Sabtu, 29 September 2012

Pre Match : Chelsea Bajet 2013 mereka punya tapi Arsenal sedia buktikan sebaliknya

Ada wang berjuta banyak mana pun, dalam bola sepak sukar sebenarnya untuk konsisten kekal di atas. Walaupun cemerlang dalam kejohanan cup, perlu diingat, Chelsea bukanlah top 4 musim lepas malah ke 6 di belakang Newcastle jadi duit bukan jaminan kejayaan. Dan sekarang Chelsea di bawah Roberto Di Matteo mula menampakkan transformasi dengan corak attacking flow serta menggunakan muka2 dan jiwa2 muda untuk diperketengahkan. Perlahan-lahan old guards disisih, fade away, Essien dipinjamkan, Lampard kini injured tapi spekulasi perpindahan ke US pernah menyelubungi, Terryble bersara dari internationaleleh, Malouda entah ke mana, pemergian Bosingwa dan berita baik buat Arsenal, tidak perlu menengok muka Drogba! Drogba adalah badi buat Arsenal  sepanjang kerjayanya di London. Dan Wenger pasti lega tidak perlu menjawab segala soalan psikologi berkenaan impak Drogba setiap kali pre match conference sampai satu tahap wenger dah bosan, pernah dia declare kita sikit lagi nak dapat Drogba. Tak kurang jugak media kasi hangat dengan kononnya kita sedang monitor situasi Drogba di Shang Hai. Lawak karoot.  Kembali kepada so called transformasi Chelsea tadi, yang guna budak muda, nak main attacking cantik-nah, bunyinya macam Arsenal bukan?!- adakah mereka cuba meniru corak pendekatan yang pernah kita ambil dulu lepas pasca invincible ?Dan adakah selepas mereka kononnya jadi 1st team in london yang julang piala telinga besar, mereka jugak mahu buktikan yang formula yang Arsenal pakai selama 7 tahuan kebelakangan ini sebenarnya boleh berjaya jika benar2 praktikkan? mereka cuba buktikan mereka lebih baik dari Arsenal? Tidak semudah itu. Jangan pernah kalah dalam 50 game dulu, baru boleh datang sini balik, mengaku ngkorang kelab paling best kat London.Sebab ketika ini hanya ada satu top class club di London, iaitu Arsenal FC.Malam ni kita kasi ajar.

Kita gembira dengan kepulangan Mael, Manone akan kekal di gawang buat sementara waktu sementara menunggu Szczesny pulih. Tiada kecederaan dari match lalu dan gua berpendapat player2 yang start lawan Coventry tak akan diturunkan dalam kesebelasan utama. Cuma ketika option CB ada 3 Koscielny, Mael, Mertesacker yang semuanya beraksi cemerlang setakat ini, tapi untuk mencari pairing yang boleh bagi balance serta berpandukan corak lawan gua rasa wenger akan memilih sama ada Per + Mael atau Kos + Mael.

-----------------Manone------------------
Jenkinson---Per-----Mael---------Gibbs
------------Arteta-----Diaby--------------
----Gervinho----Cazorla-----Rambo----
------------------Podolski---------------


Kedua2 team belum pernah kalah dalam liga musim ini, Arsenal lagi hebat laa kira tak pernah kalah setakat ni dalam semua kejohanan manakala Chelsea pernah ditunjukkan warna sebenar ditelanjangkan Atletico Madrid. Chelsea gagal menang ke atas Arsenal dalam dua pertemuan liga lepas.Chelsea mungkin mendahului table tapi jika kita berjaya memungut 3 mata malam ini, jurang mata dapat dirapatkan selain menambah keyakinan untuk terus pergi jauh musim ini. COYG!!! Astro ESPN 7:45pm. Arsenal 2 Chelsea 0.

Agi idup agi mengGunenrs!!


0 ulasan: