Tragedi yang menimpa Pemain Bolton Fabrice Muamba di WHL benar2 mengejutkan dunia bola sepak khususnya. Muamba yang secara tiba2 rebah dengan sendiri ketika perlawanan suku akhir antara Bolton dan Spurs ketika perlawanan masuk minit ke 41, kini masih berada di London Chest Hospital dan disahkan masih berada pada tahap kritikal. Sebaik insiden tersebut berlaku, Howard Webb dengan bijak telah menangguhkan perlawanan tersebut dan membuktikan masih ada perkara lebih penting selain bola sepak di mana sifat kemanusiaan sejagat membuktikan the unity of football. Kredit deiberikan kepada para penyokong Spurs di WHL begitu juga Bolton yang memberi sokongan moral sebaik Muamba diusung untuk dibawa ke hospital. Pasukan Real Madrid juga dengan kelas tersendiri apabila turun bertemu Malaga dengan jersey tertera sokongan pada Muamba dan jugak pemain rival mereka Abidal yang menjalani pembedahan hati. Gary Cahill dan Pirlo masing2 merakamkan gol mereka buat Muamba dan begitu juga di Molineux dan Anfield malam tadi. Pendek kata seluruh dunia yang mempunyai hati dan perasaan pasti tersentuh akan insiden yang berlaku ketika Arsenal dan para pemain juga tidak ketinggalan bertweet sana sini dan memberikan sokongan moral dan doa agar bekas pemain Arsenal itu stay strong. Ryo Miyaichi yang kini beraksi bersama Bolton dan menyaksikan kejadian tersebut di depan mata pasti terganggu jiwanya tapi kita harapkan yang terbaik buat semua. Siapa insan di di dunia ini yang mahu lihat kesengsaraaan orang lain?, pasti tiada jika semangat humanisasi tertanam di dalam hati biarpun hanya secebis. Tapi gua tak paham mengapa masih ada lagi gerombolan2 atau individu yang masih bersifat luar dari norma2 keindahan ciptaan tuhan dengan melontarkan komen2 berbaur perkauman serta menganggap ia sebagai bahan lawak jenaka. Arsenalaysia menggunakan peluang ini untuk sama2 mengharapkan yang terbaik buat Muamba dan keluarganya untuk kekal tabah serta kuatkan semangat..Get Well Soon Fab..
0 ulasan:
Catat Ulasan