Kembang semangkuk hidung Arsene Wenger kerana kali ini percaturannya menjadi. Trio subs yang dimasukkan ketika Sunderland mendahului melalui 'gol pelik-unlucky Mertesacker', ternyata memainkan peranan masing2 dan menjadi super subs.Bertambah best lagi apabila dua daripadanya sejak kebelakangan ini bermain di bawah tekanan kritikan manakala yang seorang lagi tetap istimewa di hati peminat, tiada apa lagi yang perlu dibuktikan. Rambo masuk menjaringkan gol penyamaan-walaupun ada mulut2 nakal menyalahkannya atas kematian Whitney Houston,ini kurafat- Henry masuk di minit ke 66 dan Arshavin dimasukkan ketika baki tinggal 3 minit. Gandingan kedua2 mereka menghadiahkan 3 mata yang tersangat dicari2 ketika minit2 terakhir perlawanan. Arshavin dari sebelah kiri walaupun diapit oleh dua defender lawan di hadapannya sempat menyungkit satu cross tepat ke hadapan gawang, dan memang nak dijadikan cerita, Lagenda kita Henry yang berada betul2 di hadapan Mignolet hanya perlu mengkungfu masuk bola melepasi garisan mencecah jaring. Pada ketka itu histeria dibuatnya, staium off light bergema dengan sorakan away fan. Menyaksikan Henry sekali lagi menjadi jurang pemisah antara kedukaan dan kegembiraan adalah umpama satu mimpi. Apa2 jadi selepas match di San Siro, dia telahpun melengkapkan kepulangannya ke Arsenal di hati peminat dengan penuh emosi.
Malam itu memang pasal Arsenal, dan pasal 3 mata penting. Tapi tak salah untuk kita terlebih excited bilamana wira yang disayangi ramai merakamkan gol ke 229 sebagai rekod kelab. Walaupun 6 minggu lebih sahaja tempoh peminjamannya, impak positif sangat ketara. Dengan bantuannya kita dapat 3 mata yang meletakkan kita kembali ke top 4,( Newcastle,Liverpool, Chelsea tewas minggu ini), kita mara ke pusingan last 16 FA Cup dengan lawan yang sama Sunderland minggu depan, dan ia menjadi lebih lengkap jika match terakhirnya bersama Arsenal awal pagi khamis nanti, dia mengulangi sejarah yang pernah dilakukan di San Siro. Menjaringkan gol FA cup di Emirates sudah, menjaringkan gol liga di Emirates di lewat permainan sudah, menjaringkan winning gol dalam liga di away last2 minit pun sudah. Jalan ceritanya tersusun cantik untuk comeback kali ini. Orang akan bertanya "apa lagi yang dimahukan?" tapi bagi Henry sendiri, dia percaya sebenarnya kemampuan dirinya lebih dari itu lagi. Dia pernah menjadi hat-trick hero di San Siro. Jadi untuk mengharapkan dia mengulanginya mungkin satu permintaan yang tinggi tapi cukup sekadar dia dapat bersama2 menjadi sebahagian, memberi semangat dan merasai satu lagi atmosphere european night yang indah bersama kelab yang dicintai sebelum membuat lambaian farewell kedua.
Kemanisan tanpa pengorbanan tidak memenuhi ciri2 perjuangan. Arsenal mungkin terpaksa membayar harga mahal dengan kecederaan yang dialami Mertesacker tempoh hari. Bola yang berjaya di intercept oleh Song dibiarkan untuk pemain galah ini kejar tapi entah tidak semena2 dia tergolek bagai nangka busuk. Wenger ada memikirkan tentang perlunya McClean memberhentikan perlawanan dengan semangat kesukanan tapi kemudian berfikiran rasional dan logik; bagaimana player nak tahu sama ada opponent itu buat2 jatuh, terjatuh atau benar2 injured.-mungkin sebab dah menang jugak jadi Wenger tak banyak bunyi.haha. Tapi melihat kepada gambar kondisi kakinya yang dikongsi Mertesacker, ouch..harap tidak seteruk yang ada dalam gambar kerana ketika sprint out ini kita memerlukan kesemua pemain2 fit dan kembali.
Berita untuk masa depan, Ryo Miyaichi telah melakukan debutnya dengan bolton sebagai sub di separuh masa kedua. Dan daripada perkhabaran , pemain Jepun itu tak menghampakan walaupun gagal membantu Bolton meraih sebarang mata ketikga bertemu Wigan. Seorang lagi pemain muda yang entah apa masalahnya kerana tak menjadi2 di Arsenal seperti diharapkan iaitu Carlos Vela boleh pulak cipta nama kat Spain.Vela score dan assist dalam kemenangan 2-0 Real Sociedad ke atas Sevilla. Ada ura2 mengatakan pemain Mexico ini sudah tawar hati untuk kembali ke Arsenal. Gua rasa pun mungkin sudah tiba masanya kita melepaskannya melihat kepada keadaan sekarang dan jugak kekerapan Wenger benar2 mempercayainya jugak diragui.Mungkin masalah attitude, mungkin sebab tertinggal passport satu ketika dulu tapi sayang bakat ada cuma mungkin rezeki bukan di Arsenal. Apapun tunggu hingga summer nanti.Arsenal baru saja sign satu lagi bukan Cesc tapi 'Kes' Fabregas, Ini kerana Jon Toral yang berDNA Barcelona telah sign kontrak profesional dengan Arsenal. pemain AM ini memang dikatakan berbakat tapi sama ada ia hanya akan mengulangi kes jejak kasihan antara Arsenal Barca dan Toral pulak, hanya masa yang dapat menentukan.
Dan utnuk awal pagi Khamis, ape cerita belah tuan rumah? Mereka baru sahaja bangkit dari ketinggalan untuk menang ke atas Udinese 2-1.Gua tengok sekejap match malam tu sampailah gol De Natale dengan bongkak gua kata kat member gua macam ni Milan boleh makan. Tapi lepas tu memang diorang boleh makan, makan dengan senang hati balik rumah goyang kaki sebab keputusan akhirnya mereka berjaya menang 2-1. Dan mereka diberi moral boost dengan kembalinya, Pato, Nesta, Boateng, Flamini ke sesi latihan. Lebih buat game nanti sengit adalah kehadiran Mark Van Bommel dan Zlatan yang penggantungan mereka tidak akan dikira dalam saingan Eropah maka mereka bebas bermain. Yepes dan Aquilani jugak tengah menghitung hari dalam proses recovery. Gua suka cabaran, gua suka opponent dengan full strength , lagipun itulah yang sepatutnya bagi saingan yang dinamakan Champions League. So Milan, bring it on!! Dulu ada kata2 ini saingan terakhir Arsenal dalam Champions league, tapi dulu jugak merekayang kata Arsenal tak mampu melepasi Udinese, jadi kini bola sepak tak bergerak selagi disepak. ke mana arahnya hanya di kaki pemain yang menentukan. Sehingga kini, gua percaya kita masih lagi dalam landasan yang betul untuk kembali mencipta momentum kestabilan. Mari berharap agar keterlibatan kita dalam saingan Eropah di pertengahan minggu memberikan kita sedikit pride.. Forza Gunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan