Rabu, 20 Mac 2013

Still keep on Fighting!



2 Kemenangan away berturut2 ,dengan 2 gol setiap satu,serta 2 clean sheet dalam defend yang dah di restructure -menyaksikan kapten Mael dan keeper Szczesny direhatkan- sedikit sebanyak mengubat hati para Gooners. Tapi sayangnya internationaleleh datang memotong mood kerana baki 9 game hanya akan bersambung 30 Mac ini melayan kunjungan Reading. Sayang kita tengah on form, manakala jiran poyo kita tengah elok2 dirundung malang. Pastinya makin resah gelisah hampir setiap musim dejavu, semakin hampir mereka rasa mereka mampu memintas Arsenal, semakin jauh angan2. Dari 7 point kini tinggal 4 dan Arsenal boleh memotongkannya kepada satu mata jika menang baki beza 1 match tersebut.Itulah ketika kita tewas kepada Spuds tempoh hari bagi gua, janggan gelisah kerana Spuds terkenal dengan gelaran the bottlers , seringkali mempersiakan peluang terhidang.


Setelah dimalukan di White Hart Lane, gua menuntut respond dan ternyata ia berbalas . Walaupun kita tidak bernasib balik untuk layak ke pusingan suku akhir apabila dihukum melalui hukum gol di tempat lawan walaupun agregat terikat 3-3, tapi satu semangat dan persembahan yang sempoi ditunjukkan. Orang putih kata Glorious failure atau Heroic failure,  tapi sekurang2nya malam2 Eropah yang indah itu hadir kerana kita langsung tak diberi harapan sebenarnya, namun kita terus memberikan fight sehingga mereka rasa terancam, sama seperti musim lepas kita buat pada AC Milan, kita sedikit sahaja lagi , semakin hampir. Untuk menang di Allianz Arena bukan tugas mudah lagi2 itu hanyalah kekalahan ketiga Bayern musim ini.Dan pula kita tanpa pemain2 utama seperti Jack Wilshere, Podolski, Sagna. Gua tertarik dengan gamble berani Wenger mendropkan 2 player out of form, Mael serta Szczesny. Dengan Monreal Cup tied, Wenger gamble bagi Gibbs start, tidak mengulangi kesilapan meletakkan Mael di LB, dan Jenkinson nampak solid di RB.Fabianski konfiden dan vikla dalam game ini. Walaupun gua kurang kepercayaan terhadapnya tapi keputusan Wenger untuk merehatkan Szczesny ternyata tepat.Koscielny dan Mertesacker bergandingan di CB tidak melakuakan aksi2 longlai tanpa memberi ruang kepada Bayern, malah Koscielny merekodkan satu jaringan untuk dirinya. Cuma sayang ia datang terlalu lewat walaupun Giroud dah score gol terlalu awal. Ternyata gol minit ketiga tu membuat Bayern tersentak dan tak boleh bermain, mereka terlalu berhati, nak attack takut kene counter, nak defend takut buat silap, Arsenal bermain tanpa sebarang keraguan dan benda yang nak dipikirkan, Nothing to lose, dan bila situasi macam gini, segalanya dalam kawalan dan kita boleh main ikut flow yang sepatutnya. Cuma sayang ada beberapa performer yang tak step up seperti Walcott yang diharap dapat cipta sesusatu namun tak boleh dipersalahkan apabila dia dan Giroud bertukar2 shift , isolated di atas. Lepas dia sign kontrak baru dia punya form ada sedikit turun, lack motivation? Gua tak apsti. Tapi yang gua pasti Walcott dedahkan saat2 perbincangan kontraknya tergantung tu, rakan2 ada sahaja yang akan membahan dirinya terutama Podolski yang tak habis2 menyanyikan lagu 'sign da thing'. Walaupun sekadar gurauan, sedikit sebanyak gua rasa memainkan peranan kerana ia membuatkan player chill2 sesama meraka dan rasa bagai satu keluarga maka Theo tak sukar buat keputusan untuk terus kekal di Arsenal. Apapun kemenangan ke atas bayern Munich dah jadi sejarah dan harap dapat mengembalikan maruah serta menyuntik semangat untuk kita terus berjuang mendapatkan tempat untuk bersaing musim depan.


Berita gembira Arsenal tidak terhenti di situ. Kita bertandang ke Wales, bertemu sebuah pasukan yang dah kompom akan beraksi di Eropah season depan dengan kejayaan dalam League cup, mereka menewaskan kita di Emirates dan dendam akhirnya terbalas. Gua ingat lagi ketika kita kalah kepada Swansea 1st round, memang Wenger under pressure, riot di sekitar Emirates dengan Black Scarf Movement meneruskan gerakan anti Board, tapi kini umpama sudah lali, sepi seketika. Mungkin jugak kebiasaan sepertimana musim2 lepas, kita terumbang ambing Ogos hingga November kemudian Disember sampai Februari adalah malang tidak berbau, dan Mac hingga May barulah nak redeem balik. Kalau perasan , itulah pattern kita dalam beberapa musim trophyless ni. Berbalik kepada game menentang Swansea. Wenger terus memberi kepercayaan kepada Fabianski, sampaikan bapak Szczesny naik meroyan melihat anaknya diperlakukan sedemikian rupa, dibangkusimpanankan. Kalau semua bapak nak campur tangan urusan footballer, memang gua yakin bapak Arshavin bapak Chamakah dan ramai lagi persatuan bapak2 akan datang menyerang Wenger. Rileks laa pak cik, pakcik dulu pun player, keeper jugak, jadi sekali sekala dapat cuti, apa salahnya, biar muhasabah diri dan fokus. Kapten Verminator tak main lagi, tenang jek , profesional takde nak menggelabah. Game yang agak tight dengan masing2 pasukan cuba meminimakan kesilapan. The Macho man, gelarannya, Nacho MOnreal , menjaringkan gol pertama dalam liga semenjak perpindahannya Januari lepas. Sekali lagi talihayat kita diselamatkan oleh defender. Tapi Game yang banyak menunjukkan gerakan dari the main man, Santi Cazorla. Dia antara player yang stand out malam tu, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jack Wilshere. Dan Wenger pasti boleh berbangga apabila subnya Rambo-Gervinho yg selalu mengundang kritikan , dilihat sebagai perubahan taktikal la sangat dan gandingan kedua2 super sub ini menghasilkan gol melalui counter attack di minit2 terakhir.

Ok, masa untuk jadi Nostradamus. Jom kita tengok pesaing2 realistik untuk tempat UCL. Selain Arsenal, Chelsea, Spuds dan Everton sedang mengintai tempat ke UCL. Mancity gua tinggalkan . Walaupun City hanya berbeza 9 mata ketika ini gua rasa dalam situasi sekarang agak sukar untuk mengejar,namun dalam bola sepak seagalanya mungkin. Mana Liverpool? Jangan bimbang, they never walk alone, ada Swansea West Brom Fulham tengah seiring dan sejalan dalam class mereka.

Jadi bagaimana baki-baki game pasukan masing2 menentukannya? Baki game musim ini bagi the contenders  :

Arsenal :
 

Chelsea :
 

Spuds :


Everton :
 


Atas kertas, nampak macam Arsenal paling senang bukan? Ditambah pula kerana ketiga2 yang lain perlu bertemu sesama mereka, akan memberi kelebihan pada Arsenal bila ada pasukan yang drop points.Manakala Arsenal hanya belum bertemu Everton, game yang ditangguhkan sebab kempen Everton dalam FA cup dulu. Atas kertas jugak bagi Arsenal, United merupakan cabaran terbesar itu pun di home.Home game, away game sekarang bagi Arsenal lebih kurang.Bukan boleh dikira sangat. Namun Aksi away menentang West Brom, Fulham dan Newcastle perlu diambil secara serius kerana, pasukan2 ini bukan calang2. Team2 lain jugak boleh cipta kejutan jika Arsenal tak berhati2, Reading, QPR, Norwich Wigan yang semua dikategorikan sebagai wajib menang. Gua risau last day of the season di St James Park tapi pertemuan Chelsea lwn Everton pada hari yang sama boleh mendatangkan sesuatu. Dan secara peribadi gua rasa Europa Cup ada watak penting dalam game ini ketika Chelsea dan Spuds masing2 tengah struggle berjuang dalam suku akhir. Kita boleh lihat bagaimana ter effectnya spuds lepas tewas kepada Liverpool, mereka dibelasah teruk Inter Milan, layak nasib2 sebab 1 gol away.Kemudian dalam game menentang Fulham, mereka nampak keletihan dan sayor macam biasa.

Inilah yang syok tentang BPL. Walaupun tak sempat menang piala, tapi masih ada benda yang hendak di fight. Bukan macam tempat 1st tu yang dah kompom2 menang diorang kata, tapi kan dah bosan, tengok bola pun takde passion. Menang pun sebab Arsenal dah bagi pakej masa summer dulu, bagi sekor plus dengan piala. Berbeza dengan situasi team2 lain yang tak bernasib baik nak merebut seketul piala tu, fighting for pride pun berbaloi jugak. Lagi2 bila kita ada rekod yang harus dipertahankan, malah tak rela sesekali membiarkan jiran tetangga rival memintas, apatah lagi bagi menang liga?euwww..tidak  sesekali. bukan dalam zaman kita..never. COYG!!

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: