Memang rata2 yang kedengaran sekarang ni adalah 'sangat sukar menjadi fan Arsenal sekarang'. Tidak ada yang salah tentang frasa tersebut tapi bagi gua tidak sukar untuk kita terus dan tetap mencintai kelab tercinta ini walau bagaimana sukarnya krisis yang 'disensasituasikan.' Cara Wenger jawab kat wartawan dalam post match conference nya, jawapannya macam budak2 mentah tak menunjukkan tahap kematangan dan profesionalisme, macam merajuk "ko dapat apa yang kamu nak(arsenal kalah), jadi kamu patut rasa gembira"Bollocks! Secara peribadi gua memang expected kita akan struggle,tapi gua tak expect ia akan seteruk begini dan begitu awal bala datang menimpa. Gua expect kita bakal berhadapan kesukaran bertemu Villa (abaikan dulu faktor utama yang semua org nampak kecuali mereka nun di atas - kita belum mendapatkan marquee signing lagi), tapi sebab atas kertas squad yang diturunkan tak cukup fit dan baru lepas internationaleleh, ramai 1st team player out terutama anchor man kita.
Bencana yang menimpa bukan kepalang, tu dia, kita hilang 5 player sekaligus yang tak tahu nasib sesetengah mereka sempat pi Turkey ke tak. Chambo dengarnya 6 bulan!,Gibbs,Rosicky,Rambo dan Sagna. Koscielny tak pasal2 digantung satu match yakni lawan Fulham kita hanya tinggal seorang natural CB ,Mertesacker. Macam Blessing in disguise , direct terus semua kesan 'dosa2' board dibalas 1st game bagi mengajak mereka rasional dan kembali ke pangkal jalan. Striker, lihat bagaimana kegagalan MOTM kita Rosicky ,Cazorla gagal menyudahkan peluang terhidang . Podolski pulak dibiar jadi pekasam gua tak paham apa fungsi masuk minit2 kecederaan.Tak payah nak kredit keeper lawan sebab semua keeper opposition time lawan arsenal bleh jadi hero. Tengah, takde pengganti Arteta, DM yang ditagih tak muncul2.Wilshere macam takde haluan bila panik terutama lepas concede. Cazorla penerbangan dari Ecuador nyata memenatkan, jadi culprit gol ketiga tak trackback balik si Luna-tic.Left bek boleh dibiar score goal macam tu?disaster. Defend, dah laa dari pra musim tak lengkap, banyak eksperimen ,result kurang, lepas tu senang2 boleh kasi bocor agbonlahor burst ke atas sambil diperhati dengan malas oleh Gibbs.pengajaran dia kene ada paling koman 4 established CB bukansetakat 2 3 org.Alasan takut nak amek ramai sebab nak jaga hati, itu bukan mentaliti kelab besar sepatutnya.Goalkeepr.Dah gua cakap, jual golkeeper ketiga Mannone gua expect ada replacement terus at least keeper veteran , tapi ini takdak langsung. Sekaligus bagi muka pada dua orang polish bersaing sesama sendiri buat gila. Szcesny baguih tapi tak cukup bagus untuk Arsenal lagi, masih banyak perlu belajar dari saingan keeper berpengalaman takdelah nak rushing timing tak berul, clearance merapu dan bagi foul tah pape yang paling penting pandai communicate dengan defends.
Memang boleh menyalahkan Ref Taylor yang langsung tak konsisten dan tak membantu serta keputusan2 yang dibuat tak menepati ISO.Harap ada goal line teknologi musim ini, belum cukup, apa kata adakan juga rujukan replay untuk ref?! Namun sebagai kelab berstatus elit, dengan ref yang haprak macam tu, Arsenal sepatutnya tak sukar sangat jika skuad yang didaftarkan cukup matang, serta bersedia untuk menerima apa jua tentangan walaupun dari pemain ke 12 pasukan lawan.Pendek kata kita boleh elak kekalahan tersebut tapi memang dah nak jadi, memang dah nak bagi amaran pada Wenger and co supaya sentiasa beringat dan berpijak di bumi yang nyata dalam realiti bola sepak moden. Kita bernasib baik tidak memerlukan satu lagi kemaluan 2-8 seperti 2 musim sudah untuk memaksa Wenger dan Board tekan panic button, gua rasa 1-3 ni dah cukup untuk lempang mereka laju2 supaya sedar dari lamunan. Tapi gua harap mereka tak menunggu sampai 1 Sept nanti di mana kita melayan NLD di gelangang sendiri.Suatu yang pasti ditunggu2 oleh fan ntuk melihat tindak balas positif.Home game kedua, derby, local rival, musuh tradisi, tak ada masa yang paling sesuai lagi untuk menebus maruah. Apa yang hanya positif dari match Villa tersebut selain dari kesan sampingan yang diharapkan tadi adalah Sagna masih hidup dan tidak mengalami kemalangan yang lebih teruk akibat landing yang mengerikan.Boleh tengok highligh dan anda boleh lihat reaksi Jenkinson di belakang yang keseraman.Get Well soon Sagna.
Dibawah ini gua kongsikan pelbagai jenis pandangan dan perasaan yang dikongsi bersama yang tak perlu lagi gua luahkan secara leteran kerana mereka ini berjiwa gooners dan memahami permasalahan yag kita hadapi, harapnya gerakan selendang hitam take action untuk terus menekan tangan2 ghaib dari terus tidak menganjingkan para penyokong yang telah lama bersabar.Bukanlah penyokong2 ini glory hunter tapi apa yang diharapkan adalah profesionalisme, ketelusan dan kepertanggungjawaban dalam menjaga amanah kelab tanpa perlu memperkotakkatik, menipu,memberi harapan palsu.Kita faham struggle yang dialami kelab dalam tempoh perpindahan stadium tapi kebongkakan dan keberlagakan di depan mata,sifat ignorance tinggi yang terlalu nyata ditunjukkan membelakangkan tahap intelektual penyokong tanpa segan silu .
Apapun kita perlu meneruskan sokongan padu terutama dalam menghadapi kelayakan UCL Rabu ini ke Fenerbahce.Pemain2 masih memerlukan sokongan walaupun sokongan2 inilah yang dirasakan ditikam belakang hidup2. Mereka(pemain) dan kita ,masih mendambakan lagi malam2 Eropah yang indah.COYG!
Agi idup agi mengGunners!
Otai Bully bagi pendapat yang spot on!
Abang Robert De Niro melepaskan kekecewaaan yang dikongsi
From Belgium with love
pandangan yang lebih positif dan optimistik
penyokong wenger:
emo...?
Isnin, 19 Ogos 2013
Post Match : Bala Bencana direct ke muka
7:48 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan