Sabtu, 10 Mac 2012

VS Newcastle : Injury Update

“We cannot be obsessed by Newcastle. If we turn up with a good performance we will win the game. That is what is at stake: to keep up our run and keep our focus.”
Itu kata2 Wenger menjelang pertemuan Isnin ini- walaupun menghormati kemampuan luar jangkaan Newcastle untuk berada di kedudukan mereka sekarang ini, namun jangan terlalu memikirkan tentang team lawan, fokus pada gerak kerja berpasukan sendiri. Tapi sebelum itu gua ingin memohon maaf terlebih dahulu kerana mungkin tidak dapat mengcover game bertemu Newcastle ini akibat outstation dan limited internet access.Ia adalah game yang penting sepenting game2 baki liga musim ini lebih2 lagi Newcastle antara yang sedang mengintai tempat di celah2 perebutan slot Champions League. Dan hati gua akan tetap bersama the Gunners. Namun gua ada berita baik apabila dikhabarkan tiada kecederaan berat ditanggung selepas all out bertemu Milan  tempoh hari cuma Gibbs perlu discan sebelum lampu hijau diberikan. Lagi ceria apabila Dos Santos, Rambo, Arteta kembali menjalani latihan. Yossi cuba mengejar waktu manakala Diaby? hanya tuhan yang tahu..


Untuk match menentang Newcastle, selain beri perhatian kepada Demba Ba, Cisse, Cabaye, Ben Arfa Gutierrez, sila jangan beri perhatian lebih kepada Alan Pardew yang suka mencuri tumpuan. Orang tua2 kata benda pelik jangan tegur. Pardew seorang yang suka meroyan di touch line, selain kes dengan wenger dulu2, baru2 ini dia terlibat dalam insiden ketika derby bertemu Sunderland dengan lawannya adalah Martin O' Neill.Gua mengharapkan satu lagi persembahan mantap beraura terutama di hadapan peminat tuan rumah. Konsisten adalah kunci...Orait, cheers mate!!

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: