Khamis, 5 Julai 2012

Akhirnya RVPi jua..


Keputusan telah dibuat, Arsenal.com telah mengesahkan jadi apa yang diminta adalah jangan panik, rileks ia hanyalah satu tayangan kembali siaran astro yang diulang2 saban tahun demi tahun. Kapten silih berganti, pemain hebat datang dan pergi tapi Arsenal sentiasa ada jalan lain untuk survive jadi tak ada sebab untuk kita menggelabah musim depan.Sekurang2nya RVP telah membuat keputusan awal, meluahkan perasaanya yang terbuku di hati secara jujur, sebagai fan yang rasional, kita hormati pendiriannya dan jika perlu, kita sudi buka pintu keluar sambil hulurkan tangan tapi cuma tiada karpet merah seperti untuk Adams, Keown mahupun Bergkamp.

Full statement dari RVP di laman sesawangnya:

"I have kept quiet all this time out of respect and loyalty for the club and as agreed with Mr Gazidis and Mr Wenger, but since there is so much speculation in the media, I think it is fair for you guys to know what’s really going on at the moment.
As announced earlier this year I had a meeting with the boss and Mr Gazidis after the season.
This was a meeting about the club’s future strategy and their policy. Financial terms or a contract have not been discussed, since that is not my priority at all.
I personally have had a great season but my goal has been to win trophies with the team and to bring the club back to its glory days.
Out of my huge respect for Mr Wenger, the players and the fans I don’t want to go into any details, but unfortunately in this meeting it has again become clear to me that we in many aspects disagree on the way Arsenal FC should move forward.
I’ve thought long and hard about it, but I have decided not to extend my contract. You guys, the fans, have of course the right to disagree with my view and decision and I will always respect your opinions.
I love the club and the fans, no matter what happens. I have grown up and became a man during my time with Arsenal FC.
Everybody at the club and the fans have always supported me over the years and I have always given my all (and more) on and off the pitch.
I am very proud of being part of this fantastic club for the last eight years.
As soon as Mr Gazidis is back from his two-week holiday in America further meetings will follow and I will update you if and when there are more developments."
 Arsenal dengan pantas mengeluarkan kenyataan balas sebagai menghormati pendirian RVP dan sedang merancang masa depan yang 'lebih cearah' dengan menjangkakan RVP akan memenuhi baki kontrak setahun sebelum dilepaskan . Adakah ini serius?(melepaskan player yang tidak lagi komited pada masa depan secara percuma dengan harapan setahun akhir dia akan mencipta keajaiban) tak mustahil tapi tidak sesuai secara logika mengikut pada situasi bola sepak sekarang ketika duit kelihatan mengatasi segalanya( tak kira bagi  pemain atau kelab)
"

We have to respect Robin's decision not to renew his contract. Robin has one year to run on his current contract and we are confident that he will fulfil his commitments to the Club.We are planning with ambition and confidence for next season with Arsenal's best interests in mind."
 Apa yang dilihat dari kenyataan RVP tu kita dapat tahu rupanya selama ini tiada rundingan pasal kontrak kerana awal2 lagi dalam perbincangan tentang hala tuju pasukan Arsenal kedua2 pihak tidak mendapat kata persetujuan memaksa salah satu pihak berundur.Maka rupanya Wenger dan Gazidis telah pun mengetahui perkara ini awal2 lagi lalu disediakan plan2 perancangan di mana kita dilihat agak rancak dalam transfer tidak seperti biasa. Kehadiran awal Podolski dan Giroud dianggap tidak membawa Arsenal ke mana kalau dilihat dari sudut pandang kenyataan RVP, biarkan dia untuk tidak yakin akan kelab yang membelanya selama 8 tahun kerana bagi fan yang telah berpuluh tahun lamanya menyokong Arsenal, perasaan sayang itu tak pernah pudar. RVP juga kini hanyalah fan seperti kita, seperti Henry, sayang tetap ada biarpun tidak sehaluan pendapat.

Jadi sekarang apa? cash in atau tidak? Dalam dunia bola sepak yang moden ini adalah satu 'kerugian' untuk tidak menuai sesen pun daripada situasi ini, dari satu sudut pulak Arsenal masih majikan RVP yang sah dan berhak menuntut komitmen 100% biarpun setahun dan sudi melepaskannya secara percuma selepas itu. Tapi biarpun mereka dikelaskan sebagai pemain profesional, apa jaminan mind set RVP tak akan terbang awang2an dalam menghabiskan saki baki kontraknya jadi itu risiko yang Arsenal terpaksa hadapi.RVP sendiri pasti ada option lain, namun mendeclare bahawa dia tak akan sign kontrak hanya menguntungkan  pihak yang satu lagi iaitu kelab pembeli kerana Arsenal tak boleh demand dan letak dengan harga tinggi. Arsenal kini perlu mengharapkan ada bidaaan2 dari pelbagai sudut maka berlumbalah2 harga nya boleh naik, berbeza dengan kes Cesc di mana hanya satu kelab sahaja yang menawar manakala empunya badan pun dah set hanya blah untuk join kelab tersebut. Bagi prospek kerjaya RVP, ketika umurnya memasuki kemuncak2 kerjaya, dia pasti ining memilih kelab yang mampu menawarkan apa yang dilihat hilang dalam kabinet biliknya, medal. Wang adalah faktor jugak ketika meniti hari2 tua nanti, jadi inilah masanya untuk menabung.

Secara peribadi , jika ingin memblahkan diri, gua berbesar hati jika dia melebarkan sayap ke Serie A bersama Juventus. Itu keputusan yang paling gua respect walaupun Hillwood menafikan bidaan 10M datang dan telah ditolak mentah2 Arsenal. Gua jugak tak berapa kisah jika dia ingin mencuba nasib ke liga paling bosan tidak mencabar di mana hanya ada dua outcome pemenang, La Liga umumnya ke Real Madrid. Ke Barcelona, gua angkat kening jugak kerana posisi apa dia nak main di situ. Tapi gua akan terkilan kalau dia hanya berpindah beberapa kilometer sahaja sama ada ke pekan Manchester atau ke barat London mahupun ke mana2 kelab lain BPL. Itu sedikit menekan jiwa ketika kita tahu apa yang Arsenal telah banyak berkorban terhadapnya, bersabar tatkala hampir 50% daripada tempoh kontrak dihabiskan di wad2 klinik alih2 memilih untuk cuba menafikan hak Arsenal.Tapi tak apa, itu cabaran, itu jugak cabaran dari Adebayor, Nasri, Clichy,Toure dan Vieira, kami di Arsenal sedia sahut. Gua jugak ada cadangan option lain untuk RVP, kalau nak menang trophies, pergi sahaja ke Celtic atau Rangers, tak sampai setahun dua dapat la tu.. dan kalau nak menang piala + buat duit, apa kata pergi ke Anzhi Macamklakalaka entah macam mana ejaannya di Russia tapi itu serius kaya.

Dengan keputusan RVP yang sudah terang lagi bersuluh ini akan clearkan lagi apa perancangan kita. Lagi pemain akan dibawa masuk, lagi pemain akan keluar. Spekulasi mula timbul pada Theo dan Song kerana baki kontrak mereka, tak kurang jugak ada yang berkata City akan datang ketuk pintu dan melamar Jack Wilshere lagi semusim dua. Wilshere kini hanya terpaksa tengok Rambo beraksi di Olimpik hanya depan tv kerana sekali lagi namanya digugurkan akibat kecederaan. Wilshere jugak dikhabarkan tak akan join pra musim seperti Bacary Sagna dan bakal terlepas awal2 saingan.

Setiap tahun kapten meinggalkan kita. Tiba masanya Arsenal memilih kapten yang benar2 care akan Arsenal dan menjiwai kelab ini dengan sepenuh hati bukan sekadar di bibir.Ada nama2 calon seperti  Arteta, Wilshere kapten in the making tapi tak ada yang lebih layak dari Tommy V. Verminator pernah declare akan kekal di Arsenal sepanjang hayat tapi tak ada apa insuran yang dapat menjamin perakara tersebut dalam masa depan yang lebih mencabar. Sekurangnya , armband itu pulang ke posisi asal, pertahanan. Lihat apa yang berlaku setelah Wenger berfalsafah memberikan kepercayaan kepada midfield dan forward(lebih kepada pancing untuk stay) -Gallas adalah kes 'kau terlalu istimewa~'- tapi Arsenal dilihat semakin backward.Mungkin dengan Verminator monitor dari belakang, struktur line up dan game play akan menjadi lebih solid dengan asas back four yang kukuh bawah regime tunjuk ajar Bouldy.It's not the end of the world, ayuh bangkit!! banyak lagi sebenarnya perkara yang exciting akan berlaku musim depan, cabaran terbaru ini hanyalah sebahagian.Just duduk rileks dan yang penting kita enjoy!!!

Agi idup agi mengGunners!!



1 ulasan:

Sofea berkata...

RVP sendiri cakap "This was a meeting about the club’s future strategy and their policy. Financial terms or a contract have not been discussed, since that is not my priority at all. "

So dia tak berapa penting sangat pasal gaji or kontrak, tapi yang penting future strategy & policy..

apakah future strategy & policy Gazidis & Wenger yang sebenarnya sehinggakan ramai captain arsenal blah since viera, henry, gallas, fabregas & rvp?

aku rasa macam ada something wrong dalam AFC.

macam kena sumpahan plak lepas arsenal dapat unbeatable season title, lepas tu tak der piala..

tapi yang magikalnya every season still layak CL.

Player yang patut ada statue lepas nie adalah Bergkamp.. aku dulu harap sangat RVP jadi macam bergkamp.. tapi harapan aku melesit sama sekali..

anyway, goodluck for RVP... choose your best team untuk pegang piala..