Lama gua menyambut kemenangan hujung minggu lalu sampai tak berupdate,kah2 ditambah pulak keceriaan berganda bila mana pasukan kampung koi berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali pertama sejak 21 tahun.Biar koi nok cite sket pasal Pahang ni.Lepas era 1992, 3 kali Pahang masuk final, paling kecewa kalah sudden death,sapa gol dia menang ,95 97.Seminggu sebelum final 2013 yakni time Arsenal lawan Crystal Palace, 2 org pundit duk semeja masa tu secara kebetulan merupakan orang yang menghancurkan childhood heroes gua, Abbas Saad(94) dan Dave Mitchell(95), mengingatkan kembali pada memori pahit yang sukar ditelan. Percubaan terakhir ke final sebelum kejayaan Ahad lepas adalah 16 tahun lalu, ironinya pemain pinjaman dari Arsenal Chris Kiwomya yang menghancurkan harapan gua. Jadi bila dapat julang kembali piala keagungan bola sepak Malaysia ni, terasa bangga dan puas sekejap.Terima kasih otai Jalal dan jugak orang kampung koi Relong, Alex dari 2 generasi berbeza tapi berpaksikan misi yang sama merealisasikan impian seluruh penyokong Tok Gajoh. Dan gua rasa lagi puas kalau Arsenal pun musim ni dapat deliver kembali apa yang kita telah lama hilang, ini bukan harapan kosong, gua yakin masanya semakin hampir jika konsistensi seperti kini sering dikekalkan.
Dan kemenangan ke atas Liverpool 2-0 memperkuatkan lagi bukti bahawa kita berkeupayaan serius untuk mencabar kejuaraan liga. Umum sedia maklum ,fixtures seminggu ini merupakan antara cabaran awal paling genting setakat ini dan kita memulkannya dengan langkah kanan. Kegelopohan Liverpool bermain dengan 3-5-2 dengan melambakkan midfield memakan diri apabila secara jelasnya, quality outnumbered quantity malam tu. 2 gol cantik malam tu pulak dijaringkan oleh 2 midfield sempoi kita Cazorla dan on fire Rambo.Apa yang mengujakan gua malam tu adalah kemampuan dan desire kita utuk bertahan, track back, mengunci gerakan lawan dan rajin kejar bila hilang bola. Salute pada Thomas Rosicky, Arteta, Rambo yang tak kenal erti penat membisukan terus Gerard, Lucas, Handerson and co. Fullback kita Sagna dan Gibbs bekerja keras, main high line defense, overlap memberi tekanan untuk push wing back lawan supaya duduk diam2 di bahagian sendiri menjadikan pairing yang konon tengah hangat so called SAS, Suarez and Sturridge, isolated hilang punca.Ketika hari di mana Ozil kelihatan agak senyap, rakan2 lain amek responsibility untuk step up. Senyap2 Ozil pun dapat satu assist kepada Rambo dengan strike yang cukup padu maut.Itulah yang kita mahukan, tanggungjawab bersama. Giroud walaupun beberapa kali gagal menyudahkan peluang tapi melakukan tugas dengan baik mengemudi bahagian serangan dengan kerajinan dan cuba sedaya upaya melibatkan diri dalam game.Kememangan yang meletakkan kita clear 5 mata di depan ketika Chelsea turut gagal mengutip sebarang mata manakala Everton dan Spuds gagal mengambil peluang merapatkan jurang sekadar seri, Ini bermakna apa jua keputusan di Old Trafford, Arsenal akan selamat berada di persada liga setidak2nya 3 minggu .Lepas game United Ahad ini, kita akan berehat memberi laluan kepada internationaleleh.
Arsenal perlu pantas bertukar fokus kepada situasi yang agak genting dalam grouping Champions League.Awal pagi nanti kita akan bertandang ke Dortmund dalam misi menebus maruah. Dengan terdapat 3 team yang memiliki jumlah mata yang sama, Arsenal tak boleh kalah malam ini, teutama pada pesaing tegar yang ingin melayakkan diri ke saingan kalah mati. Seri mungkin ok, menang lagi selamat. Dalam game di Emirates ternyata kita tidak bernasib baik kerana terlalu asyik mengejar gol kemenangan sampai terleka terlupa untuk defend di last2 minit maka terimalah padahnya. Kita mampu menyaingi Dortmund, jika di Munich kita boleh cipta kejutan mengapa tidak di Dortmund?Gua yakin wenger ada segala rumusan untuk menundukkan anak buah Klopp pagi ini. Sedekad lalu, Thomas Rosicky merupakan penjaring dua gol Dortmund ke atas Arsenal, hari ini inilah kali pertama dia dapat kembali beraksi di Westfalenstadion selepas terlepas pada tahun 2011 akibat kecederaan musim berpanjangan.Dan on form Rosicky yang lebih matang, lebih tenang , lebih sharp mampu untuk membantu Arsenal, lebih2 lagi tanpa kehadiran Jack Wilshere.Siapa tahu mungkin dia akan menterbalikkan sejarah menjadi penyumbang jaringan Arsenal pulak malam ini, bola sepak selalunya begitu. Arsenal diberi perkhabaran gembira apabila Gibbs dan Gnabry disahkan available.Pemain muda Jerman, Thomas Eisfeld turut berada dalam flight. Dalam 2 percubaan terakhir di Dortmund, Arsenal belum pernah menang, seri dan kalah masing2 sekali.
----------------------Szczesny------------------------
Sagna---------Per-------------Kos---------Gibbs
-------------------Arteta-----Rambo-----------------
-------Rosicky--------Ozil--------Cazorla---------
------------------------Giroud----------------------------
Dormund dan Arsenal masing2 tengah on form tapi pasukan Jerman tersebut hanya tewas sekali dalam 6 perlawanan dan baru sahaja menang game keempat berturut2, meletakkan diri di kedudukan kedua berada 1 mata di belakang pendahulu Bundesliga Bayern. Arsenal sedia maklum cabaran yang bakal ditempuh malam ini cuma kita menuntut respond bagaimana untuk react. Tenang, fokus, serang.
Astro 3:45AM. Dortmund 1 Arsenal 2
Agi idup agi mengGunners!!
Rabu, 6 November 2013
Dari puncak ke Eropah
9:34 PTG
Gunners & Roses
2 ulasan:
Orang lipis ke gnr? Kawan orang pekan..gol zulhamizan sentiasa terbayang2..ni boleh tukar igt kat matias conti pulak..hehe
salam En aitor, org tua koi mmg asey sane..pahang dan jiwa berpisah tiada. lepas gol zulhamizan tu kempunan tiga final mmg sedih gila rasa, tapi penantian 21 tahun yang akhirnya berbaloi.lagi pulak gi stadium, kita antara yang berjaya dicatatkan dalam sejarah.haha Hogoh Tok Gunners Hogoh!
Catat Ulasan