Agak terlalu lama away, musim PRU -bukanlah sibuk berkempen,tak ade kaitan - walhal Arsenal lebih memerlukan kemenangan ketika ini berbanding parti2 politik tersebut kerana 2 game yang tinggal ini hidup mati Arsenal, maruah untuk tidak tunduk di bawah Spuds kini are on the line! 2 tiga minggu ini ini banyak yang berlaku, dan banyak emosi yang terganggu, tersentuh tapi bagi Arsenal,segala yang berlaku memperjelaskan lagi bagaimana cabaran laluan yang kita bakal harungi untuk menempah slot ke UCL mengekalkan rekod 17 tahun berturut2. Kita gagal mengutip mata ke atas United, dan berjaya mencuri kemenangan 'malas' melalui gol tunggal awal Theo di QPR sebelum kita duduk dan lihat menanti apa yang berlaku di sekeliling kita.
Mari gua menyentuh tentang pesaing kita Chelsea Dan Spuds. Masing2 telah melakukan kerja mereka untuk terus memberi asakan hingga memaksa 2 perlawanan Arsenal selepas ini menjadi wajib menang.2 'final' buat Arsenal.Lucky Bastard Spuds menundukkan Soton dalam 10 minit terakhir, begitu jugak malam tadi mereka memperoleh kemenangan ke atas Stokes ketika seri seakan pasti menceriakan kem kita. Chelsea peroleh kemenangan ke atas United-ini suatu yang paling membengkekkan, membuka ruang mereka sebagai favorite untuk layak- dan kemudian mereka menang ke atas Villa. Sebelum itu, kedua2 mereka, Chelsea dan Spuds , seperti diduga memberi outcome yang terbaik buat Arsenal apabila bertemu sesama sendiri , seri 2-2 di perntengahan minggu sudah. Di atas kertas Situasi ni meninggalkan hanya kita dan Spuds berebut satu lagi slot kerana jumlah jaringan membuatkan mustahil Spuds mampu memintas Chelsea. Kita tersepit? Tidak senegatif itu kerana , masa depan Arsenal ditentukan oleh tangan kita sendiri.
Hujungg minggu lepas, kita terpaksa pause sekejap kerana lawan kita Wigan Athletic terlibat dalam game terbesar dalam sejarah kelab mereka, FA Cup final dan mereka berjaya mencipta sejarah untuk memenanginya dengan penuh bergaya, memalukan Roberto ManCity. Bola Sepak sekali lagi memberi excitement apabila pasukan underdog mampu mencipta fairy tale. Jadi dalam perjalanan kita ke UCL, expect the unexpected. Apa2 boleh jadi, begitu juga pada Spuds, apa2 boleh jadi jangan ingat main home Di Sunderland boleh menang free2. Arsenal kena bertandang away ke Newcastle, Chelsea akan melayan kunjungan terakhir Moyes dalam pasukan Everton. Jadi kita ada big say dalam relegation battle jugak.Andai kata kita menumpaskan Wigan awal pagi nanti, maka secara automatik Newcastle, Sunderland dan lain2 sperti Stoke dan Villa akan selamat. Pressure yang mungkin kita hadapi di Newcastle berkurang sedikit, begitu jugak bagi Sunderland yang seakan pasti akan dianggap bermain sambil lewa di WHL last day nanti. Gua mengharap kegilaan dan passion Paulo DI Canio tak berakhir kat situ saja malah ditunjukkan kepada Spuds. Tapi jika kita tak menang pulak dengan Wigan awal pagi nanti, memang cari nahas! Sunderland mungkin bermatian, itu baik untuk kita tapi jangan lupa rival mereka Newcastle, tuan rumah last day kita nanti akan jugak main sampai habis keluar peluh keringat masam! Kesimpulannya jangan pedulikan apekelandak yang berlaku. Tugas kita hanya MENANG dan MENANG!
Menang dikaitkan dengan Winning mentality. berat atau tidak, kita terpaksa mengakui subjek itu yang membezakan antara 2 nama hebat dalam bola sepak Inggeris. Alex Ferguson dan Arsene Wenger. Kedua2 tokoh otai ini sering menjadi tumpuan media dan seluruh dunia dengan cara yang berbebeza. Dan tempoh hari penguguman rasmi serta sambutan persaraan bagi seorang tokoh yang menjengkelkan namun harus dihormati oleh lawan pastinya memberi impak pandangan umum ke atas Arsene Wenger. Beliau meninggalkan legacy nya di United dengan 13 kejuaraan liga,suatu yang sukar ditandingi oleh mana2 pengurus sebuah pasukan bola sepak.
Bagi Wenger sendiri yang mula berkecimpung dengan arena bola sepak Inggeris ini setelah sedekad Fergie bertapak pun, pencapaian dari segi kejuaraan jauh untuk dibandingkan.Tapi Pengurus paling berjaya dan paling lama setakat ini di Arsenal mempunyai watak , karisma dan prinsip tersendiri.Bukan asing bagi kita tapi tak perlu aku coretkan tentang falsafah, kejayaan lampau, kebanggan, kedegilan juga 'kesombongan' nya memperjuangkan so called self sustained modelnya. Kadang kala anda rasa faham akan perangainya, kadang kala anda geram. Jadi selagi dia masih ada di sini, dia sahajalah untuk kita bergantung harap, hargailah dia walau kadang kala memeritkan kerana Board Arsenal sangat berbeza dengan lain2 BOD, keuntungan di sebalik nama stability menjadi agenda utama.Wenger takkan dipecat sehinggalah tamat kontraknya melainkan dia sendiri yang merasakan sudah tiba masanya angin perubahan berlaku. Namun begitu dengan berita terbaru Roberto Mancini dipecat, Rafa sah menginggalkan Chelsea di hujung musim, Fergie tidak lagi mengunyah chewinggum yang sama setiap match, maka mungkin ini kali, Wenger merasakan musim depan dia ada peluang besar, siapa tahu.
I believe in stability. We have rebuilt the team and since January we have certainly done very well if you look at the number of points we have taken compared to the other teams. We have created a good basis and that stability can help us start strongly next season.Sebelum berbicara tentang musim depan adalah lebih bagus kiranya Arsenal menumpukan pada dua perlawanan akhir ini yang menentukan maruah serta sambutan hari Totteringham Day. Di laman sendiri,Menentang Juara baru Piala FA yang tengah bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran, besar halangan yang mampu dibayangkan. Tapi semua player telah diberitahu fit termasuk Gibbs dan Fabianski, ketepikan Diaby. Arsenal mengharapkan penguasaan di bahagian midfield dengan longgokan Cazorla, Rosicky,Arteta, Rambo serta kadangkala Podolski dan Theo bergilir ambil posisi atas. Mana Wilshere? hard to say tapi buat masa ini dia belum kembali ke form yang sepatutnya malah line up tadi merupakan terbaik yang kita ada dan konsisten setakat ini. Hanya drop point ketika bertemu United dan Everton dan awas! itu berlaku di gelanggan sendiri. Lagipun selain kebijakan Rosicky mengumpan2 bola serta larian yang membuka ruang, Rambo jugak kelihatan rejuvenated, dan mula mendapat rentak apabila dia dipilih selaku Player of the month buat Arsenal.com. Defend kita jugak semakin improved dengan gandingan CB mertesacker dan Koscielny jadi belum ada sebab untuk break partnership itu sekrg. Cuma Sagna kelihatan up and down tak konsisten ketika diperlukan.Kita memerlkuan pengalamannya di saat2 getir sebegini.
Last year we made 70 points and finished third. This year, we can make 73 points and finish 4th so what you want to do is have a consistency and fight for the championship. What I said is the minimum required. You could see that when Chelsea's Champions League position was under threat, they came out quickly and said 'no, what is most important for us is to be in the Champions League next year
Siapapun yang diberi kepercayaan untuk turun harus menggalas cabaran , haruslah bermatian supaya tak dikenang sebagai salah satu batch yang gagal mencapai minima target.Bukanlah berakhirnya dunia jika tidak layak Champions League pun cuma kepentingan utama di sini adalah pride dan membalas harapan serta jasa para gooners setia selari dengan meletakkan Arsenal berada di tempat sepatutnya.Kedudukan Arsenal hari ini menentukan status Arsenal untuk keesokan harinya begitu juga tapak yang kita sediakan musim ini akan menentukan corak landasan Arsenal bagi masa hadapan. COYG!
Arsenal 3 Wigan 0. Astro 2.45 am
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan