Persembahan, jiwa dan jaringan Jack Wilshere membantu Arsenal menawaskan Swansea dalam replay FA Cup untuk membawa Arsenal ke pusingan keempat. Boleh gua katakan, persembahan terbaik Arsenal di Emirates dalam beberapa perlawanan walaupun jumlah gol tak mencerminkannya kerana kita tak henti2 mencuba, create chances dan tak bagi ruang langsung untuk Swansea dominasi bola kali ini. Kalau tak kerana ketumpulan jentera serangan Theo dan Giroud yang direct ke arah Vorm, gua rasa kita lebih selesa dengan beberapa gol tapi jaringan superb Wilshere ternyta sudah mencukupi. Dan gua tertarik nak bagi kredit kepada Coquelin kerana kehadirannya membantu mesntabilkan memberi keseimbangan kepada bahagian tengah dengan kehadiran Diaby. Diaby akan nampak better jika ada player yang mengcover dirinya.Oh ya dan kali ini Michu gagal menjadikan kita peluang untuk merekodkan jaringan, itu jugak adalah bagus.Tidaklah Drogba sangat.
Lepas match yang melegakan hati para Gooners, kita sekali lagi diberitakan dengan khabar gembira apabila Theo Walcott menjadi 'new signing' kedua kita selepas Diaby! Selepas beberapa siri spekulasi dan gosip, akhirnya Theo sign jugak kontrak lanjutan bagi mengukuhkan Brtain-base di Asenal setelah 5 anak muda Wilshere,Rambo,Gibbs,Chambo dan Carl melakukannya terlebih dahulu. Signing Theo ni pasti menjadi penamat yang tak diingini media kerana sejak kebelakangan ini Arsenal sering berada di pihak yg 'kalah' apabila seorang demi seorang so called star player meninggalkan Ashburton Grove. Ini tentunya suatu yang mengujakan buat para peminat Arsenal yang sebenarnya tengah ternanti2 siapakah watak yang akan dibawa masuk sebagai memperkuatkan barisan kita lagi2 transfer window tengah dibuka sekarang. tinggal lebih kurang 11 hari sahaja lagi, tapi entiti baru belum diikatakan hampir. Hanya interes suam2 kuku sahaja nama yang dipetik dan dicanang2 media. Jadi dengan signing Theo serta kembalinya Diaby, gua harap Wenger tak menjadikannya sebagai alasan skuad kita sudah cukup mantap walau bukan sempurna, kerana apda gua masih ada ruang yang perlu diperbaiki terutama defending side. Dan tebaru pasal isu Cavani yang Wenger dah petik namanya tapi cakap tak mampu, pada gua ia memang sekadar gossip. Jangan kata Cavani, Bawani KS pun kita takkan sign. Amekla gambar yg diedit memperlihatkan dia tangah sign jersey Arsenal sebagai tatapan bagi yang mengimpikannya. haha
Jadi ini malam, Arsenal akan bertandang ke Stamford Bridge dengan suasana positif setelah Jack dan Theo menceriakan para Gooners. Mereka pasti ingat bagaimana kita menewaskan mereka 5-3 musim lepas lagi2 lagi home form mereka musim ni lebih kurang Arsenal, barai. Baru2 ini mempersiakan 2 goal lead, seri 2-2 dengan Southampton. Tapi itu cerita lama, orang tu pun dah blah, Rafa pulak yang jaga Chelsea. Gua suka bertemu Rafa sebab kita boleh tengok 2 gelagat manager yang buat2 macam master of tactical tapi sebenarnya takdelah bijak mana pun. In Rafa kita bolehh jangka yang pelik2 akan berlaku dari segi line up dan sub dalam Wenger pulak, kita bole predict line up dan sub. Rafa baru menang 2 daripada 7 league game di SB. Arsenal perlu ambil peluang ni. Lebih2 lagi kita tewas di Emirates kepada mereka musim ini, patutnya desire untuk revenge lebih tinggi. Mereka mungkin nampak hebat dengan signing2 baru terutama yang paling baru Ba.Entah macam mana Wenger boleh melepaskannya depan mata dengan alsan sama macam Giroud, entah hape2. Ba dah score 2 bijik ke atas kita masa dia masih bersama Newcastle musim ini dalam antara game yang menghiburkan. Adakah Ba boleh mengulangi rekod Darren Bent yang menjaringkan gol ke atas Arsenal bersama dua pasukan berbeza dalam satu musim? Mertesacker dan Mael perlu memastikan ia tidak berlaku dan untuk itu, perlu menutup sumbernya dulu. Juan Mata menjadi nadi tengah Cehsela musim ini ketka yang lain2 on off.Ketiadaan Arteta seakan diisi sekali lagi oleh Diaby dan mungkin Wenger nampak sumbangan Coquelin untuk sekali lagi stick pada kesebelasan yang main Rabu lalu. Arsenal tak ada tambahan rekod kecederaan selain Arteta, Rosicky dan Fabianski, Gervinho punyak tengah berkelana bersama pasukan kebangsaan di Piala Afrika.
2 2 team pulak memang tengah struggle, dan macam Wenger, Rafa dah concede title serta cakap kelayakan Eropah menjadi Priority sekarang ni. Ini game must win buat kedua2 pasukan tapi melihat kepada table, Arsenal yang lebih wajib memenanganinya untuk keep in touch bersama pasukan2 di atas kerana apbila dah sama point dengan Liverpool, itu tanda kurang baik.Untuk rekod, Arsenal paling banyak score dan menang di SB dalam era Premier League dan ia tak mustahil rekod ini akan diperbaharui, diperkukuhkan.
Astro ESPN 930PM Arsenal 3 Chelsea 2
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan