Kekalahan kepada Chelsea Ahad lalu membuatkan kemenangan ke atas West Ham Khamis pagi ini dilihat wajib bagi merapatkan jurang dengan top 4. 2 Kali kalah berturut2, -ketepikan status lawan- merupakan suatu tanda yang tidak mencerminkan status kelab ini tapi ia bagai sudah lali diterima maka perkara itu suatu yang pastinya membimbangkan. Seperti game bertemu City, kita terleka dengan hukuman gol2 awal dan apabila kita bermain dalam position kejar game, pastinya sangat sukar lebih2 lagi ketinggalan 2 gol. Ref pada malam itu jugak tidak banyak membantu kerana anda boleh pertikaikan foul yang tidak diberi ke atas Coquelin sebelum gerakan gol Mata. Bukan nak bagi alasan, tapi dalam big game anda memerlukan sedikit luck, Chelsea dapat untuk kedua2nya. Gol kedua penalti dari kuda tua Lampard. Anda boleh memperlekehkan Ramires yang memang sengaja cari penalti, diving? mungkin. Tapi Harus dipandang kembali bagaimana kebinawean pertahanan kita yang bagi cukup ruang dan masa untuk Ramires berkeliaran dalam kotak penalti sebelum menerima umpanan Juan Mata. Mata memang inspirational bagi Chelsea malam tersebut tapi bagi kita? sayang, tiada karektar yang untuk dipandang di tengah padang.Semuanya menikus.
2nd half performance kita memang terbaik namun terlambat. Ada urgency.Tapi yang peliknya mengapa kita tak boleh main macam gitu sejak kick off, jadi takdelah beban sangat. Itulah orang kata dah terhantuk baru nak terngadah. Kita create chances demi chances, control ball, main dekat opposition half tapi sayang takde end product. Goal Theo yang bagi kita harapan memang well taken. Tapi ketika kita memerlukan suntikan baru, kita takde option dari bench apabila hanya mampu masukkan Arshavin untuk attacking side. Chambo dan Podolski may be demam tapi itu menandakan quality depth kita kurang. Kita jugak tak mengambil perluang dari set pieces2 yang kita dapat terutama sepakan sudut yang bertalu2 di akhir2 minit.
1 mata dari 9 yang sepatutnya adalah tidak munasabah bagi Arsenal.Munasabah ke munasarawak, yang penting gua tau lawan West Ham kena menang. Lepas tu lawan Liverpool, 2 2 home game.Ini peluang nak cucuk itu Everton dan Spuds. table tak logik apabila Arsenal dan Liverpool masing2 duduk bawah mengejar local rival tapi gua yakin kita boleh turn around result datang May nanti dengan syarat attitude kena spot on!
Hah! Kali ini bukan nak gossip pasal transfer lagi dah yang entah kita nak tunggu entah bila2. Nantikan saje alasan2 goblok Wenger 1 Februari nanti bilamana jika takde sebarang entiti luar dibawa masuk. Tapi gua nak sentuh tentang kebocoran maklumat kem Arsenal di internet. Ini berlaku apabila rakan kepada doktor pasukan,Gary O' Driscoll melakukan lawatan stadium tour dan sempat snap2 gambar. Antara yang menjadi perhatian ialah kertas2 peraturan disertai denda, suatu yang rupanya dipraktikkan oleh regime Wenger untuk menjaga disiplin team. Kelakarnya, Wenger mengarahkan Per Mertesascker sebagai ahlong kutip hutang, mungkin kerana fizikalnya maka dia ingat orang akan cuak dan pantas melunaskan denda. Kalau lambat bayar, jumlah akan berganda. Memang Ahlong style. Perkara ini menjadi jenaka ke atas Arsenal ketika ini di ruang maya kerana antaranya ada yang berkata takkan Arsenal tengah sengkek sangat sekarang ni sampai sanggup paw duit player untuk masuk tabung transfer. Member Doktor tersebut hanya post di file sharing website dan dikatakannya dalam folder private, tapi paham2 lah bila dah diupload bukan boleh percaya 100%. Ini membuatkan kedua2 Doktor dan membernya kini resah gelisah mengetahui pihak Arsenal pasti bengang dengan kekurangan security yang digambarkan. Dan ini antara denda yang gua sempat copy paste untuk tatapan:
OFFENCE | FINE |
Non attendance of unused players at Home matches without permission of manager | £1000 |
Late for training | < 15 mins £250, > 15 mins £500 |
Late for treatment/massage | < 15 mins £250, > 15 mins £500 |
Late for travel | £500 |
Late for match day meetings / meals | £250 |
Wrong kit on match days | £100 |
Inappropriate clothing outside of the dressing room | £100 |
Outdoor shoes in the dressing room | £100 |
Newspapers, laptops and phones in the medical room | £100 |
Newspapers in dressing room | £100 |
Non production of urine sample for two consecutive weeks | £200 |
Phone calls in the building (texting allowed) | £500 |
No participating in commercial activities (including Club Day) | £500 |
Amacam? Pak cik Wenger kayo!
BAYAR LA OI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan