Untuk ke berapa kali musim ini, Arsenal diberi talihayat sekali lagi. Ketika keputusan seri semalam meletakkan Arsenal samar2 dan tidak lagi berada dalam driving seat untuk tempat ketiga dan terpaksa mengharapkan ehsan2 orang lain, pesaing2 seperti Newcastle dan Spuds pula drop points ini bermakna Arsenal kembali menentukan nasib mereka sendiri dalam perlawanan terakhir nanti. Walaubagaimanapun away game menentang West Brom adalah tugas yang genting, dan bagi pengurus2 pulak besar maknanya. Roy Hodgson pasti ingin memberi hadiah istimewa sebagai match terakhir sebelum mengambil alih skuad England manakala rekod 100% Wenger membawa Arsenal layak ke Champions league kini berada betul2 atas garisan. Dan siapa tahu mungkin dengan kejayaan menggondol FA Cup pasukan Chelsea dalam diam tak diam mengintai untuk cuba merampas kedudukan kerana kesemua pesaingnya minggu ini mempersia2kan peluang menjarakkan kedudukan. Apapun tiket masih sangat2 terbuka, Arsenal perlu menggunakan peluang sebaik mungkin COYG!!!!!!!The Hawthorns sedang menunggu untuk aksi lebih dari 100% sebagai jaminan..
0 ulasan:
Catat Ulasan