Sabtu, 2 Februari 2013

Nacho Monreal is no Nacho Libre


Signing last2 minit yang agak lewat dia mana 1101 waktu UK, ESPN mengesahkan Arsenal akhirnya membawa jugak seorang player baru masuk bulan ini. Daripada nama2 yang berlegar sebulan, tak satu pun yang mengena, seperti biasa Arsenal adalah master segala misteri tapi Nacho Monreal, dari Malaga bukanlah seorang yang misteri bagi siapa yang mengikuti La Liga. Pada gua secara peribadi gua tidak banyak mengetahui tentang player LB ini tetapi dek kerana positif2 view yang diterima sebaik sahaja dia mengupgrade posisi LB di Arsenal, ia memberikan sedikit relief. Bagi sesetengah fan Arsenal, sesiapa sahaja yang dibawa masuk ke LB adalah better dari Santos. Haha, gua belum begitu kejam untuk menghukum terus Santso begitu juga tangkap syok dengan ketibaan Nacho selagi mana dia belum membuktikan kemampuan sebenarnya di atas padang. LEbih2 lagi kerana nak tak nak, kita akan terpaksa bergantung harap pada Santos kerana Minreal cup tied dalam Liga Juara-Juara, melainkan untuk meletakkan Mael di LB .Namun kita jugak mengetahui musim ini bukanlah musim terbaik Mael yang mungkin cultural shock menerima armband. Wenger menambah, masih ada masa suatu yang boleh disumbangkan Santos. Harap dengan ada saingan, kedua2 LB yang tinggal ini akan lebih perform.


 Berasal dari akedemi Osasuna, kelab yang terkenal dengan pengetengahan bakat2 baru di Spaynol selain La Masia , Monreal kemudian beraksi untuk Malaga bersama2 Cazorla yang telah awal lagi join kita.Monreal memberitahu keputusannya untuk datang ke Arsenal bukan sukar dengan adanya pendapat2 dari Cazorla yang menjadi pemancing. Rakan sepermainannya di Osasuna Azpilicueta kini jugak berada di London bersama Chelsea. Seperti mana yang diketahui, Malaga tengah financial crisis untuk bayar balik hutang, jadi kita dengan mudah menjadikan mereka sebagai pasar borong. Tawar menawar dan akhirnya Arsenal dan Malaga bersetuju dengan harga anggaran 10M.

Ignacio "Nacho" Monreal Eraso mungkin boleh melakukan debutnya seawal game bertemu Stoke kejap lagi.Para pemerhati bolasepak berkata Arsenal membuat pilihan yang tepat ke atas pemain yang mempunyai 9 cap dengan juara dunia ini. Ada yang berkata dia adalah 2nd best di belakang Jordi Alba. Pengalaman, umur ,harga dan tengah di waktu puncak kerjaya, semua fan berharap daia boleh mengetatkan lagi barisan pertahanan yang ternyata menjadi barah selama ini. Pemain 26 tahun ini fit untuk Arsenal, tough tackler, ada kemahiran dan skill teknikal, bagus dalam mengawal bola2 tinggi, dan pandagan serta fokus pada bola yang tajam menyebabkan lawan sukar melepasinya. Itu yang digambarkan. Gua tak sabar nak tengok apa yang boleh dioffernya. Wenger mengkhabarkan dia beli player versatile ni bukan semata2 untuk LB, malah dia boleh jadi midfield kiri ataupun wing kiri.Cross dan hantaran2nya bakal disambut Giroud, itu yang Wenger cuba sampaikan.

Namun 1 signing bukannya jawapan kepada permasalahan Arsenal. Atau boleh gua katakan buatla beberapa signing pun, belum tentu masalah pertahanan kita akan selsesai selagi Wenger tidak menjumpai taktikal dan formation yang betul2 padu dan serasi dengan kemampuan para pemainnya. Wenger saja nak kasi frust atau saja nak cerita yang dia buat2 bizi ketika transfer deadline apabila die mengakui , kita sedikit sahaja lagi untuk sign seorang lagi player tapi kelab majikan tak mau jual. Berapa kali gua mau mendengar alasan ini.Biarlah. Cma gua terkejut pemain seperti Arshavin dan atau Laci tidak ada pembida atau mungkin mereka lebih rela menerima gaji besar di sini dari penat lelah  di atas padang.Kita harap kedua2nya akan tetap memberikan komitmen terbaik jika khidmat diperlukan.

Sebenarnya Arsenal usha lama dah si Nacho ni. Tapi bajet untuk summer nanti, deal dengan Malaga semua dah susun baik punya. Tapi nak dijadikan cerita, Gibbs injured lawan Liverpool itu hari. Kalau tidak memang zero signing kita Januari ni.  Lepas persembahan macam tu dengan Liverpool pun Wenger tak bertindak,memang nak kena la kalau takde siapa2. Untuk menyelamatkan diri, maka Nacho dibawa sesegeray ang mungkin. Nasib baik sempat. Melihat pada game bertemu Liverpool sekali lagi mendedahkan kebaraian defend kita. Tak bolos dulu tak sah. Setiap kali defend kita buat perangai attacking unit kita kene kerja berganda. 2 minit 2 gol, gua ingat kita boleh menang untuk cari gol ketiga tapi tak sampai2. Itu dah letak attacking force kita all out, Theo Podolski Giroud, kat bench tak de siapa2. Gua agak pelik jugak macam mana dia boleh release Chamakh tanpa pengganti. Time injured nanti salah seorang daripada mereka barulah nak bising.

Kejap lagi lawan Stoke City. Stoke tak pernah menang away ke atas Arsenal sejak era Premier League.Malah rekod mereka season ni baru mencatatkan satu kemenangan sahaja di tempat lawan. Wenger menegaskan Stoke masih lagi pasukan yang sukar untuk dikalahkan dengan memetik nama Nzonzi serta Charlie Adam, dua penjana jentera tengah mereka. Arsenal akan beraksi tanpa kelibat Mael, dan Coquelin. Walaubagaimanapun berita baik apabila Mikel Arteta bakal kembali menstabilkan pasukan.Jom main Ragbi!

Agi idup agi mengGunners!!!


0 ulasan: