Mungkin pemain terlupa akan ini adalah home game terakhir musim ini, dan kemungkinan game terakhir pat rice sebagai orang no2 Wenger, serta terdapat lap of appreciation dia akhir match, kalau tidak masakan mereka mampu membiarkan Norwich kembali untuk mengikat kedudukan dan memaksa result berakhir dengan 3-3 sekaligus meletakkan tempat ke UCL tahun depan kini bergantung pada pasukan2 lain seperti Spuds dan Newcastle.
Segalanya nampak seaakan2 hari Arsenal apabila seawal minit kedua Yossi melencongkan bola cantik setelah cut in dari sebelah kiri. Patut gol awal tersebut bagi kita lebih secure tapi lain pulak jadinya, menggelabah semacam midfield tak pressing, game sangat open. Bagi neutral memang syok la tengok game yang saling bertukar arah dan aksi yang tak berhenti2 dari sepak mula hingga ke wisel penamat tapi bagi kita peminat Arsenal yang desperate akan kemenangan ini pasti sakit jantung dibuatnya.Gua tak mampu berkata apa, kelu sebaik sahaja gol penyamaan pertama masuk, shocking daripada standard Szczesny tapi defend kita ternyata switch off. Sekali lagi high line defense memakan diri ketika hanya Gibbs dan Koscielny sahaja nampak berusaha untuk halang counter attack ketika Rosicky Song dan Ramsey hanya kelihatan berlari2 anak.Pathetic determination. Yossi pun tak dapat menyembunyikan sifat ala yahudi zionisnya cuba mengulangi aksi Beckham di piala dunia 98 yang menyepak kaki pemain lawan, hanya terselamat pengadil tak nampak akan insiden tersebut.Kalau tak main 10 orang pasti lebih menyukarkan.Nak melambah lebih perisa, Sagna mengalami kecederaan dan di akhir pos match interview, Wenger mendedahkan musim dan mimpinya untuk Euro sudah berakhir akibat patah fibula.Kaki yang sama dalam semusim.Pergh...ini dasyat. Coquelin masuk namun tak pasti mana kelibat Jenkinson ,RB cover kita.
Separuh masa kedua kita terus mengasak dan mengancam tapi peluang2 terhidang disampahkan begitu sahaja. RVP, Rambo,Song, Yossi masing2 dinafikan peluang oleh ketangkasan Rudy dan block dari pertahanan.Seperti aku cakap tadi game terlalu open, Norwich jugak tak terlepas dari melakuakn sebarang percubaan dan mereka nampak tajam bila moving forward.Mael dan Kos beberapa kali tertipu dek gerakan2 Holt dan Jackson.Szczesny selepas kebadutannya di 1st half nampak mentally masih tak berada dalam game, nyaris terhukum apabila clearance nya berjaya dihadang pemain Norwich mujur ia kembali ke kakinya.Arsenal cuba inject urgency dan pace dengan membawa masuk Chambo menggantikan pemain pilihan pengkritik, Rambo.Chamakh juga dimasukkan untuk ganti Yossi. Chambo beberapa kali memberi ancaman dengan larian2 di sebelah kanan , ini menghidupkan imbangan di sebelah kiri dengan Gervinho lebih mengancam di separuh masa kedua. Pad aketika ini gua dah nampak gol akan datang. Ternyata tekaan gua tak meleset, RVP score 2 bijik untuk meletakkannya 30 gol liga musim ini, rekod Thierry henry ketika zaman invincible. Sebijik lagi untuk menyamai rekod liga yang dipegang Alan Sherer dan Ronaldo . Tapi kejayaan peribadai takkan bermakna apa2 jika pasukan gagal mencapai target sepatutnya. 5 minit sahaja lagi untuk Arsenal pahatkan cengkaman di tempat ketiga, Morisson menyamakan kedudukan untuk spoiled mood Arsenal dan segenap ruang Emirates.Pemain saling berpandangan antara satu sama lain.Susdah2 score goal tapi senang2 lepaskannya.Itulah gua cakap, setiap kali kita score kita pulak yang nampak gugup, tak close down, tak pressing, tak control possession. Arsenal perlu menyalahkan diri sendiri.
Tanpa Arteta, tengah kita bagai pincang. Arteta adalah arkitek yang tahu bila mana perlu lajukan tempo, slowkan tempo bila mana perlu attack bila masa patut ajak rakan2 cover defend. 4 game berturut2 tanpa sebarang kemenangan, kesemuanya tanpa kelibat Arteta. Masalahnya pemain2 lain yang mengisi tidak mampu step up. Rambo kelihatan awol sepanjang diberikan peluang. Song teragak2 tanpa freedom,tak tau boleh atau tak dia nak bantu ke atas ketika defend memerlukan figure yang boleh cover depan back 4. Gol terakhir Norwich jugak berpunca dari kelekaannya yang melepaskan possession.Dia kahir perlawanan Arsenal ada strong claim untuk penalti tapi pengadil sekali lagi menggunakan kuasa veto untuk menafikan. Paul Lambert hanya memberi alasan "Gervinho offside at the 1st place" Gua ingat dia pun nak claim untuk penalti yang tak dapat di separuh masa pertama.
Hanya stadium yang separuh penuh dengan penyokong2 setia menunggu untuk menyambut penghargaan daripada para pemain. Ramai yang bergosip propaganza bahawa ini mungkin lambaian terakhir RVP sekiranya benar, kita gagal ke UCL musim depan. Gua dah cakap, kalau kita tak mampu menang 2 game terakhir ini mengikut status dan kelas kita, kita perlu pikir balik adakah kita benar2 layak untuk berada di kejohanan elit tersebut. Sekarang ini nasib Arsenal tidak terletak di tangan sendiri dan gua benci apabila ia terpaksa ditentukan oleh result pasukan lain lebih2 lagi jiran rivalry kita sendiri yang bersungguh2 nak menafikan St Totteringham Day untuk musim ni. Ini mungin adalah wake up call, ada hikmah. Mungkin bahana badi 7 tahun ini akan lupus sesudah kita rebuild balik team ini dari akarnya, mungkin sudah tiba masanya kita merangkak kembali dari bawah dan berpijak di bumi yang nyata.COYG!!
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan