Ahad, 28 April 2013

4 more games for top 4

Arsenal3418973063
Chelsea3318873162
Tottenham3418881762

Pada ketika artikel ini ditulis, begitulah kedudukan liga bagi Arsenal. Kita drop 2 points yang sangat berharga di laman sendiri bertemu Everton ketika masing2 kebuntuan mencipt ajaringan, kemudian bertuah memungut tiga mata walaupun winning ugly ke atas 10 men Fulham hasil jaringan Per Mertesacker. Hanya masa yang menentukan sebenarnya adakah 1 mata ketika bertemu Everton sudah cukup,ternyata nasib masih menyebelahi kita. Spuds yang tibe2 naik histeria lepas menang ke atas Mancity, siapa sangka drop 2 points di Wigan sebentar tadi walaupun patut kalah kalau tak kerana last2 minit own goal. Chelsea pulak jugak drop 2 points di Anfield apabila suarez the rabbit semakin mengganas kali ini keluar taring sebenar. Jadi ketika kita sangka kita melepaskan peluang, kedua2 pesaing jugak gagal merapatkan jurang. Gua jarang menyentuh team lain tapi sebab ia kini nak atau tidak, mereka jugak merupakan faktor kepada kemampuan Arsenal untuk mengekalkan rekod ke UCL, kita perlu tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Dengan keputusan ini, perlawanan Chelsea bertemu Spuds nanti apa jua resultnya bakal membantu Arsenal dan ketika ini yang paling fair adalah seri bagi kedua2 mereka drop points. Kemenangan Spuds ke atas City jugak membantu ease off pressure kepada United yang bakal hadir ke Emirates dengan gelaran juara sudah dalam genggaman. Blessing in disguise .Walaupun bengekek melihat Spuds poyo, Sekurang2 nya rekod ground kita masih dara dari dimenangi title oleh rival di gelanggang kita. Kita eprnah melakukannya di Anfield 1989, Old Trafford 2002, dan   White Hart Lane 2004 tepek ke atas muka setiap mereka!


Jadi kalau esok mereka membahan kita dengan terpaksa memberi laluan guard of honor kepada United, jangan bimbang, ia merupakan satu bentuk tradisi, maka kita hormat tradisi.Dan jika sudah adat menghormati pasukan yang memenangi gelaran liga sebegitu maka tiada masalah, kita adapt sahaja dengan tradisi tersebut. Tapi jangan lupa jawab sahaja kita telah lebih awal menerima daripada mereka, ingat 6 May 1991.(boleh klik untuk tonton video). United memberi kita Guard of Honor sebaik kita mengesahkan kemenangan liga di Sunderland pada 90/91 Cuma apa yang mereka tak mampu balas adalah 8 May 2002 di mana jaringan tunggal Wiltord mengesahkan kita muncul juara menjadikan tempat tersebut theater of nightmare.Jadi sekurang2nya itu fakta dan sejarah yang tak boleh lari, tak ada apa sentimen pun esok, biasa2 sahaja..yang penting ashburton Grove masih lagi 'suci'.

Banyak mulut yang buat spekulasi sama ada orang itu bakal main atau tidak kerana game ni bukanlah fokus lagi bagi United. Gua peduli apa dia mau main ke tidak ke sapa main ke sapa boikot ke yang penting gua mau profesionelisme dari United. Dan jika orang itu berlagak pro, dia main macam biasa walaupun tahu bakal mendapat sambutan hangit luar biasa dari para penyokong tuan rumah, tapi kalau dia buat2 poyo konon nak jaga ati ke apa, tak payahlah..we dont need it. Gua tidak memberi najis walaupun esok lensa akan memfokus sampai ke bulu hidungnya ketika player2 Arsenal tepuk amai2 macam panggil budak2 jalan tateh2 keluar dari terowong. Yang penting bagi gua 3 mata. Arsenal perlu ambil kesempatan ini untuk menjarakkan kedudukan. Mengapa kita mahu United bersikap profesional dalam game ini, ini kerana kita mahukan satu match yang hebat, entertaining dan kita juka menuntut komitmen yang sama ketika mana mereka bakal bertemu Chelsea nanti. Tapi kalau depa memilih untuk jual game ke atau buat auta, itu depa punya pasai, lantak pi, Arsenal tetap mau bagi komitmen 100%. Fan dah banyak menderita , tapi maruah masih tetap perlu dijaga..main kasi all out!!

Arsenal perlu memperbaharui rekod ketika bertemu pasukan2 so called top team ni. KUrang memberangsangkan setakat ini! Musim iini kita seri dan kalah kepada City,kalah 2 keapda Chelsea, kalah di Old Trafford dalam satu game yang result tipis tak menunjukkan game sebenar.Jadi ini kesempatan untuk kita up kan moral.6 game menang dari 7 yang terakhir. Gua akin player2 takkan kecewaka harapan penyokong tuan rumah.Ketiadaan Giroud yang kene straight red card last2 mini ketika bertemu Fulham mungkin bakal terasa ketika perebutan bola tinggi dan areal's ability yang dimilikinya sukar diisi oleh character2 lain. Tapi dalam 2 3 game kebebelakangan ini kebetulan dia nampak begitu fatigue dan ketandusan maka eloklah tepat pada masanya memberi perluang keapda rakan2 lain seeprti Poldi dan Gervinho atau Chambo untuk step up. Theo adalah watak yang kompom untuk front three esok.

Selain itu, apa yang menjadi perhatian adalah stabiliy di back 4 ketika mana Mertesacker dan Koscielny membina gandingan persefahaman yang mantap menyaksikan kapten Mael terpaksa disishkan ke bangku simpanan. Gandingan kedua2 pemain ni jugak baig 3 mata minggu lepas, sorang assist tanduk sorang score tanduk. Tapi bagi United pace menjadi taruhan. Pemain2 licik seperti Chicarito Welbeck andainya mereka diturunkan, pasti akan menggunakan kelembapan Per maka itu yang terpaksa diberi perhatian lebih terutama rakan2 fullback yang cover pertahanan. Gua mahukan Monreal dan Sagna untuk terus mengapit Kos dan Per kerana inilah back 4 yang nampak ok setakat ini.



Santi Cazorla pasti akan terus menjadi sandaran nadi Arsenal dan gua tak kisah kalau Thomas Rosicky diberi peluang lagi manakala Wilshere start dari bench ketika ini kalau2 keadaan memerlukan. Masalah injurey, fitness dan formnya menjadi tumpuan dan Arsenal takboleh ambil risiko.Kekalkan rhythm yang sedia ada tak payah  banyak menganggu dengan perubahan2 taktikal la sangat.Lagipun kali terakhir Wilshere bertemu United, dia dapat hadiah red card. Arteta bakal menjawat tugas kapten sekali lagi . Mengenali Wenger, ketika lawan team2 yang konon hidup di bahagian tengah,dia pasti akan memperlambakkan bahagian tengah maka tak terkejut kalau Rambo menjadi favorite  untuk dicampak.

----------------------Szczesny---------------------
Sagna---------Per-------------Kos--------Nacho
-------------Rambo---Arteta----Rosicky----------
-----------------------Cazorla----------------------
---------------Theo--------------Podolski----------

Setiap kali match macam gini, adranalin pasti naik memuncak. Arsenal vs Manchester United is more than just a football game. COYG!!!

Astro Super Sport 11pm. Arsenal 2 Manchester United 0.
Agi idup agi mengGunners!!


1 ulasan:

Imam Rawatib berkata...

best preview of the season. hehehe.
keep it up!