Sabtu, 4 Februari 2012

Pre Match : Moneyball vs WengerBall

Apa persamaan antara Steve Keane dan Arsene Wenger? Orang tentu akan kata gila apa soalan ini, nak compare 2 orang pengurus dari status dan latar belakang yang berbeza tapi sesetengahnya akan tetap mencari titik persamaan dan mereka akan berkata persamaan yang ada pada mereka adalah persoalan "Mengapa mereka berdua masih ada lagi di kelab masing2 ketika dunia bola sepak bukankah selalunya kejam?" Ya , Steave Keane mungkin di bawah tekanan besar ketika ini, ramai di kalangan penyokong Blackburn yang memanggil2 namanya supaya dilucutkan jawatan setiap kali wisel penamat, ironinya Keane masih kekal hingga ke hari ini membimbing Blackburn dan dalam 3 game away terakhir, mereka menunjukkan sedikit peningkatan dengan kemenangan ke atas Manchester United serta seri dengan 2 kelab dari Mersyside. Mereka mungkin baru tumpas kepada Newcastle United, tapi kalau anda masih ingat Tragedi September dahulu ketika ramai sudah hilang sabar dengan Keane, entah dari mana dia memunculkan satu lagi kemenangan ke atas Arsenal dan kekalahan yang perit buat Wenger apabila badi tekanan berpindah ke arah dirinya. Wenger dari saat itu cuba start balik, membina semula konfiden dan hasilnya mula kelihatan apabila ada beberapa siri rekod tanpa kalah dan kemenangan berturut2 tapi seperti biasa kusangka panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan di tengah hari. Arsenal dihimpun pelbagai masalah kecederaan dan kehilangan Gervinho ke Saingan Piala Afrika sedikit terasa. Arsenal struggle dan Bulan January putaran roda hidup berlaku dengan cepat, dalam sebulan malapetaka dan krisis dikatakan melanda Arsenal apabila tewas 3 kali berturut2 dan terbaru hanya mampu seri di Reebok. Kita bernasib baik, Arsenal masih hidup lagi dalam dua saingan piala kalah mati iaitu FA Cup dan Champions League tapi kedua2 destinasi kita dalam kejohanan tersebut bakal diketahui apabila saingan bakal kembali pertengahan bulan ini. Ramai yang masih meragui kemampuan Wenger, neuron2 otak gua jugak tidak terlepas dari berfikiran nakal sebegitu mempersoalkan apa yang sebenarnya dipikirkan oleh Le Prof ketika rata2 mereka yang claim arif tentang bola sepak nampak akan sesuatu yang dilakukan Wenger berlawanan arus dan melanggar norma2 hidup.


Tapi gua sempat menyelamatkan saki baki respect yang masih ada terhadap Le Prof. Segalanya diperkuatkan lagi setelah pagi tadi gua baru sahaja selesai menonton sebuah filem terbitan Brad Pitt yang dilakonkan sendiri oleh dirinya memegang watak utama. Sebuah filem dengan tajuk "Moneyball" pada ketika ia berlatarbelakangkan sukan baseball. Dan tidak susah untuk gua menjangkakan mengapa filem itu dinamakan dengan 'Money' ball kerana ketika dari babak2 awal lagi jika anda seorang yang peka terhadap Arsenal, anda akan nampak Arsene Wenger dalam filem tersebut. Brad Pitt sebagai Billy Beane, General manager kepada kelab Major League Baseball, Oakland Athletics against all odds, telah membuka mata dan mendiamkan mulut pengkritik melalui corak berbeza dan istimewa yang dipraktikkan dalam pengurusan skuad baseball nya. Moneyball bukanlah sebuah filem yang hanaya spesifik tentang sukan baseball itu sendiri, tidaklah klise dengan jalan cerita yang bersusah2 dahulu dan bersenang lenang kemudian, dan jugak tidak hanya berkisarkan kehidupan seseorang atlet tapi ia lebih kepada baseball management, anda boleh gelarkan data management jika anda rasa sesuai.

 Apa yang gua nak kongsikan disini, ia mungkin cermin bagi Arsenal, kerana Oakland pada ketika itu berada dalam ekonomi yang agak sukar dan bagaimana caranya untuk mereka bersaing bersama kelab2 besar yang boleh berbelanja lebih mewah membeli player2 bintang sesuka hati. Billy, di suatu pihak pulak mengambil risiko dan gamble dengan pendekatan berbeza. Sesudah hilang pemain2 utama mereka yang dipancing oleh kelab2 dinasor, Billy tahu dia kini sedang bermain dalam an unfair game. Dengan bajet yang ketat, dibantu oleh pembantu analisisnya Peter Brand, Billy mencari kualiti bukan dari reputasi, dan bukan berdasarkan fantasy baseball semata. Dia membawa masuk pemain2 yang dikatakan average- bagi rata2 pemerhati, peminat dan kelab2 lain- tapi itulah sebenarnya yang diperlukan oleh Oakland di atas kertas dari segi taktikal mengikut statistik yang dianalisis. Mereka mengumpul data, menganalisis dan mengkaji dan bukannya percaya buta2 dengan sains sukan kerana statistik tak pernah menipu. Apa lagi yang mampu dilakukan oleh kelab yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk memancing player maka jalan alternatif yang walaupun sukar diterima adalah rebuild balik team dengan pemain yang sedia.

Memang pada permulaannya sukar dan mana2 eksperimentasi pun perlu mengambil masa. Berkat kepercayaan dan kesabaran terhadap falsafa teori yang didokong, Billy dan Pete akhirnya nampak hasil yang diusahakan. Oakland A's perlahan2 merangkak dari kelab belasahan dan muncul dengan rekod 20 kemenangan berturut2, suatu yang mencipta sejarah dalam sejarah kejohanan Baseball di USA. Dan apa lagi yang menguatkan gua rasa Billy dan Wenger mempunyai karektar yang sama? bagi kedua2nya rekod bukan ukuran,yang dah lepas biarkan berlalu it's all about present and the future. Mereka tak memberi najis terhadap apa yang mereka dah lakukan baik rekod 20 kemenagan ataupun 49 game unbeaten, tapi apa yang penting adalah terus komited dengan falsafah digunakan dalam bidang yang diceburi. Billy bukan menang apapun dengan Oakland seleas itu begitu jugak dengan Wenger. Menang bukan segala2nya. Yang penting adalah apa yang cuba ditunjukkan ketika pihak lain mengambil jalan singkat untuk berjaya. Pernah sekali Billy ditawarkan kontrak untuk berpindah ke kelab gergasi Red Sox! Dia reject dan terus kekal di Oakland sehingga ke hari ini dan Red Sox pada tahun berikutnya  telah memenangi gelaran World Series, dengan kaedah dan falsafah yang dipraktikkan di Oakland.

Gua suka ada satu scene tersebut di mana toke besar Red Sox berkata pada Billy, ada pihak2 tertentu tangan2 ghaib yang tak suka dan bersungguh2 mahukan plan Billy ini gagal dan tersungkur jatuh kerana jika ada cara berbeza dan melawan arus mereka, dunia akan tahu masih ada cara untuk mengalahkan kuasa2 ini. Duit bukan segalanya. Melihat kepada permasalahan yang cuba ditonjolkan dalam filem arahan Bennet Miller ini. anda tidak boleh lari dari mengatakan ia satu portrait kepada jalan yang dilalui oleh Arsenal FC. Dan untuk itu, gua tak akan hilang kepercayaan, biarlah sabar dan lama penantiannya gua percaya hari kita akan mucul kembali.

Berbalik semula kepada realiti game malam ini, Arsenal akan meneruskan perjuagan dan Wenger memberi jaminan skuad ini akan perlahan2 kembali ke tempat yang sepatutnya dan mimimum yang sepatutnya-top 4/ tempat ke UCL. Pada ketika kita melayan kunjungan Blackburn yang belum pernah clean sheet, Pesaing2 di keliling kita Liverpool dan Chelsea,United, Spuds ada tugas berhempas pulas bersaing sesama sendiri. Nak taknak Arsenal tak boleh melepaskan peluang untuk ambil kesempatan merapatkan jurang. Kemenangan adalah wajib. Tiada kecederaan tambahan selain Oxlade Chamberlain yang mengalami kecederaan  kecil. Chamakh telah kembali dari Piala Afrika tapi belum bersedia untuk diturunkan. Wenger pulak ada terpikir2 untuk merehatkan RVP dalam game ini tapi dia masih belum pasti apa yang hendak diperjudikannya. Adakah Henry telah bersedia untuk berada dalam starting lineup atau Theo? Arshavin? Park? Itu antara option2 serangan yang kita ada jika Wenger kekal dengan rancangan asalnya tadi. Dengan ketiadaan Gervinho serta Chamberlain, Arshavin akan kembali diberi peluang dan Wenger menyeru kepada para penyokong, Arshavin wajar diberi penghormatan dan dia tidak akan sesekali berfikir untuk melepaskannya.Statement ini keluar ketika dikhabarkan Anzhi cuba membuat last minit attempt untuk bawak balik kapten Russia itu, aku tak tahu statement Wenger ini hanya kerana persetujuan gagal dicapai atau dia memang benar2 tidak mahu melepaskan Arshavin dan mempercayai masih ada kudrat yang mampu disumbangkan.

-------------Szczesny-------------
Sagna------PM---Kos-------Mael
--------------Song-----------------
------Arteta-------Rosicky--------
---Theo-----Henry-------Arshavin-

Astro 812 9pm. Arsenal 6 Blackburn 2. hahaha gila yakin!? aku tulis berdasarkan fakta bahawa dah 2 kali kita dapat score macam ini di Emirates, jadi apa salahnya cipta hattrick?!!

Agi idup agi mengGunners!!!


4 ulasan:

Alkisah berkata...

nice one bro..aku tak pernah tgk movie moneyball tu.. tak pa nanti aku try cari..

razlan ab razak berkata...

Bro..prediction lu hampir tepat..hahaha..tapi dia up sket..7-2...thanks for ur entry...

kyo_9 berkata...

moneyball memang mantap..

ak x terikir plak nak kaitkan ngan polisi Wenger nih.. tapi memang x dapat dinafikan itulah cara Wenger.. huhu~

mantap aa artikel nih!

Gunners & Roses berkata...

Salam, terimakasih rakan2..

AlKisah, saudara kena download cepat2 tu.

En Razlan, haha itulah gua rasa 6 bijik tapi sebab nak bagi pelengkap malam tu dengan Henry, 7-1 pun terbaik.

Kyo_9, moneyball patut ada chance untuk menang oscar!!