Rabu, 29 Februari 2012

Apakah RVP perlu diturunkan awal pagi nanti?

Internationaleleh di tengah minggu mungkin sedikit sebanyak mengganggu mood kita tapi diharap tidak sedikit pun boleh menganggugugat momentum untuk perlawanan penting dan menarik sabtu ini. Sabtu ini kita akan mengacau 'Disney Party ' Liverpool yang baru berbangga memenangai piala mickey. Jangan salah anggap,jangan diperlekeh. Piala tetap piala, malah piala liga itu pun Arsenal sendiri tak mampu mendapatkanya musim lepas, Wenger sendiri belum complete koleksi pialanya dalam bola sepak Inggeris tanpa piala tersebut. Tahniahlah kepada Liverpool yang mengakhiri penantian 6 tahun tanpa piala-lebih awal dari kita. Apapun kembali kepada mode yang lebih serius, sebetulnya siapa sebenarnya memberi najis?!

13 pemain skuad utama telah mendapat panggilan SOS dalam membantu pasukan kebangsaan masing.2 Yang pasti perlawanan menjadi tumpuan tentulah antara England dan Belanda di Wembley. Namun sedikit perkhabaran kurang enak apabila diberitakan RVP tercedera semasa sesi latihan semalam dan tak sempat menghabiskan 60 minit pun. Terntunya Wenger ingin memberi kata dua kepada Bert Van Marwijk tentang hal ini. Kalau dulu dia boleh berkompromi dalam melepaskan RVP daripada game bertemu Jerman, aku tak nampak kenapa dia perlu mengambil risiko untk meretakkan hubungan dengan Arsenal akan situasi ini. Bagi rehat sahajalah.Bukankah masih ada pemain lain, Kuyt juara piala liga pun ok ape.

Sedikit berita baik. Sedar tak sedar, mungkin cuma tinggal 2 minggu sahaja tempoh penantian untuk Andre Santos boleh kembali ke latihan bersama skuad utama.Hadir tepat pada masanya ketika Gibbs juga sudah kembali berjinak2 dengan aksinya di atas padang, ini sedikit sebanyak mencipta persaingan sihat dan boleh push antara satu sama lain. Berita tentang Rosicky dan Mael belum ada susulan tapi Mael telah dipanggil untuk membantu Belgium menentang Greece. Cuma jangan ada yang buruk2 berlaku lagi terutama di bahagian pertahanan. Sudahlah kita baru perlahan2 nak dapat balik fully fullback, CB kita pulak injured seorang demi seorang.



Sekarang di media2 tengah sibuk dan kecoh tentang Podolski ke Arsenal. Summer masih lagi lambat tapi sudah ada gosip bahawa pemain Jerman tu dah bersetuju untuk menyertai Arsenal musim panas nanti. Boleh gua katakan pasti 100% di sini bahawa pihak Arsenal belum membuat sebarang pengusharan malah FC Cologne sendiri belum menerima apa2 inkuiri jadi mana mungkin sebarang perbincangan sudah mengambil tempat. Mungkin berita ini datang ketika gosip mengatakan RVP dan Theo belum mahu sign kontrak, Chamakh diintai Fiorentina dan Arshavin yang sudah kembali ke Russia.


Jadi bagi mereka, kesempatan tentang so called 'krisis forward Arsenal' ini adalah peluang untuk melariskan jualan akhbar dan klik nuffnang mereka. Mari kita tunggu dan lihat, semuanya hanya mampu dispekulasi dengan lebih jelas setelah kita mengatahui nasib kita di penguung bulan May nanti.RVP is a true Gunner.

Agii dup agi mengGunenrs


0 ulasan: