Jumaat, 4 Mei 2012

Baki 2 game yang menentukan..

Esok adalah perlawanan yang ke 900 Arsenal di bawah Arsene Wenger dan perlawanan liga ke 599 bertemu Norwich City ini sangat penting dalam mempertahankan rekod top 4 sepanjang 15 tahun beliau mengemudi Arsenal.Ia menjadi lebih mustahak dan wajib menang apabila Newcastle dan Spuds semalam masing2 melengkapkan game yang tertinggal dengan kemenangan. Paling bergaya, Newcastle , menundukkan satu lagi pencabar Champions League spot, Chelsea di tempat lawan. Ini membiarkan Chelsea ketinggalan 5 mata di belakang Arsenal manakala Spuds dan Newcastle sendiri masing2 1 mata mengharapkan ketergelinciran kita. Ketika Premier League masih belum ditentukan pemenangnya, baki 2 game ini jugak adalah teka teki bagi 2 atau 1 tempat lagi untuk ke UCL musim depan. Arsenal berada dalam driving seat untuk ke tempat ketiga jadi gunakan sebaik mungkin kerana tempat keempat pun masih belum terjamin sekiranya Chelsea mampu ikut jalan belakang, FA dan UEFA pasti akan berdiskusi mengenai jumlah sebenar wakil England yang dibolehkan. Musim 05/06 FA berjaya berkompromi dengan membenarkan 5 pasukan bertanding di UCL namun Everton gagal ke peringkat kumpulan terkandas di kelayakan.Real Zaragoaza pernah satu ketika mendapat tempat keempat pada musim 99/ 2000 ketika tempat kelima Real Madrid berjaya memenangi Champions league tahun tersebut, namun Zaragoza hanya diberikan slot ke Piala UEFA(sekarang Europa) dan Real merampas tempat tersebut atas kapasiti juara bertahan. 2 game terakhir ini penting buat Arsenal.

Esok kita yang akan mulakan kick off minggu ini seawal 745pm waktu Malaysia. Kehadiran Lukas Podolski sebagai 'pancingan awal' buat pemain seperti RVP dan Theo untuk sign kontrak lanjutan tidak akan bermakna sekiranya Arsenal melepaskan peluang dan terkeluar daripada saingan top 4. Lebih perit lagi jika tiada St Totteringham's Day untuk musim ini buat pertama kali sejak musim 94/95. Arsenal boleh menyambutnya paling awal Ahad sekiranya menang esok mankala Spurs tewas di Villa Park. Dan sekiranya Newcastle pulak seri atau tewas kepada Manchester City, dan Arsenal menang, top 4 bagai sudah terjamin dengan perbezaan gol yang jauh ke depan.Sekiranya Arsenal menang jugak ini bermakna pertama kali Arsenal mendahului Chelsea sejak kali terakhir 03/04 di mana kita memenangi gelaran liga terakhir kita. Itulah penting nya menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri, Arsenal wajib menang! Kerana tugasan besar menanti ketika game terakhir. Kita pasti akan disukarkan dengan aksi all out daripada Roy Hodgson  yang ingin menutup sementara CV peringkat kelabnya dengan noktah cemerlang sebelum menerajui England ke Euro. Dan perlantikan Hodgson sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada Spuds apabila jurulatih wannabe England yang tak jadi itu, Harry Redknapp dah boleh kembali fokus untuk Spuds. Lihat sahaja sebaik sahaja media darling ini menjadi pilihan untuk kerusi panas ditinggalkan Capello, angan2 mat jenin nya terbawak2 sampai pasukan sendiri seakan terabai dan Spuds tak perform .FA patut tunggu lagi 2 match lagi sebelum buat announcement. Huhu

Kita dilihat pilihan dengan baki perlawanan bertemu pasukan yang tidak berkepentingan berbanding Newcastle harus bertemu pencabar liga City manakala Spuds bertemu Villa yang berhempas pulas nak keluarkan diri dari zon penyingkiran dan jugak Chelsea bertemu musuh utama Liverpool. Tapi jangan syok dan overkonfiden sangat. Gol penting adalah awal untuk elakkan gubra dan pressure. Masuk 2nd half jika masih tak dapat score2 itu dah boleh tambah konfiden pihak lawan.Arsenal perlu mengulangtayang persembahan 2nd leg bertemu AC Milan dengan nawaitu menyerang dari awal. Suatu yang sukar adalah Paul Lambert sukar dijangka formasinya.Beliau suka rotate dan mengubah2 ikut keperluan dan berdasarkan taktikal lawan. Tak hairan jika dia menggunakan modus operandi yang sama iaitu pack kan midfield, kasi arsenal frustrated, tutup wide area dan coutner attack. Pemain2 yang harus diberikan perhatian seperti penjaga gol mereka Rudy, penyerang mereka Holt dan Morisson serta ayam tambatan Pilkington. Sorakan penyokong adalah perlu dan wajib ketika ini. Mereka, pemain memerlukan kita sama sepertimana kita memerlukan mereka untuk menang bagi pihak kita!

Agi idup agi mengGunners!!


2 ulasan:

Imam Rawatib berkata...

FA patut tunggu lagi 2 match lagi sebelum buat announcement. Huhu.
>> ayat ni paling x bleh blah... wakaka. what a brilliant entry!

Gunners & Roses berkata...

heheh.. tq En Fathullah. tapi mmg betul..supaya si harry tu masih dalam mode syok sendiri..