Khamis, 8 Mac 2012

Post Match : Kalah Melawan.Keep Your Head Held High...


Proud to be a Gooner. Dari rumput padang yang menghijau lalu Arsenal layak keluar dengan beralaskan karpet merah. Ketika rata2 tidak memberi harapan dan membahan2 The Gunners, kita tidak tegak bertimpuh sebaliknya rebah merempuh- mempamerkan satu persembahan bermaruah terutamanya di separuh masa pertama. Katakan apa sahaja, heroic failure? lambat panas? the bottlers? tapi jangan sesekali menafikan kredit pada pemain2 yang telah berpeluh lencun memerah keringat untuk menundukkan AC Milan 3-0 sebentar tadi.. Agregat 3-4 adalah scoreline di atas  kertas, itu fakta yang kita tak boleh menidakkannya kerana apa yang berlaku dalam 1st leg ternyata menyukarkan nasib kita sendiri. Kita mungkin tak advance ke suku akhir, tapi kita memberikan nilai dalam pengertian Champions League,menjaga prestij saingan, semangat melawan dan never say die attitude dalam kata lain, mengekalkan class selaku salah satu kelab Elit di Eropah.

Tidak banyak kelab yang mampu mencipta historic comeback dalam sejarah malam2 Eropah. Inspirational night di Istanbul dan Corunna, tapi di London ini anda hanya mampu saksikan fighting spirit. Namun diakui, ini yang semakin hampir dan paling besar kalau berjaya. Arsenal dihimpit masalah kecederaan terutama di bahagian tengah, Arteta, Rambo , Diaby, Yossi, Wilshere semuanya tersadai, jadi kita hanya mampu mengharapkan kaki2 yang telah penat bekerja di Liverpool. Dari segi taktikal dan lineup, nampak seakan attacking side yang diturunkan tapi sememangnya kita dah tak ada option lain.Gervinho, Theo,  Song , dan the magnificent Rosicky control bahagian tengah berkongsi beban dengan RVP dalam menjanakan serangan.Oxlade start buat pertama kali sebagai Central midfielder dan menunjukkan persembahan terpuji.Boleh katakan dia semalam selain Rosicky, menjadi nadi penggerak dan Arsenal mula fade out bila mana dia terpaksa dikeluarkan akibat hamstring. Milan pulak turun tanpa Seedorf, Boateng malah turun dengan 2 keeper sub di bangku simpanan- sama ada kerek atau tak cukup player itu gua tak tau.

Arsenal tahu kalau mahu nyalakan api sisa2 perjuanga, gol awal mesti dicari. Tak tunggu lama, hasil sepakan sudut Oxlade Chamberlain, Koscielny memperdaya markernya van Bommel dengan free header.
Koscielny menyambut dengan cool melakarkan bentuk hati buat kehadiran familynya di Stadium. Bagi Arsenal pulak, masih tenang, ini baru permulaan. 1-0 ketika baru 7 minit sememangnya satu moral boost buat kita yang tengah ketinggalan. Masih ada 3 bijik lagi yang perlu dikejar. Arsenal terus menggasak, RVP menguji Abbiati dari sudut sebelah kanan tapi penjaga gol pantas membaringkan badan. Ada satu part bila 2 lawan 1 tapi RVP dan Rosicky masing2 teragak2 lalu peluang terbiar begitu sahaja. Mungkin sempat menyaksikan highlights Arsenal vs Spuds, Abbiati telah mengkaji bola curl RVP maka dengan slumber si botak itu mampu terbangkan badan menafikan peluang Arsenal. Emirates terus naik sheikh, kalau macam ini punya gaya, gol kedua mustahil tak timbul2. Ketimbulan Arsenal menenggelamkan ego Milan Bak kata Van Bommel, AC milan tenggelam habis 1st half. Masing2 main macam baru kenal semalam. Arsenal terus rancak, Theo meluru dari arah kanan, hantar low cross ke tengah. Thiago Silva clear bola seakan2 dia tidak pernah menjamah biskut tiger. Clearence lemau darinya singgah di kaki The Little Mozart. ROsicky yang cukup influential di bahagian midfield melihat Abbiati berganjak sedikit dari near post, maka di situlah hala tuju rembatannya menyebabkan Emirates sekali lagi gegak gempita.
2-0.Ok cool2..padahal dalam hati dah terloncat2 gumbira. Awal lagi untuk syok sangat. Arsenal terus menerus pressing Milan walaupun baki half time hanya tinggal 5 minit. Gua ingat Arsenal target nak sambung half time,- 2 bijik setiap separuh masa tapi nampaknya nafsu kita agak mengkuda malam tu. Terutama dengan ke'hansem'an oxlade Chamberlain siapa yang tidak terpikat.haha ini bukan statement songsang sebab setiap kali tgk wajah dia gua teringat watak kartun ape entah. Chambo sangat2 hidup di bahagian midfield lebih2 lagi die menggunakan kelebihan pace.Dia sering memilih option yang betul dan ada vision yang melankaui umurnya pada ketika ini. Arsenal harus berbangga dan berbesar hati kita mempunyai 2 bakal pemain yang boleh diharap dalam Chambo dan Wilshere di jantung bahagian tengah. Pemain yang istimewa akan sentiasa hadir pada game yang istimewa. Setelah mencuri tumpuan ketika bertemu United, lawan seperti Milan dibuktikan tiada perasaan gentar oleh budak ini. Meluru kedalam penalti di celah2 pertahanan lawan seperti iklan 'kit kong meluru pantas'(dalam lif), Chambo dikepit dan dijatuhkan.Walaupun pengadil mengambil masa delay beberapa saat sebelum mengisytiharkan sepakan penalti, seluruh yang memerhatikan tahu malam itu bahawa Arsenal bukan sekadar main2 ketika main bola.RVP dengan penuh konfiden walaupun di psiko untuk memperbetul2kan bola di spot tgh petak penalti, telah merembat kencang menambah bunga2 harapan berjuta penyokong Arsenal dan penggemar bola sepak.

3-0 di separuh masa pertama. Pergh kali ini memang gua betul2 naik adrenalin. Terjerit2 di pagi buta kini adalah suatu yang normal- sebab sudah kali ketiga. Perasaan yang cuba buat2 cool kini berubah tidak lagi tenang, lebih tidak tenang dari klip tidak tenang faradyable. Ini kerana perasaan konfiden bahawa jika Arsenal kekalkan tempo, kita mampu merompak deposit Milan sekaligus menyentap hati mereka lebih2 lagi kita hanya ketinggalan ageragat dengan satu gol. Menambahkan ketidak tenangan apabila memikirkan mampukah defender kita mengawal pintu gol dari dibolosi. 1 gol dari Milan cukup untuk meranapkan impian kita ketika ini. Dan apabila El Shaarawi agal menyempurnakan peluang terhidang, itu menguatkan lagi firasat, malam tersebut memang malam Arsenal.

Separuh masa kedua start tanpa sebarang pertukaran pemain dari kedua2 pasukan. Cuma nampak AC Milan merubah sedikit karektar mereka menjadi lebih aktif berbanding kepasifan diseparuh masa pertama. Buktinya , Raja offside mereka Zlatan beberapa kali terperangkap. Dan salah satunya mengundang padah apabila long ball yang menemui Zlatan cuba diclearkan oleh Chambo yang membantu bahagian pertahanan. Entah tersilap macam mana, dia kurang bernasib baik apabila kakinya full stretch menyebabkan kecederaan hamstring. Selepas pada itu, Arsenal tidak lagi sama seperti 45 minit yang awal. Pergerakan kita makin slow, tiada lagi larian2 Chambo, kini segalanya terletak pada bahu Rosicky tapi pace yng menjadi senjata utama kita tak mampu diulangi. Chambo hanya mampu berlari2 anak tanpa terlibat aktif dalam game. Melihat di bench, tidak  banyak option yang dimiliki Wenger di bahagian tengah kecuali serangan seperti Pakcu, Chamakh . Ozyakup kelihatan sudah bersiap untuk dimasukkan tapi Wenger tak rela mengambil risiko untuk membebankan pemain remaja yang belum teruji untuk menggalas cabaran seserius ini. Chambo dibiarkan dengan harapan kecederaannya mampu di recover.

Peluang terbaik Arsenal atau boleh katakan satu2nya clear cut chance yang kita ada di separuh masa kedua ini hadir pada minit ke 58. Gervinho yang jarang2 melibatkan diri setelah pulang dari Piala Afrika mermbat, bola deflectnya mampu ditampan oleh Abbiati namun jatuh betul2 depan RVP untuk follow up. Tapi sudah tertulis, dia memilih untuk hanya cuba chip bola muntah tersebut dan Abbiati menunjukkan reflex yang pantas mengelakkan ibu segala comeback disaksikan jutaan penonton seluruh dunia. Gua percaya pasti ramai tangan di atas kepala tanda tak percaya dan tidak kurang ada yang menutup mulut mahupun mengigit2 jari. tidak kurang jugak mengetuk2 meja mamak sehingga diusha panas oleh meja sebelah. Itulah penangan tapi ketika ini lantak pi orang nak cakap bila jiwa kita tengah mengGunners tak da siapa berani kacau. Iutlah mungkin saat2 yang pasti dikenang, memisahkan Arsenal dari mencipta satu sejarah malam eropah yang indah.


Kerana selepas itu, Milan mulai dapat rentak dan perlahan2 cuba mengawal possession dan melebihkan dominasi di kawasan tengah. taktik mereka hold ball dan jangan kasi Arsenal main. Keletihan dan berat kaki jelas kelihatan di kalangan pemain Arsenal yang telah memberikan segalanya. Chamakh dicampakkan menggantikan Chambo tapi tidak dapat mengoffer ape2. Kegagalan Nocerino menyudahkan peluang terhidang depan gol Arsenal hanya sebagai tali hayat untuk kita teruskan mencuba. Kita bukan tak cuba tapi sumber kita sudah terhad. Walcott pula dikeluarkan dan Pakcu dimasukkan namun terlalu sedikit masa untuk pemain2 yang jarang diberi peluang ini untuk membuktikan sumbangan mereka. Terlalu ramai offensive player di atas padang tapi tidak ada penjana. Cukup frustrating dan inilah yang wenger regret, tiada  bantuan pemain tengah dari bangku simpanan.Keadaan ini berlarutan hingga ke wisel penamat, Arsenal terduduk layu, ada yang mendongak ke langit, ada yang tersembam ke bumi. Kekecewaan jelas terpancar di setiap wajah pemain Arsenal, so close but yet so far. Di riak wajah Zlatan, Robinho dan Allegri anda boleh saksikan satu bentuk kelegaan ketara kerana mereka tahu Arsenal malam tersebut telah memberi pengajarn yang paling berguna bagi mereka meneruskan saingan. Mael, Rosicky, Gibbs, Koscielny dan kesemua Arsenal player mungkin boleh menahan air di kelopak mata dari mengalir, tapi mereka tidak perlu malu dan segan silu atas segala apa yang telah diperjuangkan pada malam tersebut. Gua lantas bangun dengan sendiri memberikan tepukan sokongan emosi terhadap pasukan merah putih kesayangan. Dan setiap kali sehingga hari ini melihat di ESPN news mahupun klip2 ulangan atau highlights ,gua boleh mengakui memang bulu roma terangkat. Kita baru sahaja menundukkan antara pasukan elit Eropah 3-0 tapi kita masih berada di pihak yang tersingkir. Ini boleh termasuk list antara malam Eropah yang indah di Emirates bukan atas faktor result tapi atas nama class dan maruah, they gave it all. Terima kasih kepada Aresnal European team class of 11/12.They went out with a bow.

Saingan tak berakhir di sini kerana baki perlawanan liga harus diteruskan untuk kita claim tempat yang sepatutnya iaitu tempat ke UCL musim depan. Kenapa perlu masuk UCL musim depan kalau tahu awal2 lagi bukan boleh menang piala? Jadi jika ada yang bertanya sebegitu rupa, persoalkan kembali buat apa diadakan perlawanan bola sepak dan paling penting buat apa dia sibuk2 tengok. Jika tidak mampu sehingga ke tahap menjulang piala, perlawanan malam tersebut adalah jawapan terbaik bagi membuktikan piala bukan segalanya dalam bola sepak. Itulah istimewanya malam2 Champions League.Itu adalah class Arsenal, kita layak berada di sana dan kita memang sepatutnya. Jadi untuk teruskan misi, Singkirkan satu lagi contender Newcastle Isnin ini sepertimana kita tundukkan Spuds dan Liverpool minggu2 sudah...Untuk pemain, suara dan atmosphere di Emirates Rabu lalu akan sentiasa bergema jika persembahan sebegitu diberikan setiap minit di atas padang. Penyokong2 kini di belakang anda.COYG!!

P/S : Wenger masih tak selamat dari kes dengan UEFA akibat perang mulut dengan pengadil di dalam terowong, laporan telah diberikan dan tindakan bakal diambil. Sementara itu Rumors mengatakan Podolski hampir pasti menjadi pemain Arsenal setelah tamat musim ini apabila bid 10M kepada Cologne telah diterima.Berita ini tersebar di tabloid2 Jerman sendiri dan tidak kurang ada yang memetik pandangan Mertesaceker..Tapi gua pernah menafikan perkara ini dalam post2 sebelum ini bukan dan selagi ia belum keluar dari mulut Wenger mahupun Arsenal.com selagi itu ia belum dikira rasmi.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: