Selasa, 6 Mac 2012

Post match : Menang tetap menang biarpun entah dari mana muncul


RVP tak perlu pun meminjam t-shirt 'why always me' kepunyaan Balotelli kerana umum dah pun sedia maklum , siapa lagi kalau bukan dia untuk muncul membantu Arsenal saat2 cemas di minit2 akhir. Diakui anak buah Dalglish memberikan saingan yang begitu sengit, dan jika mereka lebih bernasib baik mungkin mereka dah mendahului lebih 2 3 bijik. Penalti tak masuk, super saves Szczesny, 2 kali kena tiang ketika barisan tengah Arsenal agak limited pergerakan. Tapi Arsenal melakukannya sekali lagi, comeback ketika rata2 dah menanam terus Arsenal, tak meletakkan sebarang harapan. Gua suka macam tu bila mana dapat membuatkan para haters terlopong seketika dengan kejetuan sebegini. Ternyata The Kop tak mampu nak cope dengan kebangkitan Arsenal sekali lagi. RVP mewarnai highlights tapi MOTM adalah pasti milik Szczesny yang beberapa kali memastikan agar kita tidak terkeluar dari game.

Arsenal menurunkan barisan yang sama menewaskan Spuds dengan internationaleleh di tengah minggu, persoalan yang timbul, mampukah player2 yang terlibat kekal fit 90 minit.Itulah mungkin salah satu faktor barisan tengah kita nampak seakan tak bermaya dan mati akal. Liverpool mendominasi tapi possesion sahaja tak cukup untuk menjaringkan gol. Malam itu jugak ketiga2 gol dijaringkan oleh  pemain dalam jersi biru gelap. Koscielny pasti terasa bahang di anfield, kalau dahulu musim lepas dia dilayangkan kad merah semasa debutnya, kali ini dia terpilih untuk tersepak masuk bola ke gawang sendiri. Tapi sebelum itu berlaku satu insiden antara Suarez dan Szczesny dengan ulang tayang siap kanta pembesar jelas merakamkan Suarez ternyata melebih2 akan situasi tersebut dan pengadil Mark Halsey termakan. Dirk Kuyt step up mengambil, tiada lagi Stevie G yang melihat dari stand mahupun Charlie Adam yang menyepak seakan2 conversion rugby di Wembley, namun keadilan terbalas jua. Szczesny dengan slumber menafikan Kuyt dengan double save, kali ini dia dengar nasihat wenger, tidak terlalu awal menggerakkan kaki agar penendang ragu2 akan hala tuju dive keeper.

Selepas ketinggalan , kita stay calm tak gelabah dan paling penting tak terperangkap dengan gerakan2 Liverpool. Tnetu hairan kalau macam ini punya main, entah mana nak datang chances, dengan peluang2 dan jolokan bola kepada RVP yang sangat limited. Menjelang setengah jam perlawanan kesabaran kita berhasil, Sagna cross cantik untuk RVP menanduk masuk menyamakan kedudukan. Walaupun ini lebih kepada kelubukan Carragher, tapi RVP tak peduli, gol ke 30 nya sepanjang musim ini.  Liverpool seakan tersentak kerana begitu mudah mereka melepaskan gol, namun disiplin mereka kekal hingga ke separuh masa kedua. Suat perkara tidak diingini terjadi dalam match tersebut melibatkan pertembungan antara Arteta dan Handerson dan si Spaniard itu hampir tidak sedarkan diri.

Namun ketika mengimbas kembali saat2 insiden tersebut, Arteta tak mampu ingat apa2 yang ahu sedar2 dia seakan2 diangkat atas stretcher dan tepukan gemuruh dari semua fans tak kira home dan away mengiringinya keluar untuk dibawa ke hospital berdekatan. Bagi seorang ex-evertonian, untuk diberi respect sebegitu daripada penyokong rival adalah suatu yang class. Kudos dan terima kasih kepada para penyokong Liverpool. Arteta telah disahkan tidak serius dan dia berterima kasih atas segala sokongan moral yang diberikan. Dan penggantinya adalah 'new signing' yang ditunggut, Abou Diaby. Tapi sayang hanya sempat beberapa minit sahaja bertahan dan last2minit dikeluarkan semula, gua tak tau sampai bila nasib Diaby akan seperti ini ,disebut2 seakan2 Vieira wannabe tapi tak pernah sampai ke tahap itu akibat dihimpit kecederaan.

dan ketika masing2 buntu dengan Liverpool paling banyak mempersia2kan peluang perlawanan berlanjutan ke masa2 kecederaan dengan 8 minit masa tambahan untuk the number 8 Arteta. Ia seakan satu relief buat Arsenal. Ketika barisan tengah buntuk tak tahu nak buat apo kerana ruang yang ketata, Song mencipta magis dari kakinya. Sekali lagi chio  dihantar baik ke dalam kotak penalti dengan RVP dari sudut sukar sebelah kiri melepaskan 1st timer volley menewaskan Reina di hadapan away fan!! Tiada cara yang lebih baik untuk menjaringkan gol kemenangan di venue hangat sebegini. Dan kredit harus diberi pada Alexandre Dimitri Song Billong memang kena dengan namanya sebagai raja Long ball.Ingat2 suka2 ke pak dia nak bagi nama, ada maksud tu. Haha ini bukan kali pertama Song assist sebegini. Senjata long ball nya pernah menemui RVP dan disudahkan dengan style yang sama ketika Arsenal menyambut ulang tahun ke 125 bertemu Everton. Minggu sudah long ballnya untuk Theo menjadi. Ingatkah anda gol sempoi Eduardo ketika menewaskan Burnley yang jugak merupakan hasil chip daripada Song. Jadi tidak hairanlah kali ini RVP yang menawarkan diri mengilatkan(baca mencium) boot Song. Chambo hampir menambah gol ketiga tapi rembatannya sedikit tersasar. Tapi apapun, cukup puas, kadang2 bola sepak begitulah ceritanya, result tak mencerminkan persembahan tapi ini hari adalah milik Arsenal, terimalah seadanya senyum sepenuh2nya tapi jangan lupa kemenangan takkan berhasil tanpa usaha. Mereka yang bermain bermatian telah memerah keringat untuk kemenangan ke4 berturut2 dan wajar diberi kredit.

3 mata penting ini menjarakkan kita 10 mata dengan Liverpool. Peluang anak buah Dlaglish kini semakin sukar dan sekurang2nya kita melambatkan proses satu lagi pesaing untuk slot top 4. kekalahan Spuds buat kali kedua berturut2 mencantaskan beza mata kepada hanya 4 ditempat ketiga, yang kini merupakan satu target realistik. Pemecatan AVB selepas mereka tumpas kali ke7 mungkin menyukarkan Wenger dan anak buah kerana Chelsea di bawah Matteo mungkin tidak mahu lagi main carca marba dengan arngin perubahan baru. Tapi gua tetap tak paham dan sama bersimpati akan nasib AVB dan Roman sepatutnya harus menguruskan pasukannya sendiri, apa kata turun padang daripada bayar paycheck berjuta. Bayangkan 7 jurulatih daripada 9 tahun rejim pemerintahannya, nilai yang lebih banyak dari gol Torres di Chelsea. Tidak pernah sabar dalam bola sepak tapi lain orang lain cara, baginya kejayaan harus dibeli jadi biarkan ia.Dan satu lagi yang melengkapkan keceriaan minggu ini apabila Newcastle berjaa diikat oleh Sunderland, Bendi memberi kita pertolongan kali ini dalam perlawanan derby yang tak pernah lekang dengan gaduh sana sini.Alan Pardew , sorang lagi yang selalu popular dengan touch line bust up kali ini bersama MON. kalau Isnin depan dia bua hal dekat Emirates memang siap la. Tempat top 4 seakan2 dah disediakan untuk kita confirmkan. Melihat kepada baki jadual , kita mampu melakukannya jadi jangan sia2kan peluang.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: