Rabu, 3 Oktober 2012

Post Chelsea :tewas berpasukan + Update kecederaan.

Tak perlu mencari kesalahan pasukan lain yang main takde lah hebat mana tapi boleh menang, tuding jari ke arah pasukan sendiri yang tak sembuh2 dari badi set pieces.Defending set pieces kita semakin jenayah sejak kebelakangan ini.Kecuali game bertemu Southampton dan Coventry, opposition semua dapat gol dari bola mati tak kira laa koner ke penalti ke free kick ke, gua tengah tunggu the ultimate worst case scenario goal.. kick off terus rembat masuk gol kita. Dan kali ini pembolosan paling costly setakat ini. Rekod tanpa kalah hancur di tangan rival derby dan jugak ini sekaligus boleh mematikan mood dan momentum pasukan. Sekurang2nya kita sedar di mana kita berada sekarang dan tak syok sendiri.

 Kata bidalan pernah berpesan, janga diusik benda yang sedang tumbuh elok. Gandingan Mertesacker dan Mael serta Per dan Kos nampak serasi dan jitu dengan seorang lembap dan seorang pantas.Walaupun Mertesacker lembap tapi otaknya agak pantas dalam membaca game membuatkan positioning awareness merupakan satu kelebihan baginya. Mungkin ada yang boleh kata sebab itu kita kalah, tapi siapa tahu letak Per sekalipun keputusunnya mungkin juga sebaliknya atau mungkin lebih teruk. Benda sudah nak jadi.Lagipun kita kene lihat secara kolektif game berpasukan kita malam itu.Macam mana boleh concede set piece yang patut boleh dielakkan, kenapa passing plan kita asyik sangkut tak lepas, banyak pegang bola tapi tak banyak langsung uji keeper. Banyak pegang bola dan mudah hilang bola, gol kedua kita boleh lihat bagaimana Arteta terperangkap lose possession membiarkan mael terkontang kanting lari nak kejar balik dan concede free kick yang membawa kepada gol Mata. Itu punca utama jika leka, lambat release bola, lupakanlah kesilapan teknikal budak sekolah dari Koscielny yang lebih sibuk jaga Torress dari jaga bola dan Manonne yang tak cover angle goal dgn baik kerana kita kalah dan menang sebagai sebuah pasukan. 

Member gua menyirap, tengok bola asyik diberi pada jenkinson saje katanye, yg gua sendiri nampak mmg game plan kita ialah maksimakan dua fullback ni belah Gibbs mahupun Carl, lebih2 lagi setelah ketiadaan Diaby yang mengganggugugat gameplan asal kita yakni longgokan control di bahagian tengah. Chambo masuk, anda dapat perhatikan dia lebih kepada sebelah wide dengan support overlapping Jenkinson. Termasuklah gol kita yang hadir juga hasil cross dari Chambo, bola dapat ke Gervinho yang buat turning, boleh gua katakan di sini selamat bola 1st touchnya tu tak melambung, membolehkan turning dilakukan dgn cukup sempurna, finishing yang bukan Gervinho tapi tahniah. Tapi sayang kita tak banyak mengulangi ancaman2. crossing2 membabibuta tanpa target man dan pembaziran ketika memegang bola di kawasan lawan jelas membawa padah.Lack of sharpness dan kreativiti.Cazorla tak mampu melakukannya kali ini, nampak pancit dan hilang idea. Bagaimana MOTM bertemu Coventry langsung tak ada dalam senarai bench pun gua tak paham, sekurang2nya dia layak diberi peluang.Giroud dan Theo masuk konon sebagai saver tapi Arsenal tak gunakan kredibiliti yang ada pada pemain. Pace Theo tak digunakan untuk menarik keluar serta mengkucar kacirkan aging defense milik Chelsea. Giroud tak dapat banyak crossing,dan kita nampak Giroud ni perlukan banyak peluang untuk sempurnakan satu daripadanya terutama di minit2 akhir!! Giroud perlu lebih tenang depan pintu gol. Dia perlu segera dapat gol liga sebelum dilabel Chamakh II.

 Secara positifnya kita baru main 6 game, masih ada 32 game dan kita telah bertemu lebih big guns dari team2 pencabar lain. Dan esok kita berpeluang redeem kembali maruah depan fan sendiri bertemu Olympiacos. Khabar malang adalah Diaby injured again, kali ini 3 minggu menyertai Szczesny dan Rosicky . Arteta terlepas training dan hanya akan diuji sebelum match, jika fit dia akan dirisikokan. Pentingnya great start dalam UCL ini ialah supaya kita boleh segerakan status kelayakan ke peringkat seterusnya dan menumpukan penuh pada liga terutama menjelang akhir tahun, November Disember adalah waktu peak dan boxing day nanti schedule penuh. Layak cepat, settle down cepat. Berita lagi sempoi adalah Jack Wilshere dah buat cameo 63 minit dalam game U21 bertemu West Brom. Turut start adalah rakan karibnya selama 11 tahun di Arsenal Frimpong. Walaupun kalah 0-1 tapi pendedahan dan match fitness adalah lebih utama buat dua orang pemain skuad utama ini.Arsenal perlu bersabar dan menjaga Wilshere dengan sebaik2nya bagi mengelak sebarang setback lagi. Dia dulu 'merehatkan' kerjayanya dengan koma, pada ketika namanya di atas, dan dia akan sambung dari koma itu, serta akan cuba jadi lebih baik dari dulu sehinggalah menjumpai noktah kerjaya hanya atas faktor umur. Kita jugak mengharapkan begitu buat semua pemain.Harap mereka tidak pernah putus asa, seperti mana kita setia menyokong mereka tak kira ketika muka tebal, frust menonggeng mahupun hidung kembang setempayan..

Agi idup agi mengGunners


3 ulasan:

ArSeNaL SUSAH MATI berkata...

Assalamualaikum tuan tanah....

hehehe...puh..lma gila xcatat ulasan kt blog hang bro(5 taun dh kot)..haha..post yg kt ats ni pn lum bca abis lg..smbung bca kt umah nnt la...apa2 pn..tahniah sbb blog ni masih aktif lg...yg lain bnyk yg tergendala dh...huhu..aku ada email kt kesuma dewa...kerek dowh..xblas email aku..hahah..xpala.maybe beliau lum bukak email kot(ada la ckit nk tnya psal hang bro)...

ku kunci blogmu dlm hatiku...kahkah..

Gunners & Roses berkata...

Salam bro, wei lama gila tak nampak hang.. pacita? gua pun lebih kurang jugak, ada masa..gua nukilankan coretan pendapat peribadi gua tentang pasukan kesayangan kita ni, time bz tu mmg tak sempat la tp still , update berita pasal arsenal kat luar sana tak tinggal. haha Kesuma Dewa pun dah jarang, tak kerek jika dikenali, maybe tak bc email.mungkin kesibukan membataskan, lagipun umur semakin tua makin bertambah komitmennya begitulah fi'il manusia.Support Arsenal through thick and thin.itu jek harapan gua pada semua goonersia, sama laa mcm hang, dah lima tahun tak jenguk tapi sayang arsenal punya pasai masih mai ingat lagi blog tak seberapa ni. apapun semoga maju jaya dalam hidup seharian,akhirat jgn lupa.COYG!

ArSeNaL SUSAH MATI berkata...

xdak apa crita nk d kongsikn bro,klau nk smbang ckit2 psal arsenal leh la,aku tak expert bab ngulas2 ni bro...tp selagi internet berline..slagi 2 la aku jenguk2 kt blog ni bro..wlaupon xsekerap dlu(bkn skerap getah oi)..hahaha..kes pasword hlang aku trus xbkak blog aku..ni 2 pn hari gak pk kta kunci..nsb baik daya ingatan kuat lg..haha...er bro..klau leh email la aku noh..bckp psl arsenal ni..mcm mna stuasinya pn..WE SHALL NOT BE MOVE..ok bro..lain kali aku serbu lg post hang..haha..thanks a lot..