Jumaat, 23 Mac 2012

3 mata melonjakkan Arsenal di tangga ketiga.

September di tempat ke 17, orang tanya Wenger soalan kurang ajar " ko musim ni nak main untuk elak relegation ke?" tapi sekarang segalanya telah berubah dan mengejutkan para haters, Arsenal kini berada di tempat ke3, slot automatik untuk layak ke UCL musim depan. Kemenangan sebijik gol tanpa balas ketika para rival London lain keciciran mata membolehkan kita memintas jiran busuk Spuds dengan kini mendahului satu mata. Daripada bulan lepas di mana pada satu situasi kita mungkin terpaksa ditinggalkan 13 mata oleh mereka kini siapa yang tersengeh? Pasti annnoying gila menjadi penyokong Ssuds ketika ini.Apa kata Shebby? Esok Arsenal melayan kunjungan Villa, Musuh2 London pulak bergaduh sesama sendiri, usah pedulikan mereka, fokus pada kerja kita lagi afdal.


Arsenal bertandang ke Goodison Park dengan wajah yang hampir sama kecuali dengan Rambo hadir kembali ke kesebelasan utama.Chambo kembali ke bangku simpanan dan in form Rosicky terus kekal sebagai pilihan arkitek serangan. Ternyata gol awal Mael pada minit ke 7 banyak membantu untuk kita settle down lebih awal. Lebih manis lagi ia daripada set piece, corner. Musuh atau kelemahan utama kita adalah melalui serangan counter attack dan jugak set pieces jadi untuk mampu mempervariasikan gol kita adalah cukup baik. RVP angkat corner dan Mael menanduk masuk, gandingan kapten dan naib kapten menghadiahkan kemenangan yang dikehendaki.Dah 2 kali Mael jadi Match winner musim ni, RVP tak payah kira lah.

 20 minit pertama segalanya tentang Arsenal, Arsenal in control, Arsenal dominate, menyerang dan jugak menafikan pergerakan tuan rumah. RVP, Rambo, Rosicky dan Gibbs masing2 mempunyai peluang menguji Tim Howard. Tapi selepas itu  mungkin kita agak slumber dan sloppy untuk membiarkan Everton kembali ke dalam game. Dan jika tidak kerana linesman yang agak rabun, Everton mungkin mampu mencari gol penyamaan. Gol Drenthe yang kelihatan onside dibatalkan kerana disyaki offside Mana tak si Moyes berang. Tapi itulah bola sepak, what comes around goes around, Arsenal jugak selalu mengalami nasib begitu jadi move on. DAn mengikut satu laman sesawang yang membuat statistik peratusan keputusan bercanggah dari pengadil, Arsenal kelihatan sering menjadi mangsa.

 Itu (gol x didaftar drenthe) sekadar wake up call untuk Arsenal namun selepas itu gandingan tengah Arteta yang pulang ke rumah lamanya, dan  Song terus mengekalkan disiplin membantu barisan pertahanan untuk keep clean sheet.

 Separuh masa kedua kita agak fade out dan Everton memiliih untuk lebih pressing. Hanya gol tunggal Mael dijadikan insuran dan Arsenal bergantung pada tali hayat tersebut. RVP gagal menjarakkan kedudukan apabila libasannya sekadar mencium tiang gol. Gervinho masuk menggantikan Theo yang kurang berfungsi. Kita mempunyai rehat yang lebih lama dalam 10 hari ketika Everton beraksi 2 kali dalam tempoh masa itu namun mereka tidak sedikit pun nampak fatigue dan kredit kepada mereka memberi saingan yang cukup payah. Arsenal gagal mencari gol kedua tapi sebijik sahaja sudah cukup untuk kita merakamkan kemengan ke 6 berturut2. 2 kemenangan di merseyside dalam tempoh 2 minggu bukan suatu yang mudah untuk ditagih, kita perlu berterima kasih kepada para pemain yang bermati2 matian meletakkan kita pada kedudukan sebegini ketika sebulan yang lepas rata2 langsung tidak memberikan kita harapan dan peluang.

Esok ada kerja lagi. Baki 9 game yang ada sekarang ini penting , jangan syok awal sangat. Aston Villa esok datang ke Emirates, macam kata Wenger, jangan terlalu obses dengan keputusan di tempat lain, sila rekodkan kemenangan ketujuh berturut2. Villa pun mengalami musim yang turun naik hasil buatan alex McLeish. Perlantaikan kontroversi dari team rival sememangnya kurang disenangi peminat mereka lebih2 lagi dengan taktik yang merapu. Gua jangka diorang akan pack kan midfield esok untuk menafikan Arsenal dari main bola. Dengan Darrent Bent out, Robie Keane dah balik US, Agbonlahor menjadi taruhan mereka. Mungkin Ireland dan N'Zogbia perlu lebih konsisten untuk menguji kekentalan Kos dan Mael. Mustahil untuk membayangkan Arsenal gagal mendapatkan sesuatu dari game ini. Kita pernah bertemu mereka dalam saingan FA Cup dan ketinggalan 0-2 sebelum bangkit 3-2 adalah suatu yang berkarektar. 

P/S : Selamat membaca di Membaca(Reading), Benik Afobe. Afobe baru dipinjamkan ke kelab Championship tersebut untuk tempoh 2 3 bulan. Kita harap agar dia dapat belajar pengalaman berguna di sana untuk step up ke next level.
Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: