Lepas kita menang 4-1 membelasah Reading (yang tak sempat gua ulas) kita meneruskan dengan kemenangan ke4 berturut2 dalam semua kejohanan kali ini menewaskan West Brom baru sebentar tadi untuk memastikan Arsenal memintas Chelsea kembali ke tempat ke-4. Banyak bebenor nombor 4, tadi siap player no 4 kita, Per Metesacker dibuang padang .Kita tinggal 4 game di halaman sendiri yang perlu dimaksimakan dari 7 baki kesemuanya. Home game Back to back lepas ni bertemu Norwich dan pesaing tempat ke UCL Everton.Kedua2nya wajib menang. Habis pasal no 4.
Game lawan Reading minggu lepas memang sempoi habis dengan 4(lagi 4) scorer berbeza, Gervinho, Cazorla, Giroud dan Arteta. Secara agregat musim ni saja kita vs Reading dah 16-8. Apa yang dihighlight pada game itu di mana gandingan Cazorla dan Gervinho cukup baik dengan masing2 antara satu sama lain mengassist dan menyekor.(score) Marah A. Samad Said. Tapi sepatutnya gol boleh lebih dari itu terutama di 1st half kita hanya dapat convert sebijik sahaja daripada banyak peluang2 yang dicipta dan terhidang. Downside nya Fabianski tak dapa kekalkan clean sheet sekaligus impian cipta hat trick terkubur. Ketiadaan Theo digunapakai dengan baik oleh Gervinho yang telah step up semenjak dua menjak dalam 2 3 game. Malah sebentar tadi dia jugak membantu mengassist untuk gol pertama.
Seperti Gervinho, Thomas Rosicky jugak bangkit cuba membina balik reputasi suramnya yang dibelenggu kecederaan. Antara watak penting dalam rises musim lepas, Rosicky menterjemahkan penjenamaan semula dirinya buat kali kedua dengan sumbangan 2 bijik gol.Walaupun WBA cuba memberi tentangan selepas berjaya merapatkan jurang melalui sepakan penalti, namun kekentalan barisan pertahanan Arsenal yang defend bagai satu unit menidakkan cabaran anak buah Steve Clark. Arsenal menunjukkan sedikit karektar yang sepatutnya didambakan di tengah2 musim apabila kita resilient di baki2 minit perlawanan menambahkan lagi konfiden. Lepas Mertesacker kena red, Arsenal kembali meletakkan harapan pada Mael, mencampakkan Gibbs dan jugak Coquelin untuk mengekalkan struktur pertahanan menutup ruang yang datang dari flank Long dan Lukaku.5 minit masa tambahan tapi kita tetap liat, mengekalkan rekod terbaik dalam liga setakat ini , hanya drop 4 point daripada winning position yakni jika tengah mendahului. Cuma capability kita untuk hold ball masa under pressure suatu yang perlu diperbaiki selain clearance2 liar, Giroud yang solo upfront jugak perlu memastikan dia tidak MIA dan menjadi penumpang dengan menunujukkan nampak macam malas nak track back dan close down serta sebagainya.
Walaupun kehilangan Diaby yang terpaksa rehat panjang untuk ke sekian kalinya, midfield kita masih mampu bertahan dengan player2 yang tinggal mengisi slot dan berjuang baik setakat ini. Ada improvement dari Rambo dan ada komitemen dari Rosicky walaupun jarang2 diberi peluang beraksi. gandinga midfield nampak lebih stabil bila mana kepala2 berpengalaman seperti Cazorla Rosicky dan Arteta bergandingan. Theo Walcott dan Jack Wilshere jugak bakal kembali dari kecederaan.Kita jugak masih ada senjata rahsia Podolski yang boleh dipanggil beraksi bila2 masa walaupun jarang start 2 3 game kebelakangan ini. Maka segalanya nampak cerah dan positif buat Arsenal.
7 game lagi,moral tengah up, closing teh gap dan jika kita fokus terhadap keupayaan team sendiri sahaja dan meneruskan rentak kemenangan gua percaya kita tidak perlu gusar dengan result2 team lain kerana mereka akan pasti drop points bila bertemu sesama mereka. Arsenal berpelang cerah untuk memastikan rekod kelayakan UCL kita tidak tercalar.Apa yang penting komiteman dan fokus!
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan