Ini baru Arsenal. Bukan bermaksud Arsenal yang baru kerana kita bermain sepertimana sepatutnya- control game, dominate possession , variasikan attacking channel, dari flank dan tengah, konsistenkan tempo yang laju, dan mengoptimakan set pieces- agak mustahil untuk memikirkan kita tamatkan game selain dengan tiga mata selepas aksi yang penuh meyakinkan. Sebelum Half time kita dah score dua bijik, gua tak nampak Villa boleh kembali kerana aksi mereka terlalu hambar dan option di bahagian depan sangat limited. Sedangkan Johan sendiri dapat game yang cukup baik, jadi anda boleh nilai tahap opponent. Johan menggantikan Koscielny, yang dikatakan Wenger tak boleh nak berjalan dengan baik, mungkin tersalah posisi tidur! Alasan yang rare, mungkin selepas ini Arsenal perlu sediakan kapsul mumia untuk pemain atau menyarankan tidur seperti kelawar tanpa perlu banyak pergerakan.
3-0 scoreline, kemenangan ketujuh berturut2 di mana sekali lagi para Londoners lain keciciran mata. Kita kini 3 mata di atas Spuds dan 8 mata di depan Chelsea berbaki 8 perlawanan. Masih terlalu awal, namun kita harus gunakan momentum kerana kita berada di driving seat terbaik untuk menghabiskan saki baki musim ini setinggi mungkin. Gibbs telah menjaringkan gol pertama liga dan kedua buat Arsenal.Gol tersebut didedikasikan kepada mendiang atuknya yang merupakan bekas tenaga scout di Arsenal.Kalau diperhatikan Arsenal selalu duk menyerang belah kanan jek dengan Theo selaku senjata jadi syok jugak dapat lihat Thomas,Gervinho dan Gibbs bergandingan menghasilkan gol pembukan. Selain dari berbesar hati menyaksikan gol kita datang dari pelbagai posisi, kepulangan semula bek kiri ke pentas aksi, Andre Dos Santos jugak memberi nafas kelegaan. Skuad kita dah mula ke arah pemulihan keseluruhan dengan ada beberapa long injury yang masih tersadai tapi segalanya tampak positif buat Arsenal.Walaupun cameo Santos agak biasa2 sahaja tapi ia sudah tentu jadi moral boost buat pasukan tatkala hujung2 musim sebegini.
Satu lagi sebab game kita lancar malam ini adalah disebabkan efektif daripada trio midfield. Song, Arteta dan Rosicky. Rosicky, Gua dah berkali2 puji penjenamaan semula Little Mozart ni. Arteta adalah signing yang baik dan bagus, maka sudah tentu orang sekelilingnya mendapat manfaat. Paling terkesan adalah Song di mana kita dapat lihat potensinya untuk terlibat dalam offensive2 play ketika mana kehadiran disiplin Arteta yang duduk lebih deep berbanding gandingan2 midfield sebelum ini yang lebih membiarkan ruang dicover Song agak terdedah. Dengan itu , terhasil lah bola2 lambung istimewa di depan mata kita, bukan sekali dua, malam itu pun berlaku lagi dengan chip baik punya daripada Song kali ini untuk Theo, 1st and 2nd touch yang sempurna sebelum disudahkan menewaskan Given. Bola yang baik dari seorang DM (walaupun pada falsafah teorinya Arsenal tak punya seorang DM pun).Itulah sebab Song dan Arteta masing2 memerlukan antara satu sama lain.Mereka berdua adalah the unsung hero dan layak mendapat lebih kredit malam itu. Susah untuk tak cakap pasal free kick Arteta yang cukup ART.Memang meletup habis, laju tepat dan smart.Jangan kata GIven Othman Katmon pun tak mampu menepisnya.
Jadi tinggal 8 game maka kita harus pandang game by game, oleh itu target sekarang adalah mencari kemenangan ke8 berturut2. Mangsa seterusnya adalah anak2 emas Tony Fernandez.satu lagi London Derby. Oh ya, mungkin mereka sekarang tak sedar diri dan mula berasa cemas, jadi satu lagi jiran London itu bising2 suruh Arsenal 'bring it on' kerana mereka kini rasa sudah tiba masa untuk bangkit kembali. Mana mungkin boleh bangkit jika otak manager merayau2 ke langit? Manager England kononnya dalam bajet ketika pemain semua main merengek-rengek..Target mereka 6 menang daripada 8 game mereka dah boleh berada di atas satu lagi jiran London. Buat apa target 6 kalau rasa2 boleh pergi 8, set target biar tinggi, jika tak dapat 8 sekurang2nya terkena 7. low class mentality. Kita hanya perlu fokus pada kerja kita. Gua terklik satu pautan yang membawa kepada blog mereka mengkaji jadual baki perlawanan antara 3 pesaing untuk 2 slot UCL . Agak kurang ajar apabila mreka melupakan Newcastle yang kini hanya 5 mata daripada mereka. Sifat memandang rendah keupayaan lawan dan overkonfiden ini pasti akan memakan diri. Gua yakin kita mampu menempah tiket ke UCL musim hadapan tapi keyakinan gua bukanlah tiket untuk gua berlagak overkonfiden dan melenyapkan buta2 peluang team lain. Siapa konsisten dia yang dapat, begitu jugak siapa yang gagal mengurangkan kesilapan pasti akan terhukum, tidak terkecuali Arsenal.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan