrid, Saints dapat sebahagian peratus daripadanya.Itu adalah bukti dimana mereka tak pernah lekang bakat untuk terus survive dalam persaingan. Nama seprti Adam Lallana, Lambert, Jay Rodriguez tengah hangat di kem England manakala summer transfer mereka pulak tak kurang hebatnya, target Arsenal, Victor Wanyama dari Celtic, kemudian striker penjaring terbanyak Roma Osvaldo, serta CB Dejan Lovren. Mereka ada sebuah pasukan yang mantap dan sedia memberi saingan, Arsenal tak boleh mudah berasa selesa dan perlu elak masuk perangkap.Style play yang digemari Pochetinno jugak lebih kurang sama Arsenal, 4-2-3-1. Gam malam ni pasti hangat dan menarik.


Arsenal diberitakan dengan suatu yang memberi moral boost, apabila Theo Walcott disahkan oleh Wenger akan kembali disenaraikan dalam skuad menentang bekas kelabnya.Mertesacker yang terlepas aksi menentang United tak ada masalah untuk kembali memperkuatkan pertahanan bergandingan dengan Koscielny. Wilshere nampak fit dan hadir dalam latihan first team. Flamini digantung satu perlawanan.Rosicky tak dapat bersama akibat demam.Ryo cedera dalam game reserve menentang Norwich. Podolski tak begitu jauh untuk kembali, mungkin dalam 2 3 minggu. Lain2 kecederaan panjang, Chambo dalam masa sebulan, Sanogo akan kembali Januari, manakala Abou Diaby anak angkat Wenger akan kembali- tapi tak tahu berapa lama sebelum masuk balik hospital-, March .

-----------------------Szczesny-----------------
Sagna---------Per------------------Kos----Gibbs
------------------Arteta----Wilshere------------
--------Rambo--------Ozil-----------Cazorla----
-------------------Giroud---------------------------

Arsenal tak pernah tewas kepasa Southampton di gelanggang sendiri sejak 1987. Menang 13 , seri 5 daripada lapan pertemuan terakhir. Southampton hanya bolos 8 bijik dari 14 game terakhir liga, dan tak pernah bolos lebih dari sebijik dalam game2 tersebut. Mari mengharapkan Rambo dan rakan2 meneruskan form baik kita. Pasukan di tangga pertama menentang pasukan di tangga ketiga. Arsenal 3- Southampton 1

Astro 10PM.

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: