Selamat datang 2013. Maaf kerana gua meninggalkan blog di pertengahan bulan terakhir yang sebenarnya pack dgn match boxing day dan jugak tahun baru. Sepeninggalan gua, tak berkesempatan nak cover match vs Wigan, di mana kita menang away 1-0 - game yang ketat dan sukar, dan jugak home game paling enjoy setakat ini untuk musim ini, belasah Newcastle 7-3. Kita akhiri tahun 2012 dengan cukup bergaya , tapi permulaan tahun baru 2013 agak hambar dengan hanya sekadar seri 1-1 bersama pasukan struggle Southampton. Agak mengecewakan kerana ia sedikt sebanyak ganggu moementum menang 4 game berturut2. Dan ramai menganalisis kepoweran kita dalam last 10 minit bertemu Newcastle tu sebab kita ada fitness lebih apabila game bertemu West Ham yang dijadualkan ketika boxing day terpaksa ditunda akibat mogok pekerja2 underground tube di London.Agak berasas point fitness tersebut apabila kita pulak nampak lembik bila bertandang di kelab asal Theo dan Chambo. Dan mereka berdua nampak seperti bermain untuk the saint malam itu, tak menyumbang, lebih teruk lagi apabila Wenger mengeluarkan Santi dan Poldi demi memasukkan Rambo dan Gervinho. Perkara lain yang menyelubungi Arsenal, Theo pulak tengah hangat raih populariti atas dan luar padang.
Dan apabila dah masuk bulan Januari, semua mata tertumpu kepada Wenger tentang apakah tindakan selanjutnya. Wenger meletakkan priority signing utama January ini adalah melanjutkan kontrak Walcott.Theo tengah hangat dengan display tip top hat-trick bertemu Newcastle, tetapi hanya sekadar suam2 kuku ketika bertemu Southampton namun tetap bagi satu assist.Dia jugak punca dapat penalti di Wigan. Ini semua berlaku apabila Wenger berani melakukan transisi posisi di mana Theo dapat main central role, membangku simpanankan Giroud. Sama ada Wenger sudah pikir masanya telah sesuai untuk Theo beraksi di posisi idaman, atau dia rasa dah kesuntukan masa untuk meyakinkan pemain England itu dia adalah a big part of the plan, hanya Wenger yang tahu. Namun untuk sign Theo katkakan 100k seminggu, kita harus memastikan ia benar2 berbaloi, persembahan berkualiti week in week out, konsistensi bukan sekadar motivated untuk show off jaja nama supaya dipancing kelab lain.Arsenal dah beberapa kali terkana seperti ini, menjadi tempat batu loncatan, Wenger perlu memastikan sekurang2nya untuk kali ini, pelaburannya sejak 2006 menunjukkan loyalty bersama kualiti.
Wenger baru cakap dia takkan melakukan tindakan seterusnya selagi belum tahu masa depan Theo di Arsenal. Kesediaannya melabur untuk seorang lagi CF bergantung pada posisi Theo.Already ruled out the return of King Henry III dan Demba Ba yang dikatakan sama jenis player dengan Giroud, Wenger harus hati2 dengan apa yang dirancang. Pendek kata dalam istilah yang mudah difahami,'kalau theo sign takde striker baru, kalau theo blah baru cari striker baru'. Tapi wenger tak nampak ke kitaran realiti yang berlaku. Big2 player ni sedang menanti big2 signing untuk menambahkan keyakinan mereka bahawa skuad ni memang ada aim, itu sebab pemain2 terdahulu blah apabila dipaksa bermain denga average2 player yang dibayar gaji hampir sama dengan mereka2 yang berkualiti ni. Kita di situasi yang sepatutnya menambah player,bukan replace player, itu pasal Wenger punya strategi nampak silap.Selagi replace replace replace berapa generasi, semakin kuranglah kualiti player yang mampu dimiliki.
Tapi sekurang2nya ada jugak perkhabaran gembira apabila Wenger mengesahkan beberapa player average yang makan gaji buta akan dioffload. Yang dah dikompom Johan diintai Hannover, manakala seorang lagi CB Squillaci tengah tunggu team2 dari kampung Francenya berminat. Mereka semua ada no Wenger, ayuh telepon saja. 2 CB hilang membayangkan gossip sebelum ini berkaitan Sunzu menjadi reliable.Nasib Arshavin dan Chamakh jugak belum ddapat dipastikan. Chamakh dikatakan mendapat inkuiri dari Lille. Arshavin sesudah menolak tawaran Fulham dulu dan Reading baru2 ini, dikatakan lebih berminat berkolobrasi bersama bekas penurus Russianya, Dick Advocaat di PSV Eindhoven. BErita yang menggerunkan ketika ini di Arsenal.com adalah 'The fitness situation is very satisfying' . Perghhh ini membayangkan Santos dan Diaby yang dah kembali ke training sebagai bakal New Signing. Oh tidak, not again! Percayalah jika ini berlaku, sebaik 1 Februari, muka2 ini akan injured balik dengan DIaby bakal juara jika buat poll.
Tak banyak pun lagi berita pasal transfer target. Wilfried Zaha dari Crystal Palace macam dah tak sebab twitt die lepas game lawan Bradford hari tu.David Villa?ha ha ha.Kita baru lepaskan proven top scorer umur 29 tahun, aku tak nampak pulak kita akan sign player umur 31 tahun yang struggle nak kembali lepas dah ada rekod patah kaki dengan harga 16M.Huntelaar dah lanjut kontrak dengan Schalke, Ba, Chelsea-bound.Nani? Jika benar, pada form semasa ia lebih menyakiti hati fan Arsenal lebih dari fan United. Adrian Lopez? hurmmm... muda,bakal out of contract..ada logika di situ.
Ahad ni game FA Cup bertemu Swansea. Last time kita jumpa mereka adalah mimpi ngeri. Gua harap kita dapat progress ke pusingan berikutnya kerana setelah melepaskan League Cup dengan tak sepatutnya, FA Cup kalah mati merupakan suatu piala yang masih boleh digapai. Lepas tu tiga league game benar2 mencabar. City, Chelsea diikuti Liverpool. Bulan Januari ni betul2 mencabar, dan kita hanya ada bulan ini sahaja untuk mendapatkan sumber bantuan dari luar.Tapi gua yakin kita boleh handle dengan sebaiknya. Pasti ada jalan.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan