Sabtu, 9 November 2013

The Hunger Games : Manchester United Vs Arsenal


Deja vu dalam bola sepak.Perkara yang sama berlaku ke atas Arsenal sewaktu di Emirates, terjadi pada tuan rumah Dortmund.Mereka mengasak2 bagai nak gila, attack dari segenap sisi tapi akhirnya Arsenal yang berjaya pulang tiga mata melalui 1st shot on target. Bola hantaran Ozil, disetting baik oleh Giroud, Rambo yang tengah on form , tahu bila patut berada di tempat yang sepatutnya, hanya perlu sambung tanduk sahaja untuk mengesahkan Arsenal sebagai pasukan pertama dari England untuk menewaskan Dortmund di Westfalenstadion dalam kejohanan UCL.Rambo ni memang tengah high.Berbeza dengan 150 penampilan sebelum ni dia dapat 11 biji gol, musim ini dia hanya memerlukan 17 game sahaja untuk dapatkan jumlah yang sama. Kita memerlukan lebih ramai karektar sebegini , step up ketika keadaan memerlukan. Tapi perjalanan kerjayanya penuh ranjau pasang surut turun naik, hampir tidak diberikan harapan oleh segelintir fan, Rambo kembali membuktikan mitos phoenix bangkit ada impaknya.

Bertandang ke Dortmund,Ini percubaan kali ketiga Arsenal dan kali pertama ex player Dortmund Rosicky bertandang ke kelab lamanya sebagai pemain lawan, dan ternyata Rosicky tidak mengecewakan dengan persembahan bertenaga penuh determination dan professional. Mengisi slot kekosongan Jack, Rosicky dan rakan2 seperti Arteta serta Rambo banyak menjadi nadi tengah mengawal disiplin agar tidak leka dalam membantu pertahanan kita sebagai satu unit.Gua nampak gandingan midfield kita semakin lama makin serasi bersama.Apa yang lebih meyakinkan bila mana rasa tanggungjawab untuk bantu track back, win balik bola, intercept,close down dikongsi bersama tanpa mengharapkan semuanya dari pertahanan yang mudah lompong jika tak dibantu. Kita lebih resilient dan berdisplin.Ditambah pula had umur yang rata2 matang, mampu mengawal emosi bersama gua rasa kita mampu lakukannya dengan lebih konsisten. Mungkin terlalu jauh kata2 Klopp yang memuji kita sehingga dikatakan antara calon mampu menang UCL musim ini tapi siapa sangka,dalam pertandingan kalah mati2 apa2 boleh berlaku, tuah jugak kadangkala memainkan peranan .Kita berterimakasih atas kredit tersebut tapi  harus tidak mudah hanyut, perjalanan masih jauh. Belum lepas group stage pun. Mendahului dan berkongsi dengan Napoli 9 mata, saingan kumpulan F kian terbuka, last match day grouping mungkin baru boleh tahu siapa layak dari group tersebut. Minggu yang mencabar dengan 3 perlawanan yang dijangka sukar.Arsenal dah menang kedua daripadanya. Fokus kini beralih ke Old Trafford dalam saingan liga.



September 2006. Itu kali terakhir kita menang ke atas United di Old Trafford 1-0 hasil jaringan Adebayor.Dalam 7 tahun selepas itu sama ada seri, kalah, dibelasah teruk dan saksikan mereka menang liga depan mata player. Itu tempoh di mana orang kata Arsenal makin fade away, rivalry antara United dan Arsenal kian susut nilai. Dan kini, orang2 tersebut muncul dengan pendekatan serta pandangan yang lebih lunak serta agak jinak dengan Arsenal, mereka kembali memberi kredit just like the old days, memuji dan berkata "ooo..inilah tahunnya, inilah masa yang terbaik jika Arsenal berhajat nak menumpaskan Manchester United di gelanggang lawan sekaligus mengesahkan siapa dia pencabar liga yang serius musim ini". Terimakasih kerana sedar dan akhirnya memberi ruang untuk Arsenal bernafas dalam limpahan kritikan selama ini. Bukan totally tak betul statement tu, ada benarnya, secara kasar di atas kertas peluang tu memang ada. Namun kita tak mudah menongkat langit hanya kerana selepas 10 game kita berada di puncak liga dengan kelebihan lapan mata, serta United yang agak terumbang ambing(kata mereka) sedang berdepan eksperimentasi Moyes, tak bermakna Arsenal jauh lebih berkualiti berbanding United sehingga boleh pandang sebelah mata.Kita bukan baru semalam tonton bola sepak maka adalah dangkal untuk kita overkonfiden bila sepatutnya kita tahu apa yang akan selalu dihadapi di Old Trafford.Tunggu jika kita mampu menandingani rekod United ke atas kita dalam tempoh 7 musim ini secara konsisten, barulah kita wajar boleh mendabik dada. Bak kata Wenger sendiri yang kehilangan 'kawan' dalam pertemuan malam ini yakni Sir Alex Ferguson, United masih lagi benchmark-Setakat mana halatuju perjuangan liga selalunya dilihat ke atas game di Old Trafford. Wenger bercakap berdasarkan statistik,sejak era BPL diperkenalkan Arsenal seringkali mendapat result di Manchester di musim kita berjaya memenangi kejuaraan 97/98(w)01/02(w)03/04(D- tapi ini seri bukan sebarang seri, match ni lah yang kasi kick off unbeaten run kita dengan ditambahnya 'pesta pizza terbang'). Jadi untuk membuktikan dengan lebih lantang keyakinan kita, big game2 macam ginilah yang kita mesti dapat result. Bukanlah gua nak melemahkan semangat atau cuba mencuri keyakinan yang ada pada para penyokong Arsenal tapi gua cuma mahu para fan di luar sana, keep calm and support Arsenal, kata kuncinya di sini calm, bertenang. Kita masih baru menghadap game kesebelas liga, panjang lagi perjalanan.Fokus.

Arsenal berada di top of the league dengan beza 5 mata dari tempat kedua, maka apa jua outcome dari game ini kita masih lagi berada di persada liga lebih kurang 2 minggu apabila BPL memberi laluan kepada internationaleleh.Namun tentunya kita mengharapkan result yang positif dari pertemuan ini kerana agak sayang untuk kita membazirkan lead apabila form tengah up dalam liga. Daripada statistik keseluruhan kejohanan pula, Arsenal tewas 2 daripada 6 game latest , manakala United hanya seri 2 daripada 6 game latest, yang lain menang. Itulah gua katakan, United hanya kurang bernasib baik kerana mereka telah pun awal2 melalui fixtures yang sukar lebih2 lagi Moyes baru hendak mencari rentak ditambah pula signing baru mereka yang ada nama hanya Fellaini-player yang pernah dikaitkan dengan Arsenal juga sepanjang transfer lepas.Manakala Arsenal, kita bertuah mendapat Ozil,hadir memberi konfiden pada pasukan, manakala kehadiran seorang lagi core signing, Flamini mengimbangi corak pasukan.Dan paling puas hati apabila kita get the job done, apabila melalui fixtures2 yang atas kertas mampu menang, kita tak membazirkan mata. Itu beza Arsenal musim ini .Itu yang selalu disyorkan, kita hanya 2 3 player short daripada menjadi pasukan hebat , dan apabila player seperti Ozil masuk, ia telah mengangkat kita to the next level.Kita memang sangat2 memerlukan signing sebegitu. Apa yang penting sekarang adlah konsistensi. Rooney, aka Shrek seorang lagi dikatakan target Arsenal summer lepas, telah membuka mulut besarnya dengan masih was2 akan keupayaan sebenar Arsenal- suatu yang perlu dilihat dari perspektif positif sebagai cabaran. Kita akan membuktikan pada Rooney,Arsenal season ni bukan lagi budak2.Evra pun tak akan berani bercakap gitu lagi bila berdepan rakan senegaranya Giroud. Game ini mungkin boleh jadi besar impaknya kepada kedua2 pasukan, siapa menang , atau kalah, resultnya akan memberi effect dalaman sepanjang musim terutama dari segi keyakinan dan moral. Kita hanya berharap Arsenal boleh memperbaiki rekod di Old Trafford dan tugas besar Per dan Mertesacker menghalang Rooney dari menambah gol kesebelasnya ke atas kita. Musim ni satu jaminan, tiada lagi tukar2 jersi.

Bagi United, mereka hanya akan terlepas aksi Welbeck yang mengalami kecederaan.Tapi  selain gandingan striker 2R mereka, mereka boleh harapakan Chicharito selaku backup. Ini pun seorang lagi player united yang sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.Asal boleh saja media ni.Johny Evans kembali tapi gua rasa dia tak main pun. Di pihak kita, ada berita lega sekaligus moral boost apabila Flamini disahkan available selepas terlepas aksi menentang Liverpool dan Dortmund. Arteta cover dengan cukup baik dalam kedua2 game itu dengan bantuan player2 lain walaupun ada satu part tu time lawan Liverpool agak sloppy dan hampir memberikan ruang kepada handerson tanpa closing down.Tapi takpe lepas tu dia nampak ok, mungkin baru tersedar.Yang pasti Flamini the animal akan mematahkan segala gerakan lawan.Jack Wilshere juga kembali ke squad, ini gua agak risau. Bukan sebab dia kembali dia dikatakan kacau game, tapi sebab dia masih 50-50 boleh beraksi, takut2 dia cuma beraksi beberapa ketika hanya untuk tengok dia injured balik. Jack Wilshere adalah watak penting bagi Arsenal, emotionally dan practically. Ada pendapat mengatakan bila semua fit, pening jugak Wenger nak pilih Benar, pening tu pening jugak tapi pening makin sihat ini kerana corak kita lebih bervariasi dan kita boleh ada plan A , B dan seterusnya. Gua rasa kita patut kekalkan degan line up sedia ada yang dah click together dua game ini, Flamini masuk bagi orang lain rehat, rosicky mungkin.

------------------Szczesny-----------------
Sagna-------Per---------Kos--------Gibbs
-------------Arteta-----Flamini-------------
------Rambo-----Ozil-------Cazorla---------
----------------Giroud---------------------

Game ini bakal menunjukkan siapa yang lebih bernafsu, siapa yang lebih lapar, siapa yang lebih hunger. Apa jua outcomenya gua pasti game ni memang akan cukup entertain di tambah pula dengan situasi dan persekitaran baru, mungkin sedikit heat mampu menyuntik kembali element2 old rivalry yang dah lama kehilangan.Gua rindukan saat2 begitu, terutamanya bila kita berada di pihak yang menang.Secara peribadi dan jujur, gua rasa atas kertas ikut rekod,nampak macam ia bakal berkesudahan seri  lebih2 lagi lepas balik away dari Champions league, fitness kita agak sukar dan flat. Namun itu bukan alasan kerana United pun main away. Jadi, macam biasa  dengan kepositifan gua setiap kali memberikan prediction, menang adalah satu bonus. Ini perlawanan ke 11 liga rakan2 gooners, kita perlukan gap mata menjadi 11!

COYG!!!!!

Astro 12:10am. Manchester  United 0 Arsenal 1

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: