Sabtu, 11 Februari 2012

Pre Match : Arsenal vs Sunderland -Episode 1

Sunderland, Milan , Sunderland, - Pergh itu jadual 3 game berikutnya dalam 3 kejohanan yang berbeza2. Kesemuanya away. Hari ini di Stadium Of Light, Rabu nanti di San Siro untuk UCL, dan sabtu depan kembali ke Stadium Of Light dalam saingan FA Cup pula.sebagai info,  game2 lepas tu pun boleh tahan, Spuds, Liverpool , Milan, Newcastle. Betapa padat dan pentingnya bulan Februari dan Mac ini yang boleh tentukan nasib kempen kita musim ini. Itlah sebab pentingnya pemain2 yang dah laam berehat agar kembali dalam masa yang sama mengharapkan tiada lagi kecederaan besar-besaran. Wilshere dan Diaby serta Santos ada chance untuk sepak bola sebelum tirai musim ini dilabuhkan. Gibbs dan Chamakh masing2 dalam skuad, Jenkinson lagi 2 minggu, Gervinho paling awal balik pun hujung minggu depan.

Namun seperti yang dinyatakan sebelum ini, sayangnya lagenda kita tak dapat kekal lama bagi terus membantu, Henry akan pulang selepas match bertemu AC Milan di san siro bermakna 16hb adalah hari untuk lambaian perpisahan buat kali kedua. Wenger kata nak extend pinjam lagi 2 minggu boleh tapi besar kemungkinan Arsenal akan respect sahaja  seeprtimana yang telah dijanjikan dengan NY Red Bull awal dahulu kerana tidak adil untuk NY mahupun Henry sendri untuk kapten pasukan pulang di hari pembukaan musim MLS. walaupun sekejap, tapi kelibat dan jasa akan sentiasa dirindui dan dihargai dan jika ditakdirkan bulan 5 nanti kita mampu menjuarai FA Cup, gua nak sangat Henry sama2 dijemput naik podium kerana dia memainkan peranan besar untuk kita mampu mara ke last 16 ini.

Berbalik semula kepada game malam ini, Wenger tidak dapat lari dari menjawab persoalan tentang isu hangat Capello. Dia sendiri cakap2 awal2 tidak teruja untuk pegang job atarabangsa yang baginya agak bosan kerana kerja bermusim, lain pulak dengan kerjanya kini yang dilakukan secara harian. Bukan sekali dua nama Wenger pernah dicanang2 bagi mengisi kekosongan jawatan pengurus skuad kebangsaaan, England mahupun France sendiri tapi Wenger tidak mahu terlibat dan membiarkan segalanya terletak di tangan FA. Tapi dia menyokong sekiranya FA merasakan perlunya manager tersebut berasal dari kalangan marhaen rakyat negara itu sendiri. Jadi nama yang tengah popular pastinya sitidaktahumenulis dan takmahubayarcukai Harry Redknapp. Aku tidak suka dia secara peribadi,aku tidak suka cara dia meninggalkan Pompey, tapi ada pendapat mengatakan jika dia menerima tawaran tersebut tidak kira sepenuh atau separuh masa pun, jadi dia tdak akan dapat fokus sepenuhnya pada Spuds maka benefit buat Arsenal. Aku tak termakan dengan pendapat itu kerana bagia ku, Spuds tetap spuds dan tetap takkan ke mana.muahahaha.Dan secara sarkastiknya jika dia menjadi pengurus skuad kebangsaaan pilihanku ini , kita boleh mengagak Lampard akan dapat bermain seumur hidup manakala Bent tidak akan sesekali lagi di call up olehnya-mungkin Harry lebih sudi memanggil neneknya sendiri yang dikatakannya lebih hebat dari pemain Aston Villa.

Jadi siapa lagi selain Harry? Mungkin mereka boleh membuka mata terhadap Martin O'Neill, pengurus lawan kita malam ini, Sunderland. Track recordnya jugak bagus, di Celtic, Aston Villla mahupun di Sunderland pada ketika ini. Semenjak mengambil alih Sunderland dari Steve Bruce, 22 point daripada 30. Impressive bukan?  Sunderland tengah high sekarang ini.Malah diam tak diam hanya 7 mata di belakang kita. Stephane Sessegnon dan Sebastien larsson adalah nama2 yang mencuri tumpuan saban minggu dan berstatus 'pemain pasti mampu milik' dalam fantasy football.Kedua2 pemain mempunyai kemampuan berbeza tapi bukan rahsia lagi mereka key player kepada kebangkitan Sunderland selain moral boost di bawah pengurus baru.Sessegnon main di belakang striker ,kelajuan dan dribblenya adalah senjata manakala Larsson gila dengan set piecenya. O'Neille membawa masuk dari reserve James McClean dan pemain tengah itu nyata tidak mempersiakan peluang yang dimiliki. Lubuk mungkin di kaki O'Shea dan Turner yang agak slow manakala West brown pulak dikhabarkan cedera. 120 minit bertemu Boro dalam saingan FA Cup beberapa hari lalu mungkin boleh memberi kesan terhadaap stamina Sunderland tapi bukan bermakna Arsenal boleh senyum riang. Ini kerana pendekatan O'Neill yang akan digunakan untuk match kali ini mungkin adalah berelax2 dahulu, berserang-serang kemudian.. Gua jangkakan Sunderland akan sit back untuk save energy sebelum tunggu masa yang sesuai untuk counter attack. kelajuan Frazier Campbel dan Sessegnon akan dioptimakan.

Di pihak Arsenal pulak, sama ada rotation akan dilakukan bermla malam ini atau tidak, ia enjadi satu tanda tanya. Memang melihat pada jadual, rotation adalah perlu. Tapi kita baru sahaja beraksi cemerlang dengan rekod 7-1 ke atas Blackburn jadi musykil jugak Wenger untuk mengacau benda yang dah elok. Berikan lagi peluang kepada En Rosicky menggantikan tempat Rambo kerana dimensi yang disumbangkan antara gandingan Rosicky Arteta telah memebri alternatif baru dengan tempo ball movement yang lebih pantas. Rosicky dengan jenis tippy tappy football berbeza dengan Rambo yang lebih gemar hold bola sebelum finfing the right pass. Apapun kedua2nya ada advantage mengikut pada situasi dan untuk malam ini jika berhadapan dengan pasukan yang akan parking bas depan gol, kemampuan Rosicky untuk mencari ruang di celah lubang2 yang seni mungkin lebih diperlukan oleh Arsenal.

--------------Szczesny-------------
Sagna------PM--------Kos----Mael
--------------Song------------------
---------Arteta----Rosicky---------
---Theo-----RVP-----Chambo----

Kita baru kembali ke landasan sesudah period yang buruk dengan satu kemenangan besar. Jadi untuk membuktikan konsistensi adalah hanya dengan membenamkan rekod tanpa kalah di laman sendiri bawah MON.

Astro  Star Sports 11pm. Sunderland 1-Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: