Apabila melihat gambar di atas apa yang anda fikirkan? Ya kita mengharapkan mereka ceria bagai sebuah keluarga bahagia dalam mood yang betul untuk melupakan segala kesuraman yang melanda seminggu sudah.Dan nampaknya tak perlu tunggu masa yang begitu lama untuk meletakkan hari2 yang malang di belakang mereka , ini terbukti apabila hampir kesemua player 1st team Arsenal sempat pergi berpesta sempena Krismas dan tahun baru.Segelintir penyokong atau pemerhati mesti berpendapat Wat the eff mereka baru sahaja dibelasah City dan langsung tak menunjukkan rasa bersalah?! Tapi apa yang segelintin ini expect? pemain2 juga adalah manusia biasa yang dipengaruhi environment , lebih baik pandang ke hadapan dari meretapi permasalahan dan terus meratap entah sampai bila. Dan gua dah keluar dari sarang pemeratapan, kembali bersemangat ingin menulis. Ironinya lagi, mereka berpesta sambil di satu sudut jugak kelihatan tali barut, ex Arsenal Ashley Cole turut sama join the club. Memang sangat2 sesai bertepatan dengan masanya lah sangat untuk seorang player Chelsea join party team yang akan dia lawan Isnin ni. Memang sesuai pun.Tahniah, apa kata Jose, atau mungkin Apa kata Wenger kepada Jose "Voyeur"? Kah3..
Gua akui tempoh 2 minggu yang lepas adalah minggu yang suram buat AFC. Namun, suatu perlu dibendung, sebelum kita menjadi ibarat layang2 yang terputus talinya, tinggi berterbangan tapi sesat tak dapat cari hala tuju, daripada keadaan bertambah teruk, maka dipikirkan kembali kita memerlukan sentapan untuk layang2 itu ditarik, disentap , tersedar dari lamunan.Biar tinggi tapi ada guidance masih dalam kawalan. Itu iktibar yang semampunya kita ambil. Sepanjang musim ini, inilah tempoh kita diuji setakat ini, bermula dengan kekalahan kepada Napoli, draw bertemu juara bertahan UCL Bayern Munich(yang bakal jadi juara dunia kalau dapat kalahkan pasukan Maghribi Raja Casablanca, di mana ia ditilik seperti seakan pasti) dan kemudian menyerah kehormatan kepada Manchester City dalam satu lagi siri pembelasahan 3-6.
Gua tak berhajat pergi secara mendalam setiap game tapi biar gua cover surface saja. Lepas kita seri dengan Everton,kita terbang ke Naples dengan hanya memerlukan seri sahaja untuk jadi juara kumpulan. Tapi tidak, kita hadir ke Napoli sebaik sepak mula, kita seakan2 main untuk elak kalah dengan 3 jaringan.Di situlah segalanya serba tak menjadi.Kita pilih untuk bertahan tanpa sebarang ancaman kepada keeper Napoli . Kita bernasib baik apabila 2 ex player Real Madrid dapat gol tatkala game dah nak tamat, bayangkan kalau diorang dapat score awal, sebijik sahaja gol lagi bolos, menghantar kita ke Europa Cup.Mahu ke lagu tema Europa Cup berkumandang buat pertama kali di Emirates?Buat masa ni gua lebih prefer lagu UCL yang lebih berhantu. Dan undian 2nd round memang berhantu betul apabila kita sekali lagi diketemukan dengan juara bertahan Bayern Munich, tiada siapa yang boleh dipersalahkan selain dari diri sendiri.Kita tak banyak options, kerana lawan lain jugak seperti Real madrid, Barcelona, Atletico madrid atau PSG jadi jodoh kita sudah tertulis Bayern Munich. Sekurang2nya dalam CV kita ada sedikit harapan apabila direkodkan kita menang dalam pertemuan terakhir di Alianz Arena awal tahun ini.Itu sedikit sebanya bagi cahaya bagi menyedapkan hati. Tapi apa point dia kalau masuk UCL tapi gentar bertemu big teams yang lambat laun kalau nak mara jauh, memang akan jumpa jugak team2 ni di satu stages.Dari tegak bersimpuh baik rebah merempuh! Namun rempuhan midfield yang diketuai Yaya Toure gagal dibendung di Etihad Sabtu lalu. Fatigue, penat bukan alasan.
Tapi macam dah satu lumrah, lepas kita balik dari game2 Eropah away yang penting, decider atau sebagainya, kita akan terasa the x effect. Entah kenapa start mereka dapat gol dan tengok barisan midfield kita yang AWOLsepanjang hari tu, gua rasa ia satu lagi 2-8 in the making.Bezanya jaringan kali ini ada perasaan simpati sedikit. Hanya Walcott yang dilihat sood up pada malam itu.Monreal mempunyai mimpi ngeri lebih ngeri dari dilanggar Monorel. Giroud patut menyalahkan diri sendiri gagal menyambar peluang terhidang. Even Bendi yang masuk nampak lebih intelligent dan lively dari Giroud ketika gua rasa sub yang patut masuk adalah Rosicky dan Cazorla. Sebaliknya Mael ganti Kos yang injured 1st half, Gnabry dan Bendy dicampak bajet boleh tukar game. Itu dah sum up hari yang malang. Kesian jugak gua tengok Mael, game2 penting dia berpeluang melibatkan diri, game liga United, game league Cup bertemu Chelsea dan kini game menentang City tapi hampeh rakan2 lain takde mood ketika itu. Game tu dah macam ping pong, kejap depa sumbat gol kita try kejar, depa sumbat lagi. Dah tiba masa damage limitation time Mertesacker dapat gol last minit, gua ingat dah settle kat situ sekali dapat pulak penalti lagi sebijik.Sakit hati. Satu jek yang positif adalah budak Nasri tu tak dapat sumbat gol, menyampah gua nak tengok larian Adebayor macam menang pingat emas 100M sukan SEA lagi. Menambahkan lagi bahang kehangatan , adalah insiden 'pertelingkahan' antara kapten Per Mertesacker dan rakan seJerman Ozil. At least itu yang jadi highlight pundit2 sebaik game tamat berbanding dengan kenduri gol yang gua rasa pedih untuk tonton balik.Walau bagaimanapun perkara itu telah diselesaikan dengan baik dan profesional antara kedua2 dan melibatkan pihak ketiga yakni fan apabila Ozil secara rasmi meminta maaf di Twitter kerana tidak pergi berterimakasih kepada away fan atas sokongan.Kita paham semua kecewa tapi jangan besar kepala sangat, kita tak mahu lagi seekor Gallas buat2 konon menggalas harapan dan cabaran tapi sebenarnya dia tak memberi najis langsung terhadap kelab, atittude kene jaga.Well done Mertesacker yang tak segan melemparkan baju peluh masam kepada peminat biarpun baru bolos 6 bijik gol bawah departmentnya.BFG bukan seorang sahaja yang berbuat demikian, Jack Wilshere turut melemparkan jersi nya. Tapi Fan kena tunggu lagi lepas 3 game kalau behajat nak dapat jersi Wilshere ini kerana lepas dia kantoi bagi jari tengah pada fan City dalam TV, FA memilih untuk menghukum gantung 2 perlawanan.Ini bermakna Jack bakal terlepas peluang 2 London Derbies, Chelsea dan West Ham.
Maka itulah dia pakej2 malang yang perlu dibungkus, diikat kuat2 dan dicampak jauh2. Jangan biar ada bocor yang boleh bagi kesan terhadap game awal pagi Selasa ni.Sedikit cerita tentang kelab.Lagenda Arsenal Thierry Henry telah merasmikan documentary nya bersama Arsenal dalam siri Arsenal Legends, 'Arsenal Legends Thierry Henry'. Bersama2 nya di majlis pelancaran adalah legends Arsenal yang lain seperti Keown, Seaman, Wright, Parlour, Campbell dan Lehman.Buat masa kini dokumentari itu boleh didownload melalui iTunes hanya di UK sahaja. Sabar, tak lama lagi ada la kat torrent .
Menjelang pertemuan menentang Chelsea. Koscielnya injured, 90% tak akan dapat beraksi. Jack Wilshere sudah tentu digantung. Berita baik adalah Podolski available untuk skuad.Moral boost pastinya ketika kita lihat Giroud sudah semacam hilang punca mungkin terlalu berat beban yang dipikul. Oh ya dan Spuds dah pecat AVB, menunjukkan betapa senget dan cetek pemikiran kelab yang bajet bagus, apa dia ingat Rome dibina dalam sehari ke?, tapi Spuds ni letak la sesiapa pun manager,takat tu je laa oi...sedar diri sikit!Degil, bukan jauhpun contohilah jiran terdekat antara kelab yang didambakan di Eropah bagaimana pengurusan kelab layan manager,kesetiaan dan kepercayaan itu saling bersatu dan memerlukan. kah kah kah...
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan