Khamis, 9 Februari 2012

Post Match : Hi7am7erbakar .


7 bijik! gua ingat gua nak rehat sampai 7 hari sebelum buat posting seterusnya, haha tapi tangan gua tetap rindu nak menulis walaupun terpaksa mencuri masa lagi2 selepas kemenangan memberangsangkan.7 berbalas 1 ke atas Blackburn, lebih kurang sama sipi2 nak kena prediction gua pada awalnya iaitu kita akan score 6 bijik gol, kerana rekod sebelum ini Blackburn dah 2 kali kena 6 bijik jadi apa yang aku katakan adalah berdasarkan pure statistik sains sukan!  Bak kata wenger, kali ini kita dapat kedua-duanya sekali, performance and result.Ada beberapa nama yang mencuri tumpuan malam itu, selain RVP dengan hattricknya, mulut pasti akan bercakap tentang Oxlade Chambo, satu lagi permata yang bakal digilap, Theo dengan 3 assist, Arteta dengan gol ke3 peribadinya dalam 3 match bertemu Blackburn musim ini dan icing on the cake; Thierry Henry kembali mencetak nama dalam senarai penjaring BPL menjarakkan rekod gol liganya ke 175 menjadikan jumlah keseluruhan golnya 228!!

Malam tersebut ada turun dan naik walaupun kita start dengan high tempo malah gol muncul seawal minit kedua. Tapi entah mengapa walaupun kita terus control game, push dan pressing, seperti belum lagi nasib kita untuk menjaringkan gol bagi menjarakkan peluang. Same old story apabila Arsenal gasak dan terus mengasak tapi opponent tak payah susah2, score equaliser melalui set piece yag merupakan 1st shot on target! Itu yang bikin frustrated, anda dah mula terpikir apa yang tidak kena dengan Arsenal ni, masuk saja kawasan final third , bola umpama dihalang untuk on target. Sebenarnya persembahan kita bukanlah teruk sangat ada beberapa serangan namun peluang2 mertesacker dan Rosicky sama ada gagal disudahi atau diblock. Selepas free kick dari Pedersen, Arsenal barulah nampak ada balik urgency untuk lajukan tempo. Apa yang lain daripada kebiasaannya adalah kesanggupan Wenger untuk dropkan Rambo ke bench memberi peluang kepada pemain yang lebih senior untuk buat kerja, ternyata Rosicky tak menghampakan. Ini bukanlah persembahan baik Rosicky yang pertama tapi semenjak dua menjak ini kehadirannya sama ada sub atau dalam starting lineup banyak membantu. Sekurang2nya ini memberi ruang bernafas kepada Rambo spaya tidak terjadi kes seakan2 Denilson yang kelihatan overused(?) atau juga protection supaya tidak over limit dan mendapat kecederaan seperti Wilshere. Gandingan perngalaman Arteta dan Rosicky adalah minyak pelincir kepada kelancaran pergerakan midfield kita pada malam itu dengan Song ditugaskan melakukan kerja2 kotor dengan jayanya.


Berbalik kepada kes sesudah terhantuk baru nak tergadah tadi, Arsenal menarik nafas lega, apabila gandingan Theo mengassist kepada RVP berlaku lagi.Theo Walcott dalam diam tak diam rupanya adalah antara penyumbang kepada rekod jaringan berterusan RVP dengan hampir separuh daripada golnya berpunca dari hantaran Walcott.RVP hairan akan kritikan yang diberikan terhadap rakan sepasukannya tapi Theo tahu bukan semua match dia beraksi baik dan masalahnya adlah ketidak konsistenan dalam permainannya. Gua selalu kritik kakinya lebih laju dari otak, dan gua tak akan menarik balik apa yang gua pernah lontarkan sebelum ini tapi untuk game tersebut, gua juga tak akan menafikan kredit kepada Theo yang cukup tajam dan alert. Ini mungkin juga atas faktor kehadiran seorang lagi pemain remaja dari 'Saints', yang namanya tengah hangat2 di pasaran, Alex Oxlade Chamberlain. Dia menjaringkan gol pertama dalam akaun BPL nya 5 minit sebelum perlawanan berakhir, terimakash kepada kerja kemas kaki RVP. "2 winger English, itu yang kamu mahukan bukan?!" kata Wenger sejurus perlawanan melambangkan kebanggaannya dalam membuktikan bahawa dia jugak ingin membantu bola sepak England walaupun sering dikritik bertindak sebaliknya. Mana boleh bagi Theo sendiri, untuk dia tewas di tangan protegenya, jadi kehadiran Chambo satu lift up untuk Theo dari segi psikologi untuk beraksi dengan lebih bernas lagi. Budak ini adalah istimewa, anda boleh lihat keberanian dan desirenya untuk cuba beat opponent, namun dia masih belajar, jangan terlalu diletakkan harapan sehingga memberi bebanan. Biarkan dia follow the flow. Masa depannya cerah, masa depan Arsenal lagi cerah dengan adanya batch2 seperti Chambo, jacko, Rambo dan Theo. Wenger perlu protect budak2 ini, jadi bila sekembalinya gervinho nanti, apa yang menarik untuk dilakukan oleh Wenger sama ada nak kacau flow ini atau biarkan sahaja.Itu kita tunggu dan lihat. Namun Wenger ternyata tak boleh lihat begitu sahaja anak buahnya dikasari. Tak senang duduk weih bila melihat Givet terbang menerjah dengan kedua2 belah kaki di minit2 terakhir separuh masa. Lebih2 lagi bila sasarannya RVP! Syukur apabila tiada kecederaan serius berlaku, Givet layak diberi kad merah tersebut, dia  sempat meminta maaf kepada bangku simpanan Arsenal, Blackburn beraksi dengan 10 orang selepas itu dan Arsenal terus mengamuk!

Separuh masa kedua Arsenal tak bertukar wajah, tiada lagi sloppy2 passsing walaupun kita mendahului 2 bijik gol dengan kelebihan seorang pemain. Tiada sambil lewa, tiada slumber, Arsenal terus mengasak dan mengasak terutama dari kedua2 bahagian flank yang nampak hidup malam itu. Daripada sepakan sudut Arteta merembat masuk bola muntah dari keadaan kelam kabut depan gawang. Blackburn umpama satu kelab istimewa buat Arteata, gol terakhirnya bersama Everton sebelum berpindah adalah ke atas Blackburn, gol pertamanya  dalam liga bersama Arsenal adalah pada ketika kita tewas 3-4 di Edwood Park dan kali ini dia memilih untuk menjaringkan gol jugak ke atas Blackburn.Bila mana sahaja ada nama2 asing selain RVP atas senarai penjaring, ia selalunya secara tak langsung akan diperkatakan Wenger sebagai bukti perlunya kekurangbergantungan Arsenal pada RVP dalam menjaringkan gol. Arsenal sebenarnya ada potensi untuk melahirkan penjaring2 dari segenap area. Pemain seperti Oxlade boleh jaringkan 2 gol sekaligus malam itu, Arteta mampu melakukan dari set pieces dan rembatan jarak jauh begitu jugak dengan Mael.Gervinho seorang lagi pemain direct yang perlu lebih konfiden, Arshavin jika dapa rediscover formnya (entah bila) jugak mampu, kita ada santos dalam wad ,seorang fullback yang gemar overlap.Lagi..Song the unsung Hero dan RVP sendiri tips Theo untuk mampu score 20 bijik untuk Arsenal suatu masa nanti.Tapi sekarang focus point kita adalah RVP kerana taktikal yang diterapkan Wenger mengarahkan Arsenal bermain sedemikan rupa terutama dari wide player. Gua rasa kalau diberi free role pada nama2 yang disebut tadi, kita mungkin dapat melihat mereka mengekspresikan diri mereka dengan lebih lagi.

Dan sesudah RVP menjaringkan gol keenam sekaligus melengkapkan hat-trick ketiga peribadinya tiba masanya untuk beri peluang kepada otai2 masuk. Thiery Henry masuk menggantikan Oxlade Chamberlain manakala sagna yang direhatkan sesudah game Bolton masuk menggantikan Koscielny namun beraksi di LB, dengan Mael ditolak ketengah dan Coquelin kekal di belah kanan. Coquelin malam tersebut jugak steady malah sempat dapatkan satu assist untuk RVP.. Bila scoreboard dah tunjuk 6-1, kita pasti tertunggu2 ocassion yang lebih istimewa  bagi menggulungkan suatu yang indah! Memang segalanya dah tertulis cantik untuk bakal buku biography The King, Henry bergandingan dengan 1-2 dengan RVP kerana RVP memang nak sangat tengok Henry score lalu dipassingnya untuk Henry menyepak mudah dengan bantuan sedikit nasib, bola terbias pertahanan Blackburn dan bergolek masuk menewaskan Robinson. Last kick of the match mungkin jugak last gol liga Henry di Emierates(buat ketika ini) kerana setelah game ini tiada lagi peluang untuk dia beraksi di halaman sendiri. Henry akan pulang ke US setelah tamat game AC Milan away bermakna masih ada 2 game untuk dia membantu termasuk Sunderland, away hujung minggu ini. Kemungkinan Wenger memanjangkan tempoh pinjaman itu ada tapi paling lama pun dua minggu. Sayangnya, tak sempat untuk merasai satu lagi detik sejarah NLD.


Kemenangan dan 3 mata ketika rata-rata team sekeliling seperti Chelsea, United,Liverpool dan Spuds masing2 drop 2 point adalah ok. Cuma Newcastle sahaja yang mengutip 3 mata tapi aku percaya kita punya ramuan yang cukup untuk kembali ke tempat yang sepatutnya.Dengan moral boost seperti ini dan pemain2 kembali dari kecederaan, Gibbs OTW, santos jugak dalam Arsenal.com bukan main bergaya bergambar bersama salji, Chamakah telah pulang berlatih bersama skuad utama, Wilshere dengan pic tweet mengenai gambar alat bantuan recoverynya, tak ada sebab untuk kita tidak bersikap optimis. Gua pasti ramai yang tertunggu2 akan sambungan Euro Trip kita bertemu Milan minggu depan tapi bagi aku kita amek game by game ketika ini kerana Sunderland di bawah Martin O Neil jugak satu cabaran sukar. Perlu diingat, oleh kerana situasi getir kita ketika ini, Liga perlu diambil serius setiap game umpama cup final.Cuma sedikit terkilan apabila Frimpong yang dipinjamkan ke Wolves mengalami kecederaan serius dan bakal terlepas aksi lama, sayang budak ni ada potensi dan baru nak naik, ini adalah satu mental blow buat dirinya yang sudah pun terlepas aksi semusim musim lalu.Get 'Dench' Soon Frimpong !

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: