Selasa, 26 Jun 2012

12/13 2nd signing: Olivier Giroud


Haha ...sewaktu sibuk2 kehangatan Euro memasuki fasa2 akhir, Arsenal tanpa lengah lagi mengumumkan 2nd major signingnya dengan menyambar pemain kebangsaan Perancis, Olivier Giroud dari Montpellier dengan anggaran perpindahan 12M. Ini dihebohkan tatkala tamat kempen pasukan negaranya setelah tumbang hambar kepada Spain, turut  serta, 2 lagi pemain Arsenal terpaksa pulang Toe dan Chambo- England patut toss coin saja tanpa perlu penalti- meninggalkan hanya 2 wakil Arsenal dari Germany, 1st signing kita Podolski dan jugak Mertesacker.

Tengok CV nya pasti ramai yang kata kurang memberangsangkan, ialah kerana dia dikatakan pemain yang agak lembap mencipta nama, mur 23 baru boleh main top flight division itupun sekadar liga perancis.Bagi yang berfikiran positif, akan nampak dari aspek lain ,pemain ini berusaha mencipta kerjaya dengan bermula dari bawah,orang yang paling memahami perjalanan career nya pastilah rakan senegara Laurent Koscielny yang jugak melalui tapak yang sama sebelum dikutip oleh Wenger untuk digilap. Koscielny dan Giroud sebenarnya pernah bermain dalam kelab yang sama, Tours di division bawah. 2 musim dengan Montpellier, Giroud berusaha membawa kelab itu ke next level,berjaya membawa Montpellier ke final domestik pertama, sejak, dan menang liga buat pertama kali dalam sejarah. Kedua2 musim dia muncul penjaring terbanyak Montpellier dengan musim lepas menjadi top scorer liga dengan 21 bijik gol dari 36  perlawanan.

Ada jugak yang skeptikal berpendapat ini akan jadi umpama Si Camak, mahupun Gervinho hanya gah di liga Perancis tapi tenggelam suam2 kuku bila beraksi di BPL. Camak sudah mendapat peluang, dan ternyata dia tidak pandai menggunakannya, Gervinho bila kene harinya merupakan antara source2 yang boleh tolong assist gol dari entah mana yang tak terjangka dan baru musim pertama, ingat Koscielny(di awal kehadirannya)? Jadi bagi gua, kita bagi Giroud peluang untuk buktikan, dan melihat kepada umurnya, ia memang waktu yang sesuai untuk membuat satu anjakan paradigma dalam kerjayanya dan pastinya Giroud sendiri bersemangat untuk membuktikan kemampuannya.Bagi gua fizikalnya mampu sebagai gantian kepada Chamak + Bendi dan finishing2nya sesuai sebagai fox in de box, posisis yang Asenal kehilangan setelah sepeninggalan Eduardo.



Assume Bendi + Chamakh + Park + Vela + Arshavin + Denilson akan dilepaskan, (RVP kekal) melihat kepada option atas kertas kita ada serangan berdimensikan Podolski-Giroud-RVP-Gervinho-Theo-Chambo-Rosicky-Arteta-Wilshere-Rambo dengan sedikit bantuan 'Song' (baca long) ball, serangan Arsenal boleh distribute gol2 antara mereka.Sekarang yang tinggal, adalah sign up RVP dan setelkan sistem pertahanan kita!

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: