Rekod 38 tahun tak pernah kalah kepada City di laman sendiri lebur apabila kita tumbas 0-2 kepada jaringan Milner dan Dzeko. Memang mudah mengambinghitamkan ref Mat Din atas alasan kacau game bagi red kad awal tapi tak susah jugak meletakkan semua punca kekalahan di pihak sendiri dengan Koscielny menjadi culprit sebenar, let the team down dengan foul yang tidak perlu serta juga Wenger sendiri yang ternyata semakin merapu.Malah kenyanyukannnya ketara sejak sebelum masuk padang lagi apabila dalam PC masih berbicara mengenai bekas pemainnya yang diakuinya sendiri, melepaskan orang itu akan menghadiahkan title pada pasukan itu. Apekejadah????!!! Di sini dia bukan sahaja buat pengakuan terbuka dah concede title(walaupun dah lama kita lepaskan) dia dah hantar mesej, team arsenal kini hanyalah memburu top 4, itu sudah title baginya sepertimana yang pernah diakuinya dalam PC2 sebelum ini. Tak peliklah mengapa kita sekarang mengalami downfall ketika manager kita setiap hari selangkah ke belakang mindsetnya. Belum masuk lagi ayat2 klise setiap kali ketika transfer market dibuka, "we are looking" "dig deep in the market" "only exceptional talent" "we can't afford Messi" "Diaby is like a new signing!"....
Dan 'new signing' dialah yang dia tergesa2 nak bawak masuk si Diaby tu punya lama tak main. Tak ambil risiko, karang masuk2 lepas tu injured mengeluh lagi hilang player. Diaby kata dia baru tahu sehari sebelum match tentang penglibatannya dalam kesebelasan utama, lepas Arteta disahkan out 3 minggu akibat kecederaan ketika latihan. Diaby baru sahaja tamatkan 60 minit bersama skuad NextGen ataupun under 21 dan belum match fit, tapi statusnya selaku 'Jambu' Wenger membuatkan player2 seperti Coquelin, Rosicky, Arshavin di overlooked. Dan Wenger berpegang teguh sangat pada so called master plannya iaitu bagi Diaby main 60 minit at all costs.Dan kalau Diaby lah yang kena red card hari tu sekalipun, gua rasa wenger tetap suruh dia main 60 minit jugak tak keluar2, sanggup mengorbankan orang lain.
Cerita pasal orang yang dikorbankan, Chambo pasti cukup bengkek dengan aksi badut Koscielny yang bajet tengah main ragbi ke WWE nak buat tackle gitu. Penalti dan last man halang gol opportunity jadi red kad. Szczzesny bernasib baik walaupun terbang ke arah bertentangan bola Dzeko masih terkenanya dan mengenai tiang sebelum melantun ke tangannnya kembali.Tapi gua tetap bagi kredit pada keeper antara pemain yang memberi najis malam tu berbanding player2 lain kecuali semangat Jack Wilshere.Walaubagaimanapun dia ada saham dalam pembolosan gol ketika indirect freekick pantas yang diambil City. Wilshere dan Diaby paling dekat dengan bola tapi mereka sepatutnya fokus, bukan membelakangi bola membiarkan City menyerang tanpa kita berada dalam keadaan aware.Itulah padahnya, sloppy goals malam tu.
10 orang, dah kena sebijik, terus moral down, kena 2 bijik, dah macam mayat hidup. Takde motivation, takde leadership atas padang. Mael hanyut dengan bebanan armband yang mungkin terlalu berat buatnya. Jack Wilshere, kalaulah ada 11 jiwa macamnya di atas padang, tentunya kita tak melihat shambolic performance seperti mana 1st half hari tu. Hanya dia dilihat ada perasaan care pada Arsenal. Bersungguh2 lari di segenap raung padang. Invite tackel kiri kanan atas bawah, provoke opposition, hingga Kompany dapat red card. 2nd half barulah nak ada sedikit urgency. Tapi sub pun entah apa2. Bukan maksud gua pada entiti yang ditukarkan tapi pada logika penukaran. Nak cari gol, ko keluarkan Podolski yang antara treat malam tu, masuk Giroud tu ok, tapi apa salahnya gung ho all out attackiing force semua ada atas padang.Mengapa nak tunggu sejam baru keluarkan Diaby yang kita tahu lambat laun pun memang ko akan keluarkan jugak. Ramsey masuk ganti Diaby, Rambo ,ok lah berbanding game2 lain.Ada perasaan ingin mencuba, try hard tapi tak cukup.
Berkenaan Theo pulak, Wenger kena kaji balik bila masa yang sesuai nak letak Theo main central position. Terutama dalam big2 game ni, dia pikir die Henry ke apa bila dah pakai no 14, tapi kurang contribute. Theo punya senjata hanya larian. Beat defender, gelecek, hold up ball jarang sekali. Yang menyakitkan hati kenapa dia kena amek segala set piece berbanding Cazorla atau Podolski yang ada dalam padang yang sama. 90 minit, satu shot jek on target itupun lepas Kompany dah keluar, diselamatkan di atas garisan. Bagi gua, Walcott ni satu dimensi jek game dia dan waktu paling afdal dia main role tu ialah ketika main counter attack. Itu memang makanan dia la dan senjata bagi Arsenal. Jadi Wenger kena kaji balik bila masa patut guna Theo kat tengah, bila masa patut stick dengan option target man, Giroud. Giroud masa masuk ,memang nampak mencuba.Tapi peluang2 keemasan yang dia dapat tu adalah bertukar menjadi hampas apabila dilepaskan.Terutama Free header2 yang tak masuk. Tapi overall kalau dia start, gua rasa dia boleh menyumbang sesuatu lagi awal dalam game2 macam gini. Kalau kita boleh patience dengan Theo 7 tahun, kita boleh bagi masa pada Giroud yang belum masuk 7 bulan. Hanya gol yang boleh tambah konfident striker, tapi mcm mana nak dapat gol kalau tak main. Untuk player yang belum komited macam Theo, apalah salah Wenger kasi ajar siket jangan nak menjadi pak turut sahaja .Kalau dulu ko bina team berasaskan Henry, lepas tu ko cuba bina team berpaksikan Fabregas tapi gagal, tak payahlah nak cuba2 ko buat team semata2 nak cuba slot in kan seorang player, tak fair untuk player2 lain. dah tiba masa kembali main 4-4-2. Campak jek classic old fesyen striker mcm Giroud dengan natural finisher macam Podolski tu bergandingan kat atas. Nak tunggu striker2 baru yang kononnye nak dibawa masuk entah bila la pulakkan. Dan kita tengah desperate nak DM dari dulu lagi pun tak dapat2. Dah berkurun defending kita macam sampah, defender baru adalah must buy untuk bulan ini.
Tak tahulah, gua mungkin menulis meroyan atas dasar kekalahan kita tapi masalahnya kini ia dilihat semakin lama semakin menjadi barah jika tidak diubah.Anda tahu masalah itu, tapi anda tidak mampu mengubahnya ketika orang yang sepatutnya tahu masalah itu tapi tiada apa2 tindakan untuk mengubahnya diambil! Itu yang membuatkan kita sering rasa dikecewakan dan diberi harapan palsu. Bukan kemaruk sangat piala, tapi at least tunjukkan fight siket, maruah dan class kita sebagai salah satu club elite .Tapi kalau keadaan berterusan , lama kelamaan tak hairan jika kita hanya akan dilabel sebagai class middle team. Jika mereka tak mahu buat reform, jangan sampai fan yang buat reform kerana fan jugak ada kuasa dan suara dalam menentukan hala tuju kelab. Ambil yang positif dari kritikan, jangan memandang fan sebagai "terlalu mengharap yang tinggi" itu adalah ayat hinaan yang tak patut keluar dari seorang profesional manager.Semua peminat mahukan kelab masing2 sukses, sukses ada pelbagai cara dan definisi. Mungkin tak menang piala bagi sesetengah kelab adalah kegagalan, -mentaliti juara.Tapi kita boleh accept bukan semua kelab boleh menang berapa kerat piala janjinya, player dah bagi all out, aksi membanggakan,maruah dijaga.Dan jugak Management,Board dah bagi all out, tak menipu, mencari alasan bodoh memperbodohkan supporters. Ini kita bising2 bukan kerana apa, kerana kita sayang akan kelab ini, dan kita tahu sebenarnya kita masih mampu beberapa step sahaja untuk berada sama level dengan atas sana tapi beberapa step itulah yang dipandang remeh tak diendah oleh kebongkakan sesetengah individu yang berkuasa.
Positif dari game City ialah kekalahan akan memberi tekanan pada Wenger menekan panic button. Tak kisahlah dalam aktiviti transfer mahupun atas padang. Sebab pressure untuk menang game FA Cup esok menentang Swansea semakin menggunung.Lagi2 di laman sendiri. Lepas tu nak lawan Chelsea pulak. Aku boleh nampak Arsenal mampu cipta kejutan,dengan syarat, mindset , attitude dan spirit kena betul.Arsenal boleh, bukannya bangang sangat skuad yang kita ada, lain lah kalau player2 nak membuktikan sebaliknya, itu malang bagi mereka dan pengurus.Gua selaku fan percaya , anda mampu mengubahnya.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan