Isnin, 15 April 2013

Kalau tak suspen bukan Arsenal namanye...


3 mata berharga lagi! Tapi kali ini kita terpaksa berdrama sedikit namun kedramatican penghujung perlawanan tersebut yang membuatkan kita bertambah sayang dengan The Gunners yang tak bosan2 memberikan kita hiburan bercampur harapan. Walaupun diakui ia agak bernasib baik. BUkan apa, ini jugak mampu memberi pengajaran berguna pada kita supaya jangan overkonfiden sangat tengk status lawan, siapa sangka kita akan diberi saingan sengit sebegini jika tidak fokus dan merebut peluang yang ada, akhirnya apa yang ditakuti telah pun terjadi.Norwich leading dari set piece, musuh utama kita. Dan kemudian mereka menutup ruang, anak buah Chris Hughton main dengan dispplin memfrustrated kan gerakan2 kita yang umpama mati akal hilan kreativiti. Sehinggalah kita dapat penalti kontroversi ketika lagi 5 minit masa sebenar nak tamat. Gua terbayang Arteta punya last minit lawan Fulham yang tak masuk tu tapi nasib baik kali ini dia tak menghampakan ketika kita terdesak memerlukannya step up. Dan kredit kepada sub kita yang masuk change game dan bagi pace, terutama Chambo dan Podolski. Kedua2nya memberikan saham besar dengan seorang assist dan seorang lagi finishing baek punya.Giroud yang tolong dapatkan penalti jugak beriya2 claim dapat final touch kepada bola tu dan bukannya Bassong. Apapun tahniah players yang tak give up dan Wenger pasti menarik nafas lega taktikalnya menjadi kali ini.


Mungkin dah ada ura2 untuk meletkkan kesalahan di bahu pengurus jika kita gagal mendapatkan mata penuh dari game ini. Mana tidaknya, kita merehatkan beberapa muka  dan melakukan pertukaran. Gibbs ganti Monreal, Wilshere yang tak fit dicampakkan terus mengisi kekosongan Rosicky yang bagi balance dekat midfield kita dalam on form kita. Dan Mael kembali ke CB menggantkan Mertesacker yang digantung perlawanan. Rhythm kita mungkin tak terjejas, kita masih create chances tapi kegagalan kita menyudahkan peluang2 terutama melalui Gervinho boleh memakan diri. Gervinho, kadang2 boleh jadi hero, kadang2 boleh dijadikan kambing hitam. Malanglah bagi dirinya yang tidak konsisten sentiasa menjadi sasaran cemuhan. Decision making, finishingnya mengingatkan kita kepada Walcott di awal penglibatannya, rushing sampai ke hujung padang sampai nak terkeluar tapi takde end product. Tapi bila kena harinya dia agak berguna terutama beat defender, cut in itu kelebihan yang dimiliki. Tapi bila Arsenal frustrated, player lain main macam tahi pun orang tetap akan mencari culprit yang biasa untuk dipersalahkan.


6 game lagi tinggal. Esok kita akan bertemu Everton di laman sendiri. Sabtu bertemu Fulham away. Pada ketika itu kita dah berada 2 game di hadapan Spuds yang hanya akan bertemu City Ahad nanti, begitu jugak 2 game di hadapan Chelsea yang tgh minggu ni ada game sebelum Ahad bertandang ke Liverpool.Jadi berbekalkan advance game ni, kita kena pastikan mata maksima diperolehi agar terus melebarkan jurang dan tak mengigit jari di kemudian hari  dalam memburu tempat ke UCL musim depan. Ada cakap2 United mungkin boleh menang liga secara matematiknya dengan beberapa result kemungkinan, seawalnya, di kubu kita Ashburton Grove pada 27 April nanti, gua nak pastikan perkara itu tidak berlaku lebih2 lagi gua tak sanggup nak tengok seekor malaon itu celebrate kejuaraan liga pertamanya di tanah London , Sol Campbell pernah melaluinya ketika kita menang liga di WHL 03/04 tapi dilakukannya dengan professional dan respect. Namun selagi perkara itu belum berlaku, dan mampu dielakkan adalah tugas kita untuk menentukan maruah kita tidak dipijak orang.


Tugas Arsenal awal pagi Rabu nanti memburu kemenangan ke 8 dari 9 perlawanan. Kita tengah on form. Game bertemu Norwich tempoh hari jadi satu alert yang berguna. Kita tahu Everton jugak dalam posisi mengintai2 tiket ke Eropah dan mengenali kemampuan Moyes, sedikit kegusaran adalah bagus untuk kita berhati2.Seperkara lagi mungkin ada perubahan jadual yang melibatkan Arsenal apabila match bertemu Wigan asalnya dijadualkan pada 12 May. Tapi dek kerana Wigan mencipta sejarah berjaya mara ke Final FA yang bakal dilangsungkan 11 May, mungkin game akan ditunda atau diawalkan. kerana ia merupakan 2nd last fixture untuk musim 12/13.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: