Rabu, 15 Mei 2013

Highlights : Arsenal 4 Wigan 1

Malam yang nervous tapi melegakan akhirnya. Mana tak nya, lepas selesa mendahului dengan sebijik gol awal free header Podolski, urgency yang kita cari tak datang2, create chances pun kurang. Itu membuatkan Wigan kembali positif dan rasa mampu untuk mendapatkan sesuatu. Foul yang tidak perlu banyak dilakukan ketika saat2 kita perlu fokus namun keputusan Mike Dean bagi free kick against Arteta pun agak harsh. Pemain kelahiran Malaysia Maloney gua dah bajet memang akan mendatangkan masalah ketika setpieces, memang makanan dia. Masa 1-1 gua resah gelisah, sejujurnya tak senang duduk di pagi buta.

Kita mengatasi kegusaran dengan menggunakan downfall Wigan di separuh masa kedua yang jelas clueless dan tak mampu bangkit setelah gol Theo Walcott. Gua berpuas hati dengan display Theo yang dalam interviewnya berani mengambil initiative sendiri untuk bertukar ke arah central role mencari ruang menggunakan kepantasan yang ada. Lepas tu kita dah tak toleh belakang. Wigan makin fatigue, Roberto Martinez hopeless melihat teamnya bakal tersungkur ke Championship setelah 8 tahun berkelana di Top flight division. Podolski menambah gol kedua peribadi dengan mengoptimakan kesilapan defend Wigan. Dan Rambo, adalah Rosicky kita musim lepas, dia bangkit memberi satu lagi persembahan yang boleh dikatakan ok tapi golnya dari sudut sukar pasti tambah konfiden. Joel sendiri tak jangka, tapi kalau tak masuk dan katakan Kita tengah kemaruk nak cari gol, memang Theo dan Podolski yang ada kat tengah tu menyirap jek..Dan menariknya semua gol tersebut mendapat sentuhan assist anti Cazorla!! MOTM semalam.

Selamat tinggal Wigan. Terimakasih kerana mewarnai saingan BPL dengan corak positif attacking football.Cuma kali ini dah tibalah masanya untuk mereka turun.Kemenangan FA cup terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi. Apapun seperti Arsenal, mereka sudah layak beraksi di Eropah musim depan. Untuk Arsenal pula, hujung minggu ni tugas besar menanti. Menang ke atas Newcastle (nak selamat beza 2 gol) manakala Chelsea gagal menang ke atas Everton, kita akan layak secara automatik menduduki tempat ketiga. Inilah kesempatan yang ada, Newcastle takde apa lagi nak main, kita dah tolong relegate kan Wigan, mereka sudah selamat. Malah dengarnya ramai player2 utama mereka dihimpit kecederaan.Alan Pardew pun dengan bengap pernah mengeluarkan statement dia tak kisah final game ni kalah 4-0 apabila menghentam Tauke Kelab mereka Mike Ashley atas kegagalan Newcastle mencabar musim ini. Ayuh Arsenal! Totteringham day 19 May 2013!

Agi idup agi mengGunners!








0 ulasan: