Isnin, 18 Februari 2013

Come On You Gunners!!


Tak kesampaian hajat gua nak lakukan double combo glory post edisi bumper Raya Cina dengan mula2 kemenangan ke atas Sunderland away 1-0 tapi bajet gua kita boleh melepasi halangan Blackburn ternyata meleset jauh sekali apabila sekali lagi kita dimalukan dengan same old same old story, mimpi FA cup kita berakhir di laman sendiri. Paling sadis apabila sekali lagi satu demi satu rekod buruk bagi Wenger dan Arsenal tercalar dek kerana keegoannya sendiri. Kali ini dia mencipta kekalahan pertama kepada lower tie opposition dalam FA cup. Itu hari dah kena rekod yang sama dalam Carling Cup, maknanya dalam satu musim sahaja dia dah memecahkan bukan satu tapi double rekod buruk untuk dirinya sendiri. Tahniah Wenger.
"Finally a special thanks to all the wonderful Arsenal fans who supported me during this period here at Arsenal. I leave not with a 'goodbye', but with a 'see you soon'."
Ok. Dan ayat tersebut bukan dari Wenger. Jangan syok sangat, Le Prof belum 'dinaikkan pangkat' untuk upper role, Itu ayat dari Santos. Santos sekali lagi membuktikan pembelian Wenger memang sungguh2 exceptional talent. Walaupun pintu perpindahan euro telah tertutup, namun Santos berjaya menerbangkan diri ke Gremio bagi mendapatkan minit perlawanan. Gua rasa tak, Gua rasa dia pergi sana untuk memperbanyakkan koleksi jerseynya.What a nice hobby! Yang tak tahan tu dia sempat cakap ini bukan goodbye, kita jumpa lagi. Ok lah pada gua, gua memang sangat simpati dengan treatment tidak adil yang diterima Santos, dia adalah mangsa2 keadaan. Namun gua pujilah dia punya semangat untuk cakap dia akan balik sini semula untuk redeem balik kepercayaan walaupun tahu, Gibbs dan Monreal dah ada. Summer nanti belum pasti kedudukannya, mungkin gaji dan release clause menjadi stumbling block untuk perpindahan secara sah.

Berbalik kepada game bertemu Blackburn. Wenger kata kita kalah dan tak layak menang game itu dan enggan memberi alasan. Memang tak ada alasan munasabah kerana itu adalah kebangangan yang nyata. Membiarkan Shebby Singh diulangi Shebby singh!- seorang Spuds dan mulut longkang yang selalu kondem Arsenal dan bajet dia serba tahu- dan Bentley bergembira meraikan kemenangan di Ashburton Grove adalah satu perkara yang menikam belakang para fan. Para penyokong sekali lagi terasa ditindas, dibohongi dengan pelaburan mereka membayar antara tiket termahal dalam rantau itu tak berbaloi sekali lagi. Lebih2 lagi line up yang ditunjukkan menunjukkan prioriti lebih diletakkan ke atas UCL manakala Wenger memandang FA Cup sekadar just another game je kut ketika fan mendambakan kejayaan 8 tahun tanpa piala, dan dahagan trofi. Menariknya slumber dia boleh kata, "sibuk sangat dengan 8 tahun , perlu diingat player2 yang main malam ni bukan ada pun sejak 8 tahun lepas, mereka main untuk masa depan" Ya betul tapi bagaimana dengan fan pakcik oi?!!!! ada yang kurang dari 8 tahun ada yang 8 tahun ada yang lebih 8 tahun 18 tahun, 8o tahun pun ado lagi?! Macam manalah dia boleh keluarkan statement bangang yang slumber memainkan sentimen emosi penyokokng. Ok secara jujur gua kata lu turunkan lineup tu memang winnable team, tapi gamble lu ternyata tak mejadi.Wenger  patut letakkan setiap game priority sama , lebih2 lagi FA Cup ni chances untuk kita akhiri kemarau piala. Letakkan 1st eleven, kemudian dapatkan 2 3 gol baru la tukar sapa ko nak tukar. Ini pi biaq Diaby pancit sampai 90 minit keluarkan best player kita atas padang-bukan sekadar gua yang cakap, ini poll Arsenal.com MOTM , Rosicky!-  Rosicky yang dikeluarkan , memang cari nahas laa kacau flow game. Cara kita concede pun sangat naif, satu2nya shot on goal dan terus masuk. Goalkeeper kita sekali lagi terleka kerana bola muntahannya sepatutnya ditepis jauh bukan ke dalam danger area.Entahlah, sedih mengenangkan nasib. Mungkin ada benarnya kata2 salah seorang Arsenal  fan "To be honest, we've been watching end of an era stuff for so long now, it's is actually a new era (and not a good one)."

Yang selebihnya gua dah tak larat nak complaint dan kondem kerana segala negaitivity anda boleh baca di mana2 journal, blog dan site semuanya menganjingkan Arsenal keculai di Arsenal.com. Semuanya cerita yang sama, cuma beza tahun bertambah, angka bertambah, nama player berubah, nama manager yang tetap kekal sama dikritik. Jadi gua cuba lah nak keluarkan positif dan saki baki semangat yang tinggal sempena game lawan Bayern Munich Rabu pagi.

Arsenal merehatkan 2 askar Jerman yang memang tahu selok belok serta gaya permainan kelab Jerman yang bakal melawat Emirates esok ni. Podolski dan Per Mertesacker akan menjadi orang penting dan tali barut kepada wakil negara mereka sendiri lebih2 lagi Podolski yang pernah berkelana di Munich walaupun tak berapa menjadi ketika itu.Gua rasa Arsenal setiap kali underdog main lebih tenang dan boleh main game sendiri. Tapi bila tertekan, terdesak, tersedark, overkonfiden itu yang main carca marba. Jadi Gua secara peribadi rasa kita boleh tumbangkan gergasi Jerman ini secara halus. Biarkan pulak mereka overkonfiden kerana lepas kemaluan yang terserlah dalam FA Cup tempoh hari tak ramai yang nyata bagi harapan pada Arsenal untuk menang even 1st leg sekalipun. Gua katakan, apa kata kita bagi kejutan kalahkan mereka dengan 2 atau 3 bijik beza gol dan janji tak bolos, kemudian bawak a hell of a game untuk mereka ke Munich nanti! Gua rasa Wilshere dengan Walcott akan menjadi nadi penting selain 2 orang jerman tadi. Cuma menjadi perhitungan  bagaimana di barisan pertahanan? Santos dah blah Gibbs injured dan nacho cup tied. Kita ada option, Mael main LB atau Sagna main LB dan Jenkinson masuk blah kanan. Gua perefer kita kasi experience all out. Dari kanan, Sagna- Mertesacker- Koscielny- Mael. Itu gua rasakan yang paling terbaik untuk melindungi Szczesny yang kadang2 flip flop jugak. Dan gua puji semangat juang serta jiwa gooner Wilshere.Walaupun kecewa terkandas, tetap positif menghadapi big game esok. Wilshere mengambil contoh Chelsea musim lepas sebagai kayu ukur;

“I think that was an inspiration for everyone,They weren’t having a good season and they got a bit lucky in some games but showed great character.We need to do that now. We need to come together as a team. We’ve got good leaders here. We’ve got a good team atmosphere here and I think that’s going to help us now.
It’s not ideal to go into a game like that after the loss [against Blackburn] but we have to show our character now,We’ve done it before so we know what we can do. We’ve beaten big European teams here before so we need to do that again.We need a good defensive display and then we need to counter them well. They’ve got a good defensive unit as well so it’s going to be an interesting game and we look forward to it.
We’ve got a good bunch of lads in the dressing room. They’re winners as well. We’ve got the likes of Podolski and Arteta. Players like that are winners - they want to win.The fans are always great, especially in Europe. I think they love the European nights here and we need everybody behind us.''

And here we go again...harapnya satu lagi malam2 Eropah yang indah....COYG!!



Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: