Sabtu, 29 September 2012

Benam Coventry, jumpa Reading, warm up Chelsea



Dari budak maskot ke player, Nicho Yennaris pastinya teringat kembali nostalgia keluar dari terowong Highbury mengiringi kapten Tony Adams dalam satu pertemuan menentang Coventry City pada September 2000. Dan kelmarin, dia keluar dari terowong Emirates, kini merasai sendiri perasaan sebagai seorang pemain, jugak menentang lawan yang sama dengan jolokan The Sky Blues, menjadi sumber aspirasi bagi anak muda, impian bola sepak tak mustahil jadi satu kenyataan. Yennaris turun selaku kesebelasan pertama bersama beberapa lagi muka baru seperti Angha, Martinez dan pemain2 muda lain seperti Gnarby, Miquel,Coquelin, Chambo dan Frimpong(kembali!!).Mereka berkongsi padang yang sama dengan muka2 berpengalaman seperti Santos, Theo, Giroud,Chamakh serta MOTM  Arshavin. Hasil daripada perpaduan pengalaman dan bakat pemain muda ini mempamerkan satu persembahan meyakinkan dan cukup padu dari segi jaringan, membelasah kelab league one tersebut 6-1. Wenger kata dia sentiasa amek serius setiap game tak kira apa piala, maka ini dilihat serius katanya.Dalam game tersebut Arsavin dan Theo mencuri tumpuan dengan persembahan segar. Olivier Giroud jugak memecahkan kebuntuan dengan jaringan gol pertama peribadi buat Arsenal walaupun terlepas peluang tambah koleksi apabila sepakan penalti berjaya diselamatkan. Kemenangan ini membolehkan Arsenal bertemu Reading dalam pusingan keempat yang akan berlangsung 30 Oktober ini di Madjeski Stadium.

Bagaimana gol pertama Giroud?7 game baru dapat score 1st gol. Ok lah tu, awal 2 jam dari Henry. Sekurang2nya dapat release tekanan di bahu dan mindanya dari asyik dok terpikir, tu yang sepak tak pernah masuk. Perlu diingat dia ni jenis lampi, diakuinya sendiri kerjaya profesionalnya lambat berkembang.Bagi dia masa ,di Arsenal tak ada masalah kerana peluang sentiasa banyak tercipta, tinggal finisher saja perlu mempertajamkan aksi dan minda. Selain Giroud turut menemui jaringan adalah Arshavin yang dikatakan beraksi superb di belakang striker,Chambo sebijik , Miquel dan jugak 2 bijik dari Theo Walcott. Gol kedua Theo tu ala henry, cut in siket dari belah kiri sepak curl menewaskan Murphy.

Dah berapa kali dah aku dengar Wenger bersedia nak bagi central role dekat Theo tapi sampai la ni pengurus tu masih berdolak dalik sepertimana Theo masih main tarik tali dengan perbincangan kontrak barunya. Dah berapa banyak option di hadapan, Chamakh pun baru dapat peluang, 2 striker kita lagi di loan keluar kerana limited aksi mampu dioffer.Jadi sanggupkah Theo masih sabar menunggu kata putus jurulatih untuk dia diberikan lebih masa sebagai centre forward? Wenger ada bagi bayangan, kalau tak ada perkembangan dalam kontrak Theo, dia mungkin terpaksa melepaskannya Januari ini sebelum Theo pergi tangan kosong begitu sahaja. Segalanya pasal duit kini, hadui..Buat masa ini Wenger lebih yakin akan Podolski, Giroud dan Gervinho sendiri mendapat peluang beraksi dalam role yang diimpikan.

Satu lagi nasib player yang terpaksa bermatian sebelum boleh mencuri balik kepercayaan Wenger pastinya Andrei. Dia beraksi cukup baik tempoh hari, pengggerak kepada gol pertama Giroud, set up untuk Chambo, menang penalti, assist untuk tandukan Miquel-seorang lagi barcelona boy cium badge arsenal lepas score, entah mengapa tapi gua rasa macam tiba2 luka lama terasa siket.harap palyer ni kekal-Jadi Arshavin dah lakukan sedaya yang termampu. Wenger jugak mengakui kini role paling sesuai buat Andrei adalah di belakang striker dan mengakui aksi dan sumbangannya di sisi tak berapa menjadi, tak semulajadi. Ini jugak satu masalah kerana posisi itu menjadi rebutan.Sekarang ada Cazorla, mungkin juga Podolski, Gervinho jugak boleh main situ, Chambo ada bakat,belum masuk Rosicky.Jadi sebenarnya saingan skuad yang sihat kalau dilihat.Untuk kelab seperti Arsenal, kita memang meemrlukan squad depth. Bukan mudah untuk membuatkan semua pemain berpuas hati dalam satu masa tapi season kita masih panjang, banyak kejohanan, banyak kemungkinan, masing2 punya peranan jangan bimbang.

 Lega jugak dapat melihat kembali kelibat Frimpong. Pemain ini kembali dari cuti panjang 7 bulan akibat kecederaan ligament lutut kanan bersama kelab Wolves ketika dipinjamkan.Sudahlah pernah mengalami kecederaan sama di lutut kiri pada 2010, jadi untuk melihat dia kembali bermain bola,amatlah berbesar hati. Mamat DENCH ni diwar2kan sebagai bakal pengganti Song dengan aksi bulldozernya.Tak sabar nak melihat cameo dari Wilshere pulak. Wenger membayangkan akan memberi peluang Wilshere main dengan skuad Arsenal U21.Paling awal dia boleh turun ialah menentang West Brom under 21 Isnin ini. Sagna dah kembali menjalani full training. Rosicky lagi 2minggu kembali Szczesny juga belum bersedia dan memerlukan 2 3 minggu.Esok lawan Chelsea kita benar2 harap pasukan boleh kekalkan konsistensi dengan kembalinya Male mengepalai pasukan!

Ayuh COYG!!

Agi idup agi mengGunners


0 ulasan: