Sabtu, 24 Mac 2012

Pre Match : Arsenal vs Aston Villa

Aston Villa  baru kalah sekali di Emirates dari 5 perlawanan. Menang 2 dan seri 2.  Walaupun malam nanti Pasukan yang tengah tak on form ini akan bertemu dengan pasukan kita yang sedang mencanak, berhati2 dengan apa jua kemungkinan. Bola itu bulat. Aston Villa hanya sekadar memenangi satu game daripada 6 manakala Arsenal menang kesemua 6 match terakhir dan jika berjaya mengutip 3 mata malam ini, 7 menjadi rekod terbaik sejak Oktober 2007.Mereka bakal turun tanpa penyerang Darren Bent akibat kecederaan manakala Arsenal bebas dari penambahan kecederaan dari Goodison Park. Berita baik apabila Diaby - masihkah kau ingat?- berjaya menjaringkan gol dalam match reserve tapi terlalu awal untuk diturunkan. Wilshere pulak sudah boleh berlatih dengan bola dan memerlukan 5 minggu sekurang2nya untuk mendapatkan fitness. Sama ada dia boleh beraksi atau tidak musim ini terpulang pada pihak medical untuk memberi lampu hijau. Squaillaci telah pulih dan boleh disenariakan sebagai option.oquelin jugak hanya menghitung hari untuk kembali.

--------------Szczesny------------
Sagna-----Kos----Mael-----Gibbs
---------------Song---------------
--------Arteta------Rosicky--------
----Theo------RVP--------Chambo

Sebaik Arsenal melangkah, keputusan di Stamford Bridge boleh pun diketahui tapi apapun berlaku Arsenal seharusnya harus lebih fokus pada kerja sendiri. Menang malam ini akan mempermudahkan jalan dan memberi tekanan pada mereka yang mengejar. 11PM Arsenal 3 - Aston Villa 0

Agi idup agi mengGuners!!


2 ulasan:

fathullah berkata...

ahlil nujum mane yg tlg incik GnR bikin prediction? Haha...

slps 90 minit yg membosankn (tapi memberi faedah) dr rival London, kita hanya dpt rehat 15 minit sblm disajikan dgn 90 minit yg cukup bergaya+menghiburkan = mendapat laba yg memeritkan mrk yg mengekori. Spuds? "pergi mampos gua nk kluar £3000 utk charity... lu org la tong-tong"

Gunners & Roses berkata...

Salam saudara Fathullah..

haha nujum pak belalang. Jack Wilshere boleh simpan duit dia, tapi nak ke Spuds keluarkan sorang 1pound tu.. takut2 menikus di kemudian hari..Apapun ada lagi 8 game, fokus2!