Rabu, 11 Disember 2013

"Jika tak boleh menang, jangan kalah"

"If you can't win the game, don't lose the game. But when we go 1-0 up we expect to win the game, especially when there is eight or so minutes to go. We're disappointed with that, but overall we'll take a point."
Jack Wilshere berpendapat, dalam konteks BPL ketika ini, dengan team2 pencabar lain jugak drop points minggu ni, Arsenal mungkin lebih kepada dapat satu point daripada drop 2 points apabila sekadar mampu seri 1-1 dengan Everton baru2 ini. Gua bersetuju dengan pendapat itu kerana game yang dbawak oleh Everton ke Emirates malam itu antara yang menghiburkan terutama bagi seorang neutral yang menyaksikannya. Gua respect dengan pendekatan positif yang dibawa Roberto Martinez terhadap corak Everton terutama di separuh masa  pertama yang mana mengajar kita cara2 sepatutnya ketika off the ball movement dan positioning. Mereka sentiasa memberi pressure, melimitkan ruang dan masa setiap kali kita mendapat bola. Itu yang sepatutnya barisan midfield kita buat malam tu tapi ternyata dioutplayed walaupun last2 minit separuh masa kita kembali bangkit dan lebih mencipta peluang jaringan berbanding Everton. Sebelum game, Everton adalah satu2nya pasukan yang halang kita jaringkan gol di Emirates tahun ini, jadi kita dapat jangkakan apa yang kita akan hadapi lebih2 lagi mereka jugak baru tewas sekali dan baru kembali dari kemenangan ke atas United-jadi bak kata Wenger "they had nothing to lose".Everton bawah Moyes dulu dah sediakan skuad campuran yang bagus tapi bawah martinez digilap lagi mentaliti positif football tu yang ada sampai kedengaran di Old Trafford 'u got the wrong guy' sebab ada antara depa yang lebih prefer si Martinez untuk ganti Fergie.Tak mahu masuk campur hal orang lain.Ok berbalik pada game tadi, Jack wilshere memang kena kerja kuat lebih lagi kalau nak diterbangkan ke Brazil sebab Ross Barkley telah diusha rapat oleh Roy Hodgson yang attend game tersebut malam itu. Budak umur 20 tahun tu memang bagi masalah, Arteta sampai tak boleh nak handle. Itulah gua rasa time2 game macam gini Flamini yang seafdalnya dipertaruhkan untuk matikan gerakan2 lawan.

Giroud, Gibbs,Arteta ,dan jack kembali ke starting line up. Midfield kita agak tenggelam apabila jarang mendapat bola, tiada yang nak pantas break off possession lawan. Kita nampak lemau dengan Giroud bagai isolated sorang2 kat atas nun.Dekat nak last2 tu barulah beberapa kali kita dapat memaksa Tim Howard save beberapa bola one on one di mana peluang terbaik datang kepada Giroud dan Rambo. Kebangkitan di akhir2 minit tu memberi harapan untuk separuh masa kedua. Kita mulakan separuh masa kedua dengan lebih bersemangat dan nampak lebih Arsenal.Hantaran Wilshere dalam kotak ditanduk tepat oleh Cazorla ke arah Howard. Tak habis kat situ, Rambo pulak dari belah kanan half volley hantaran gibbs tapi sempat ditepis keluar Howard.Lepas tu kedua2 team saling berbalas serangan, Szczesny selamatkan sepakan Pienaar dan jugak budak Barkley.Budak ini mengingatkan gua tentang bahaya Shrek waktu dia mula2 score lawan kita dalam jersi Everton dulu.Kalau konsisten, disiplin,boleh pergi jauh.

 Nampak macam dah boleh makan, dan ada jugak nampak beberapa player macam tak makan,jadi Wenger membuat tiga pertukaran sekaligus. Theo, Rosicky, Flamini dimasukkan ganti Jack, Rambo, dan Cazorla. Semuanya bahagian tengah. Theo untuk sedikit pace, Rosicky untuk creativity mencari ruang2 yang seni,dan Flamini untuk membuat tugas2 kotor di samping Arteta push up sedikit. Flamini nyaris jadi super sub tapi sepakannya tersasar sedikit keluar. Tapi subs tersebut nampak spot on bila mana Rosicky bijak membuat hantaran lob cantik ke dalam kotak penalti, Walcott tanduk ke tengah setting baik punya untuk Giroud tapi miscue depan gol, Ozil di belakang pantas menyambar untuk gol pembukaan ketika baki game tinggal 10 minit. Emirates gegak gempita dengan sorakan fan Arsenal yang dah mula terbayang2 leading 7 mata. Tapi macam tulah bola sepak, lagi 7 minit nak habis boleh pulak discorenya gol penyamaan, dari sudut yang sukar pulak tu mau nya tak gigit jari.Pemain pinjaman dari Barcelona Deolofeu -bukan nealofa ,jaringkan gol keduanya untuk Everton. Gua rasa kalau Gibbs pantas sedikit close down boleh elak gol tersebut. Ending dia boleh runtuh stadium kalau volley Giroud betul2 last minit tu tak gegar palang sebaliknya masuk sebagai gol kemenangan. Tengok replay memang cun gila dia curl tapi sayang keluar kena bucu palang dan tiang pulak.Terpaksalah berpuas hati dengan 1 mata.



Antara yang gua puas hati jugak adalah aksi Kos D Boss yang superb malam tu. Pandai dan pantas baca gerakan lawan, intercept, tackle clear bola memang tip top. Sampai si Lukaku tu yang asyik tak lepas jek naik bengkek lalu main tackle curi.Defensively selain bolos gol, kita memang ok malam tersebut, Szczesny jugak jalankan tugas dengan baik tapi kurang bernasib baik dengan gol tersebut.Kedua2 team tak bolos 5 dari 6 game sebelum tu, jadi memang agak tight. Pengulas malam tu siap cakap  main macam gini, kedua2 team patutnya dah dapat score gol, tapi persoalannya dengan defensive quality yang ditunjukkan siapa pula yang layak bolos. Maka dengan itu, 5 mata berjaya dijarakkan. Sekurang2nya ini menjadi peringatan pada kita agar sentiasa berpijka pada bumi yang nyata.Semua game kena ambil serius, fokus dari satu game ke satu game dengan schedule yang mencabar lepas ni, City kemudian Chelsea. Kalau tanya team lain sekarang ni, bermatian mereka sanggup untuk berada pada kedudukan yang kita ada sekarang ini, 5 point gap, top of the league, jadi supportlah team kerana ketika ini sokongan amat2lah diperlukan.

Waktu half time jugak kita dapat tahu unidan Piala FA diadakan dan Arsenal telah diberi peluang untuk membuat open house kecil2 kecilan menjemput jiran terdekat sahaja Spuds makan kenduri tapi bawak lauk sendiri, siap tolong basuh pinggan lepas tu.Kah3. Game dijadualkan 4 Januari.

Esok lawan Napoli away.Mind set kena ubah fokus kepada UCL pulak. Kita ada peluang untuk tersungkur dan tak layak jika kalah dengan 3 jaringan atau lebih kepada Napoli, walaupun nampak agak sukar namun harus sentiasa berwaspada. Seri sahaja sudah layak  untuk menjuarai kumpulan, tapi kita professional , kemenangan adalah sasaran utama.

Agi idup agi mengGunners!!!



0 ulasan: