Sabtu, 3 Mac 2012

Pre Match : Liverpool vs Arsenal

Ogos lalu Liverpool datang ke rumah  ketika kita langsung tak bersiap sedia, habis dikotorkannya Emirates, bising serabut mereka menyorak pesta yang jarang2 dapat mereka saksikan.Arsenal pada ketika itu masih terumbang ambing, dengan skuad yang belum pasti akibat trasnfer windows yang carca marba, Liverpool mengambil kesesmpatan mudah. Itu adalah kali terakhir Samir Nasri dengan jersey merah putih di Emirates.  Dan malam ini mungkin tiada lagi Arshavin untuk run riot 4 gol di Anfield- itu jugak salah satu faktor dia masih dianngap pemain istimewa.Tapi bila segalanya tak menjadi seperti diharapkan, ada kalanya mereka akan compare dengan Julio Baptista.

Kedua2 team tengah on fire ketika ini. Arsenal di sebalik minggu yang suram tiba2 bangkit dengan penuh bergaya di NLD. Liverpool baru sahaja memenamgi piala liga, pencapaian yang menarik bagi Kenny Dalglish untuk memenangi kesemua piala domestik sebagai pemain dan jurulatih. Tapi manager kita sendiri apa kurang hebatnya, di sebalik turun naik bulan Februari, Arsene Wenger kini masih dalam keadaan terkejut apabila dipilih sebagai Manager of The Month. Dia masih lagi mengatakan " Mungkin anda tersilap orang".


Moodnya masih tak begitu baik terutama selepas internationaleleh. Mungkin tiada kecederaan tambahan berlaku, RVP jugak hanya bermain 45 minit di Wembley. Namun yang membuat Wenger naik angin ialah penyertaan Mael bersama Skuad Belgium ketika hanya meaningless friendly bertemu Greece. Kalau qualifying atau kejohanan petning Wenger oleh terima tapi ini untuk apa? Euro pun mereka tak layak. Ada beberapa pemain yang sedang berhempas pulas untuk mengembalikan kecergasan malam ini dan RVP serta Mael berada dalam senarai.Rosicky jugak akan menjalani scan akhir manakala Rmabo bakal terlepas aksi hari ini dan jugak Selasa.Song jugak dalam pemerhatian. Itulah sebabnya timbul nama Diaby, yang akan dibawa untuk travel ke Anfield. Kali terakhir atau boleh katakan satu2nya kemunculan Diaby musim ini adalah ketika seri 1-1 dengan Fulham itupun sebagai sub dan dia mengalami setback sebelum terpaksa disisihkan akibat kecederaan. Untuk start Diaby adalah satu gamble, Wenger akan memikirkan apa yang perlu dilakukan.

Untuk Liverpool pulak, keresahan pasti bagi mereka apbila Gerrard dan Johnson masing2 on alert selepas friendly  tengah mingu. Kecederaan Daniel Agger memungkinkan pemain vateran Carragher dipanggil kembali mengukuhkan bahagian CB. Arsenal kalau nak main passing2 bola darat ni harus berhati2 dengan terjahan2 dan tackle keras tuan rumah. Skrtel  adalah pemain yang tak kisah menyambar kaki lawan begitu jugak Charlie Adam dan si katik Bellamy yang suka akan physical battle. Perhatian harus diberi kepada seorang lagi pemain Kuyt , yang awalaupun tak popular tapi sering bekerja keras dan kadang2 boleh jadi game decider mahupun match winner. Suarez? diaktakan orang paling racist atas padang, yang ini Gervinho harus pandai mengawal emosi. Gua memetik nama Gervinho bukan kerana warna kulitnya tapi semua tentu masih ingat akan kesnya bersama Joey Barton.Mengenai pemain Uruguay tersebut, Gua tak tau akan siapa betul atau siapa yang salah dalam kes terhangat baru2 ini apapun racism mahupun provokasi melampau harus diterajang keluar dari bola sepak dan tak boleh diterima sama sekali.

-----------------Szczesny------------------
Sagna--------Kos------Mael---------Gibbs
--------Arteta------Song-----Rosicky-----
----Theo-----------------------------Yossi
-------------------RVP--------------------

Arsenal harus menang agar dapat melumpuhkan lagi niat Liverpool sebagai pesaing dalam top 4. Dalam masa yang sama , United bertemu Spuds. Walaupun kemenangan salah satu daripada mereka tidak begitu bermanfaat kepada kita tapi anda tentu tahu yang mana anda mahukan lagi ketika situasi ini. Mungkin seri adalah yang paling baik. Astro ESPN 845. Liverpool 1- Arsenal 3.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: