Jumaat, 8 Februari 2013

Arsenal dah kena start all out!

Tampan dan kemas. Itu yang dapat gua gambarkan pada website terbaru arsenal.com . Tapi bagi gua secara peribadi , gua lebih prefer design dulu yang nampak lebih tersusun , lebih 'official' dan user tak berapa nak sesat di laman sesawang. Kerana design baru ni nampak seakan2 blog  cuma dengan perwatakan lebih segar dan bertenaga.Apapun perubahan adalah bagus, demi ketidakboringan mood, mana tahu ia memberi sedikit motivasi di atas padang.haha.

Tiada debut yang paling afdal buat Nacho apabila bertemu pasukan paling fizikal BPL Stoke City. Ternyata Stoke melemparkan segalanya, menyukarkan segala pergerakan, menafikan kita mencipta peluang tapi mereka sebenarnya lebi selamat apabila Begovic di gawang. Lantaklah orang nak kata apapun tentang gol Podolski yang sekadar deflect, Arsenal layak menang game tersebut dengan desire dan kesungguhan yang ditunjukkan. Dan malam tu kita bukan sahaja menunjukkan kita tak rela dibuli linesman, malah kita jugak menunjukkan bahawa kita bukan lagi the soft team dalam BPL, rela bodoh2 sahaja diperlakukan , kini tidak lagi dengan adanya watak seeprti Jack Wilshere. Jack menunjukkan semangat, fighting spirit dan yang paling padu sekali semangat setia kawan ala 3 line. Member kene hentak, ingat senang2 ko nak lepas begitu. Walaupun badannya kecik , jiwanya besar, suatu yang arsenal lack sejak era Vieira. Fabregas adalah yang paling hampir, caring nya terhadap Arsenal.Dan kini tiba lah masa untuk Jack Wilshere. Masa belasah Spuds Adebayor tackle Cazorla, dialah org paling menyuarakan tak puas hati terutama bust up nya dengan Bale. Dan malam game lawan Stoke, Arteta tertackle Owen dari belakang walaupun terjahan agak kuat tapi cara Owen membalas seperti pondan agak mendukacitakan, selari dengan jalan hidup downfall michael Owen itu sendiri. Ditumbuknya seperti bapok di belakang Arteta. Jack Wilshere tak kire, ko bekas legend ke ke golden boy england ke, dah taji member aku memang kena laa.. Itu yang kita mahukan. Bukanlah mahu violance dan samseng dalam bola sepak, tapi kita kena ada player yang tunjuk character , biar hidup kembali fear factor yang dah lama hilang di Arsenal.


Dan Jack Wilshre mencuri tumpuan lagi minggu ini dengan internationaleleh. Menjadi MOTM ketika England menundukkan Brazil, Wilshere diangkat sebagai penggganti apa yang dihebahkan sebagai generasi emas bagi England.Emas yang tidak lagi berkilau walaupun Lampard salah seorang yang score tapi nama2 mereka sering menghampakan di pentas2 kejohanan besar. Kita harap tak overhype sangat macam zaman2 Gascoigne dulu. Biar player2 muda ni berkembang dan menimba pengalaman secara natural.Bukan semua yang mampu menampung hype2 yang dilontarkan ke atas bahu, Theo sehingga saat ini pun masih belum secara kukuh meletakkan nama tapi slowly dia sedang melalui proses ini untuk nampak lebih konsisten.

International tengah2 minggu ni ramai jugak player Arsenal yang terlibat. muka baru Nacho pun sempat main 10 minit, cazorla ,mertesaceker, podolski,sagna, giroud, rosicky, szczesny dan player2 loan out mcm Pakcu, Campbell, johan semua dapat merasai aksi antarabangsa.Berita duka buat Gervinho terpaksa pulang awal apabila sekadar terkandas di suku akhir bertemu Nigeria. Harapnya dia tak akan emo terbawak2 seperti Arshavin. Kepulangan Gervinho akan memberi option di bahagian serangan lebih2 lagi dengan jadual yang padat serta Champions league yang bakal sambung 19hb.Bayern wei Bayern!! Seriously gua tengok baki fixture, secara jujur gua cakap, melihat kepada perkembangan skuad dan kedudukan di mana kita berada sekarang atas table, memang Arsenal tak boleh drop points bodoh2 lagi.

Esok lawan Sunderland away, tahun lepas ada Henry nak selamatkan kita last2 minit, sekarang segalanya terletak pada bahu Jack , Mael, Theo dan rakan2. Mael kata Sunderland tetap sukar kerana mereka lebih teknikal daripada Stoke. Kemenangan dan 3 mata sangat diperlukan sebagai modal untuk kelayakan UCL dan jugak motivasi nak bertanding 2 kejohanan cup, FA hujung minggu dpn lawan Blackburn dan UCL tengah minggu lepas tu Kemudian , barulah masuk balik mood liga, layan Aston Villa datang rumah. Lepas tu pulak, bulan 3 ni laa memang kene kaw2 all out. Spuds(a), Everton(h), Bayern(a) Swansea(a) barulah Reading(h). Menjelang bulan 4 kita dah boleh agak2 situasi kita macam mana.A long way to go...apapun COYG!!

Kepada para gooners yang menyambut CNY , selamat tahun baru Cina diucapkan. Kepada yang pulang ke kampung, hati2 di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: