Khamis, 21 Jun 2012

Arsenal di Euro



Asyik bersantai melayan bola sepak eropah, namun mata2 masih memerhati kepada aksi2 pemain Arsenal, sejauh mana mereka progress dalam pasukan negara masing2. Arsenal merupakan kelab BPL yang paling ramai pemainnya terlibat iaitu sebanyak 10, walau bagaimanapun hanya 6 yang berjaya mara. Kejohanan peringkat kumpula Euro 2012 telah berakhir dengan memasuki fasa suku akhir yang akan bermula awal pagi nanti. Dari kelompok2 pemain2 Arsenal yang terlibat, terdapat campuran perasaan di mana ada yang terpaksa pulang awala, ada yang  bersemangat meneruskan perjuangan, ada yang sekadar berpuas hati di bangku simpanan.

RVP dan Arshavin adalah antara watak2 yang tidak dijangka untuk berlepas pulang sesegera ini.RVP selaku penjaring terbanyak BPL tak menepati ramalan malah tenggelam dengan corak taktikal dan permainan rakan sepasukan.  Itulah gua cakap, bukan semestinya di luar sana dapat memberi kepuasan kepada seseorang pemain kerana bukan semua pasukan mampu nak set up play yang sesuai mengikut kemampuan potensinya, di Arsenal dia sudah cukup masak, dia faham cara Arsenal, Arsenal kenal caranya jadi fikirkanlah masak2.Penyingkiran awal ini memberi lebih masa buat RVP untuk rewind balik saat2 manis turun naik selama7 tahun di London. Tapi kita juga memerlukan kepasatian yang pantas untuk terus memandang ke depan,segeralah buat keputusan.Arshavin pulak seperti biasa awal2 nampak seakan bersemangat, 3 assist bagai sudah menjelmakan jenis pemain yang suatu ketikda dulu pernah menitir di bibir tapi lama kelamaan fade away dengan rakan2.Gua tak pasti sama ada dia masih relevan untuk menjadi nadi utama kita musim depan, tapi sebagai skuad player, Arshavin mungkin boleh menyumbangkan sesuatu. Gua jugak rasa kalau ada option untuk cash in Arshavin, Arsenal sudi mempertimbangkannya melihat kepada sejauh mana Arshavin mampu menerima role dari bangku simpanan. Turut mengucapkan bye2 adalah Bendi yang mana kita jugak tak tahu sama ada dia juga akan mengucapkan bye2 terus dari kelab Arsenal untuk musim depan. Seorang lagi tersingkir tapi tidak perlu pulang ke mana2 kerana dia sudah memang berada di 'rumah' adalah penjaga gol tuan rumah poland, Szczesny- satu kejoahanan yang ingin segera dilupakan, kerana kad merahnya pada perlawanan pertama cukup memberi kesan kepada corak perjalanan Poland dalam kumpulan A.

Dan 6 mereka yang layak pastinya ingin memberikan segalanya sesudah melalui musim yang begitu mencabar di peringkat kelab. Rosicky kapten Czech telah kembali menjalani latihan setelah pulih dari kecederaan. Jika fully fit , peluangnya sebagai pasukan underdog untuk membuat satu lagi kejutan kepada Portugal mungkin ada. Kemudaian pasukan Jerman, 2 wakil Arsenal di mana satunya beraksi setiap match manakala seorang lagi masih menunggu peluang.Podolski menjaringkan gol ketika bertemu Denmark, Mertesacker masih belum menjejak padang , melihat pada situasi ketika ini agak sukar untuk Per menembusi kesebelasan utama kerana Jerman masih bermain baik setakat ini.Mereka akanbertemu Greece,s atu lagi pasukan yang terkenal dengan keliatan defensive mereka jadi Mertesacker punya chances agak limited untuk diketengahkan.France akan menguji juara bertahan Spain, kesabaran Koscielny seakan pasti terbalas apabila kini die berkesempatan untuk membuat kemunculan sulung setelah penggantungan Mexes.Laurent Blanc pasti tak akan menyesal seperti mana juga Koscielny yang tidak menyesal memilih untuk bermain dengan France berbanding Poland.Isnin pagi, Theo dan Chambo pulak masing2 akan cuba mengintai peluang sesudah aksi2 cameo mereka memberi gambaran masa depan cerah buat skuad three lions. Chambo membuat kejutan disenaraikan dalam perlawanan pertama dengan aksi sempoi 76 minit, Theo pulak memberi persembahan inspirasi ketika bertemu Sweden dengan gol penyamaan dan assist kemenagan.Kedua2 pemain ini kalau diberi peluang yang lebih konsisten oleh Pak Roy, gua rasa England lebih banyak dapat benefit dengan pace dan tempo yang disumbangkan.Bertemu Italy, salah satu pasukan harus menyerang jika mahu game itu hidup.

Dan pasti ramai yang sudah tahu, Arsenal kini kelihatan semakin serius dan hampir untuk mendapatkan satu lagi attacking force baru, Olivier Giroud. Top Scorer liga Perancis dengan 21 gol yang membantu Montpellier muncul juara , kini sedang membantu pasukan Les Blues di Euro. Segala cakap2 kini bukan lagi kosong ketika wakil2 kelab yang saling membida telah mengesahkan Arsenal sudah sampai di peringkat akhir untuk mendapatkan tandatangan target man 13M ini.Mungkin persembahannya di Euro belum menampakkan bibit2 memberangsangkan tapi peluangnya agak terhad. Dan jika segala berjalan lancar, dijangkakan tunggu berakhirnya jelajah France di Euro untuk apa2 pengnguman rasmi. Cuma harap ini bukanlah lagi jenis 'Mata' signing yang hanya diwar2kan dalam kepulan2 asap.Jadir amai yang beranggapan setelah Podolski, kini Giroud jadi bermakna RVP blah? Bagi gua tidak. Ini lebih kepada penggantian Bendi mahpun Chamakh, atau siapa tahu Park akan mencari halatuju baru.RVP adalah vital untuk dikekalkan dan gua harap signal2 macam gini mampu untuk menambat hatinya bahawa kini kita serius dalam mencabar kejuaraan. Satu lagi pemain tengah dalam mode DM ala trong holding midfielder, satu lagi fullback atau versatile defender.. kita dah boleh bersedia untuk kick off season lawan Sundrland!! jadual baru pun dah keluar..yezzaa...



2 ulasan:

missnadira berkata...

Betul jugak GNR cakap tu..
before this fikir if Hollands keluar awal(meaning far from winning the Euro), RVP will be more determined to win something and leave Arsenal..
hopefully u're right..:P

Gunners & Roses berkata...

Ok sorry, gua mengaku gua silap kali ni missN..huhu