Rabu, 30 Januari 2013

Sorotan minggu ini


Kita mulakan dengan nada negatif. 2 hari sahaja lagi tinggal sebelum transfer windows ditutup dan kita baru sahaja mampu 'sign' Theo, Diaby dan  oh ya terbaru..David Beckham, sekali lagi ke Arsenal. Mana signing2 yang dijanjikan?? Kita biarkan Johan, Frimpong keluar tapi kita kekurangan cover di unit pertahanan. Macam tak masuk akal untuk bergantung harap pada kecergasan hanya 3 CB utama. Buatnya salah seorang injured, salah seorang digantung, mulalah alasan2 entahape2. Goal form Giroud Walcott dan Podolski akhir2 bulan ni dengan senang2 dia boleh rule out pencarian striker baru. Chamakh dah blah, Gervinho tengah berkelana dengan Ivory Coast tak tahu kondisi fitness dan mood setelah pulang nanti, buatnya dia terikut perangai Arshavin, mampuih siapa nak jawab. Wenger dah rule out Henry, Beckham, Villa itu semua nama2 tua dan logik, Cavani dikatakan mahal( memang takkan berlaku) tapi keangkuhannya melepaskan player seperti Ba, membiarkan Lopez, boleh menggigit jari.Biar masa menentukan. Kalau dia tak bersungguh2 nak sign di Pertahanan, serangan, maka apa yang dicarinya. Tengah? Tak terkejut dengan kata2 dia bahawa "Diaby dah kembali, Ramsey Rosicky jugak dah start main, Arteta akan kembali maka midfield kita dah loaded. Kita hanya akan menambah kuantiti bukan kualiti." Phew...tolonglah! Masalah sekarang di Arsenal , rekod buku kesihatan nak2 di tengah2 season menunjukkan kuantiti tak mencukupi kualiti apetah lagi.

Gua ingat lagi waktu kita tengah down, tewas kepada Swansea home, memang masa tu parang dah dekat leher, menggigil2 dia tak sabar Januari, dah declare nak sign player baru, lepas tu kalah bodoh2 dengan Chelsea dan City, kata kita patut bangga sebab control game dan sedihnya perkara tu semacam dah lali dalam hati naluri kita,- perasaan yang tak pernah dialami beberapa season lepas- Lepas tu kita menang membelasah  West Ham, dan kita struggle walaupun go through lawan team championship Brighton , semua masalah sapu bawah tikar. Semudah itu! Dia ingat kita semua lupa janji2nya. Dan2 pulak bagi seribu macam alasan macam tahun2 lepas " oh..sangat susah nak cari striker available Januari, mahal gila kalau nak beli bulan Januari, kita tak jumpa kualiti laa bulan Januari" Berapa lama lagi kita terpaksa mengangguk menerima sahaja segala kata2 nista ini ketika tempat keempat yang dianggapnya ibarat Piala Dunia ni pun dah semakin renggang tak macam musim2 dulu.Arsenal.Com mengeluarkan satu berita 'gembira la sangat' apabila harga tiket Emirates tidak akan dinaikkan untuk musim depan bagi memancing kepercayaan untuk fan terus melabur dalam poket Gazidis dan rakan2. Kesian, kadang2 gua rasa memang tak masuk akal mahalnya sampai fan2 away pun boleh boikot dan sanggup pulangkan balik tiket, itu dah menandakan kes berat tu. Sudah mentekedarah duit gua dan rakyat Malaysia 2 musim berturut2, Gazidis merasakan Asean memang lubuk bank simpanannya sekali lagi mengesahkan match di Jakarta summer ini berjalan seperti dirancang November lalu.Ya ia mungkin menggembirakan fan2 di Asia khususnya tapi at least balas balik apa yang kita dah beri. Suruh kita percaya memang kita yakin dan percaya dengan sokongan tapi tak bermakna kita akan percaya buta2 apa yang tangan2 ghaib ini lakukan di belakang tabir.

Berita sempoinya dan basi sebab gua lambat update ialah kita dapat balik konfiden kita dengan 2 kemenangan berturut2. Gua yakin ramai yang puas hati dengan 2nd half performance kita bertemu West Ham 5-1 terutama aksi Lukas Podolski yang kembali dari demam.Gol dan assists yang malam tu memang superb. Antara game terbaiknya musim ini.Giroud score dua bijik malam ni, selebihnya Cazorla dan Theo. Mael injured malam tu dan terpaksa dikeluarkan, yang menariknya secara spontan Mael mengakui dia menyerahkan armband kepada Wilshere. Gua yakin satu hari nanti, dia pasti menjadi leader yang cemerlang jika kekal setia bersama Gunners.

Kita juga progress ke last 16 dalam FA Cup setelah berhempas pulas menerima tentangan sengit dari Brighton & Hove Albion . Dan jangan salah anggap dalam gambar di bawah ini yang diraikan bukan Diaby walaupun tengok no seluar.


 Olivier Giroud menjadi man of the match kita dengan jaringan dua gol yang setiap satunya dikejar balik oleh anak buah bekas player Chelsea dan Spuds Gustavo Poyet. Leonardo Ulloa aka Jehan Miskin salah seorang daripadanya menambah kecuakan di gol Arsenal.

Ya even Poyet mampu sign Jehan Januari ini, kenapa Wenger tidak mencari pelakon2 berbakat dalam bola sepak? Ok kembali ke game hari tu.Sudahlah tanpa Mael, jadi agak gamble( dalam situasi kita cari piala) apabila kita menurunkan mix line up dan merehatkan Theo Wilshere, Gibbs dan Cazorla. Wenger mencampakkan Theo dan Wilshere dan ia satu yang berbaloi apabila sepakan Theo terbias  menggegar jaring menempah tiket untuk kita bertemu Blackburn 16 Februari ni. Seperti sedia maklum, Blackburn kini dinasihati secara global (global advisor jawatannya, bunyi nak gempak) oleh 'pakar' taktikal Shebby Singh. Lawan dekat Emirates pulak tu. Blackburn memang tak senang duduk kalau datang tempat kita, 6 gol bolos tu dah macam asam garam kehidupan. Jadi tak sabar gua nak tengok muka si Shebby yang asyik lantang  mengkritik sahaja Arsenal setiap kali menjadi pundit ketika bersama ESPN dan Astro dulu lebih2 lagi dia seorang Spuds.Dia sajelah yang betul kononnya. Pegang My Team, telekom melaka pun kantoi, lesen pun entah ada , entah sah ke tidak. Itulah yang rosak bola sepak jadinya.Abang lehman gak sempoi dan tenang belajar2 slow nak amek lesen coaching. Legend.


Esok lawan Liverpool. Berita baiknya Mael boleh kembali.Arteta Cquelin masih out. KEdudukan kita pun bukan jauh sangat dengan Liverpool.Beza 3 point jek sedar tak sedar. Kerana selalu sangat bajet Liverpool ni dah entah kemana2, tapi team kita  dalam masa yang sama merosot teruk, alih2 rupanya dah paras hidung jek  ha.Arsenal kena menang untuk jarakkan jurang. Kejar dan pintas satu lagi pasukan merseyside kat atas, Everton beza satu point jek. Dengan Liverpool yang baru terduduk kalah kepada Oldham, kita dalam driving seat untuk teruskan momentum. Kita benam diorang di Anfield, mari kita lakukan double esok di Ashburton Grove .Ayuh!

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: