Khamis, 21 Februari 2013

Arsenal amatuer ketika Bayern buktikan mereka lebih mature


Pasti ramai yang tak mampu lagi mengeluarkan air mata untuk menangisi satu lagi kedurjanaan yang menimpa. Kering sudah, umpama para gooners telah lali dan terpaksa menerima hakikat, kita tidak setanding Bayern Munich at least untuk malam semalam. Malam2 eropah indah yang diharapkan tak kunjung tiba.5 minit kita beraksi bagus tapi nampak macam terdesak sangat sampai lupa the art of defending, akhirnya Tony Kroos slumber menewaskan keeper tak berpengalaman kita Szczesny seawal minit ke tujuh. Mengapa gua cakap tak berpengalaman, sebabnya memang dia jarang deliver terutama dalam big game, selalu buat blunder yang merudumkan moral rakan sepasukan. Boleh lihat wajah Cazorla sebaik sahaja Szczesny gagal mengeluarkan bola dari corner dan membiarkan Muller buat follow up tanpa dijaga. Jangan salah paham, Szczesny memang berbakat, tapi masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab dalam big game. Ternyata dia memerlukan saingan untuk posisi ini untuk push dia lebih, muka2 berpengalaman pasti dapat membantu selain flappyhandski dan Manonne.

Bukan jugak diletakkan kesilapan keseluruhannya di bahu keeper ketika defend kita tak banyak membantu. Anda hanya ada seorang sahaja natural LB untuk competition ini,itupun injured maka salah siapa? Jadi terpaksalah Mael main out of position, dan gayanya  bukan lagi verminator tapi dah macam C3PO. Kesian jugak aku tengok kapten Mael kita dibuli oleh Lahm dan Schweinsteiger tanpa sebarang support. Kerana Rambo, Cazorla jugak main out of position, Mula2 diletakkan Rambo di bahagian kiri sebelum Rosicky masuk, dan kemudian Cazorla pulak. Kedua2 player ini lupa akan kerja2 track back yang selalu dilakukan Podolski.Itu antara punca penyumbang kepada gol ketiga. Kita melepaskan gol2 yang murah dan terpaksa dibayar dengan harga yang sangat mahal.  Malam tersebut line up agak mengecewakan kerana ketiadaan Giroud starting, dan kemasukan Rambo banyak mengacau flow. Theo upfront dengan Podolski tapi tidak ada support. Anda boleh lihat satu lubang besar di tengah padang ketika gap antara Wilhere, Arteta dan Cazorla entah siapa yang patut cover siapa yang patut attack, masing2 terkeliru. Wilshere macam biasa pemain paling bernyawa dalam skuad Arsenal semalam, tak segan untuk drive through tapi berkali2 cubaan untuk memenangi foul dipandang sepi pengadil.

Arsenal sepatutnya under dog, patut boleh main tenang, tapi semalam main masih gelabah dan nampak tertekan terutama untuk deliver depan penyokong sendiri. Jangan bimbang, fan kita sentiasa top class, boo tu umpama biasa bila wisel half time dan penamat sebagai erti menuntut respond tapi sepanjang game masih terdengar lagi sorakan2 semangat menyokong kelab yang disayangi. Cuma janganlah terus menerus menikam perasaan para gooner sebegini rupa. Kita ada Theo seamalam, 1st half dia mencuba, setiap kali dapat bola, kita dapat perhatikan tak ada support, tak ada siapa hendak dipassingnya, jadi dibawa sahajalh bola itu keh ulu kehilir macam orang takde tujuan hidup sebelum dirampas pemain lawan.2nd half, selain dari crossing kepada Giroud yang terkena tiang, kita langsung tak memaksimakan pace Theo. Terus MIA. Van Buyten yang lembab boleh kita tak eksploitasi . Bayern pulak di sebelah sana, membuatkan Mertesacker seperti bukan rakyat jerman apabila tak teragak2 memalukan pemain kebangsaan mereka sendiri. Gol pertama lambat close down, beberapa kali player Bayern boleh free header tanpa dicabar ketinggian Mertesacker. Teruk. Bayern create chances dan pandai sudahkan peluang , berbeza dengan kita, terpaksa mengharapkan corner haram dan kesilapan Neuer untuk membawa saguhati ke Munich 2 minggu lagi.Podolski bagi harapan tapi tak cukup. KIta ingat boleh game on, tapi gol si Man tu betul2 bagi kita game over, 1st leg.

Jadi 1-3. Hutang 3 away goal perlu dibayar di Jerman nanti atau 2 bijik tanpa bolos. Adakah terlalu tinggi permintaan? Dalam bola sepak apa2 boleh berlaku, FA cup selalu ada miracle omputeh kata, European Night jarang ada fairy tale comeback tapi kalau Arsenal nak cipta sejarah, 2nd leg nanti sedia menanti.Ayuh bangkit!!

Gua tak payah nak tambah2 tentang kondem ke atas Wenger kerana ia macam oksigen, berada di mana2. Cuma gua dapat rasa kekecewaannya, back 2 back home defeat dalam cup, rekod sendiri pecah lagi, kalah 6 game tempat sendiri paling banyak sepanjang 16 tahun dia ada kat sini, tunggu sahajalah rekod2 lain yang bakal dipecah- risiko paling besar rekod bersih 'trofi' tempat keempatnya disapu orang, paling sedih jika jiran busuk Spuds yang memintas. Gua tak rasa dia tak salam Jupp Heynckes walaupun report media mengatakan begitu berdasarkan klip final whistle dia terus blah ke dalam terowong. Gua rasa dia terlalu malu dan hanya tunggu dalam terowong.Ada report kata dia duduk 25 minit termenung kecewa meratapi kekalahan. Gua rasa dia malu dengan Heynckes yang tahu kedudukannnya musim depan bakal diganti Pep Guardiola namun masih memberikan yang terbaik manakala Wenger pulak, tahu dirinya berbaki kontrak semusim lagi tapi pedang dah kat leher. Tapi dia tahu dia takkan dipecat. Atau dengan kata lain, dia tahu orang semua tahu dia takkan dipecat maka keputusan sama ada nak teruskan lagi musim depan atau break kontrak memang terletak pada tangannya sendiri. Dan jika dia memilih untuk honor kontrak(suatu yang sering disebut), dan jika pemerhati yakni fan melihat dia masih degil tanpa sebarang improvement, orang ramai akan tanpa segan silu meletakkan segala bangkai2 kambing hitam selama 9 tahun(kira musim depan) ke atas bahunya solo. Pada ketika itu Board dan Kroenke dah boleh start buat2 lepas tangan seperti tiada apa yang patut mereka dipalitkan sekali. Walaupun Stan datang semalam, namun dia tetap silent....



Arsene Wenger, gua tak memberi najis dia nak memecahkan rekod2nya di sini dan memburukkan legasi yang telah dibinanya tapi sayanglah , kerana dia bakal sebahagian dari history Arsenal, gua hanya mampu mengharap yang terbaik buatnya agar dia  kembali mendapatkan sendiri lebih penghormatan sepertimana yang dicanang2kan dirinya sendiri ketika hanya player yang tampil defend bos mereka. Sememangnya no one is bigger than the club dan gua lebih mementingkan status serta potensi Arsenal namun tak bermakna gua begitu kejam untuk tidak menghormati pengorbanannya selama ini. Bak kata dirinya sendiri, mari fokus untuk masa depan, jadi untuk main sentimen2 jasa2, ini bukan history channel, tindakan hari ini adalah untuk result untuk hari esok. Sabtu ini peluang ketiga berturut2 dihadapan penyokong sendiri, layan Aston Villa. Ini lah peluangnya, jangan dibazirkan..COYG!!

Agi idup agi mengGunners!!!

 


0 ulasan: