Santi Cazorla baru2 ni pernah tweet "macam mana nak dapat 300k follower ?" .Bagi gua mudah sahaja kalau dia pamerkan persembahan heroic macam lawan Aston Villa minggu lepas secara konsisten dan terus menerus score goals untuk Arsenal, pasti kejap sahaja sasaran dia tu tercapai. Gandingan Malaga antara Monreal dan Cazorla telah 'meneyelamatkan' Arsenal daripada minggu2 dan nasib malang setelah 2 kekalahan berturut2 dalam Cup, Blackburn kemudian Bayern. Di minit2 akhir perlawanan, Monreal bijak menghantar bola ke kawasan bahaya dengan harapan ada rakan2 membuat penyudah dan ternyata Cazorla tak mempersiakan peluang untuk gol ke 11nya musim ini di mana sebelum tu, di awal minit perlawanan jugak menambah gol peribadi ke 10nya. Walaupun Villa menyamakan kedudukan dan kita bermain agak hampeh dalam keadaan agak tertekan mencari kemenangan, result tu ternyata satu relief buat player, manager, dan penyokong Arsenal FC sebenarnya. Lagi2 menjelang pertemuan dengan musuh ketat Spuds dalan NLD malam nanti.
Spuds sekarang ni tengah syok sendiri. Tibe2 musim ni dapat rasa no 3 belakang dua kelab Manchester, dan menjadi teraju dalam perebutan 3 kelab London bersaing merebut tempat Champions league.Tadi, baru sahaja dipintas Chelsea yang berkelebihan satu perlawanan. Arsenal perlu menang game esok, salah satu sebab utama ialah sebab NLD itu sendiri tapi jugak untuk keep distance dengan Chelsea. Spuds? huh tak perlu bimbang sangat mungkin pada one man team ni. Harapkan Bale seorang, samalah kata2 yang dilontarkan kepada Arsenal beberapa musim sebelum ini harapakan Henry seorg , harapkan Fabregas seorg, harapkan org itu seorg. Wenger kali ni siap declare Arsenal dah distribute task list tu kongsi ramai, Cazorla, Podolski,Theo, Giroud WIlshere, masing2 boleh diharap untuk score. Walaupun niat untuk tak ada special marking kepada Bale bunyi yang agak kerek dan dungu, namun ego untuk NLD mesti ada. Haha. Kasi hangat! Ini baru beza berapa mata ada hati dah nak cakap pasal shift of power in North London.puiii.. Tak ingat ka musim lepas, beza 10 mata kalau tak silap, kalau kalah, boleh jadi 13 malam tu, kena dah 2 bijik.. tapi last2 Arsenal jugak yang menang 5-2. Season ni, home game, menang lagi 5-2. Jadi tak payah nak berlagak sangatlah wahai para Spuds,Bergumbiralah dengan si Bale tu selagi ada kerana gua tak nampak dia stay lama kat pasukan2 kecik ni ketika gergasi2 Eropah datang mengetuk pintu summer nanti. Jadi gua memang tunggu Arsenal akan jadi dalang apabila meletakkan Spuds di tempat sepatutnya , menggagalkan Spuds ke Champions league musim depan , menghilangkan faktor daya tarikan kelab perasan .
Tapi secara formnya ramai yang masih ragu2 akan keupayaan Arsenal dan bagi Spuds fan mereka rasa ini kalilah mereka akan memintas jiran yang selama ini dicemburui.Suatu yang kali terakhir dilakukan adalah pada musim 1994/1995. Ketika itu Arsenal dengan Wright, Smith, Seaman, Adams,Dixon, Winterburn , Keown tapi hanya mampu menghabiskan liga di tangga ke 12 manakala Spuds di tangga ketujuh. Summer itu, Arsenal bawak masuk permata, DB10 mengubah dimensi dan membawa era baru Arsenal, semusim selepas itu Wenger masuk dan dengan rekod cantiknya 16 tahun tidak pernah berada di bawah kaki Spuds. Namun musim 2000-2007 adalah terbaik bawah Wenger menang 12 seri 7 dalam semua NLD. Mereka sangat hampir melakukannya di final day musim 05/06 tapi sebab menterkedarah lasagna sampai sakit perut lepas tu konon nak siasat2 hotel penginapan yang hidang makanan tu, kekalahan kepada West Ham 1-2 kekal sebagai announcement paling indah di hari terakhir Highbury! Dan ketika sumpahan puaka Emirates baru melanda Arsenal,bermula 2008 banyak rekod2 baik terpaksa dilepaskan dengan kedua2 belah pihak dah menang 4 kali dan selebihnya seri. Jadi Spuds, sangat2 yakin bawah manager muda yang sedang menjenamakan diri semula, Villas-Boas , bahawa musim ini adalah musim mereka. Ini tugasan yang sangat besar dan beban amanah serta maruah harus dipikul oleh Wilshere dan rakan2 lain.Kalau dulu NLD ni serius di jiwa pemain2 local, tapi ketika era globalisasi ni tak kiralah dari mana, passport apa, selagi mereka dalam jersi merah putih tu jangan sekali2 dicemari dengan kekalahan kepada Spuds.
Sagna Out, Diaby 50:50, Gibbs masih out. Jadi player2 yang tinggal ni lah harapan untuk membawa nama dan maruah Arsenal. Pandang rendah Bale yang dah score 15 bijik ni macam bunuh diri la kan, tapi kalau menumpukan pada seorang player primadona saja ketika mereka ada lagi player2 lain jugak tak masuk akal. Pendek kata, Arsenal kena berwaspada, jangan masuk perangkap. Tambah ketiadaan Sagna di sebelah kanan, memudahkan Bale untuk mencari lubuk. Gua betul2 risau dengan kedua2 bek kita yang nampak seperti bakal menjadi sasaran bertalu2.Jadi gua mahukan ada cover di fullback oleh itu Podolski yang rajin harus start game ni. Paling gua bimbang Carl jenkinson di RB tak dapat support dari Theo. Mungkin Rambo akan start game ni kalau ikut nafsu Wenger. Tapi selagi siapa pun yang diurunkan dan memberikan segalanya itu pun sudah cukup. Gua nak ada fighting spirit dan kerana kita sedang meletkkan maruah kita on the line sekarang ni.
-----------------Szczesny-----------------
Carl-----Mertesacker-----Mael-----Monreal
----------------Arteta----------------------
-----------Wilshere-----Cazorla----------
----Theo-------Giroud-------Podolski-----
1200am Spuds 2 Arsenal 4
18 years and still counting.......
Agi idup agi mengGunners!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan