Rabu, 15 Februari 2012

Pre Match : Azam Arsenal di San Siro



Dalam pusingan last 16 ni, pertemuan antara kita dan AC Milan diketahui umum sebagai paling glamor. Pertembungan 2 kelab yang mempunyai sejarah dan rekod tersendiri dan ada status elite di kalangan kelab2 eropah. Kita mungkin pasukan pertama yang menewaskan mereka di San Siro, tapi yang menariknya sesudah baru 4 tahun yang lepas, dalam skuad kita hanya tinggal Sagna dan Walcott sahaja yang sempat merasai pengalaman itu manakala RVP sub yang tidak digunakan. Seorang lagi pemain yang mempunyai kenangan manis di stadium kongsi itu adalah Thierry henry yang menjaringkan hat-trick ketika kita membenam rival mereka Inter 5-1 pada 2003. Jadi berbekalkan pengalaman2 pemain2 di atas, Henry terutamanya untuk membakar semangat berkongsi self belief.

Bagi Milan pulak mereka pasti akan cuba menghapuskan badi tewas 3 kali di peringkat yang sama di tangan kelab2 BPL, Arsenal kemudian United dan musim lepas Spuds(yang bernasib baik).Wenger ada cakap mereka kaji rakaman game Spuds Milan , yang membuktikan domination bukan jaminan untuk kemenangan. Pada malam itu, Milan berhempas pulas outplayed Spuds, dengan taktik 'kotor' jiran london itu sit back dan hanya menunggu masa yang tepat untuk counter attack dan mereka pulang dengan kelebihan away gol. Adakah itu taktik yang popular bagi Arsenal, sudah tentu tidak tapi Arsenal perlu berjaga jika tidak mahu mengalami nasib yang sama di sebelah pihak yang kecewa.

Pundit dan pemerhati kata kelebihan mungkin di pihak Arsenal yang menggunakan bahagian flank  antara pace Theo dan Chambo. Namun jika terlebih konfiden, trio Pato, Zlatan dan Robinho mungkin boleh menganggugugat barisan pertahanan Arsenal yang terpaksa restructure balik akibat ketiadaan Mertesacker. Mael dalam satu kenyataan media yang diputar belit telah didakwa meluahkan rasa kecewa bermain di left back padahal apa yang disebutnya ialah dia labih gemar bermain di bahagian natural positionnya iaitu CB di mana dapat membantu gamenya berkembang. Tapi nampaknya,Mael harus menunggu untuk kembali ke CB kerana untuk mengharapkan Gibbs yang baru pulih, terus ke dalam pasukan adalah satu risiko. Johan mungkin adalah solution Wenger untuk menggantikan slot PM . Satu lagi option untuk meletakkan Coquelin sekali lagi out of position di bahagian fullback, dengan ini Mael boleh bergandingan dengan Kos. Wenger kata dia kenal benar dengan Zlatan yang selalu hidup di big games, tapi pada gua Arsenal perlu jugak memberi perhatian pada pemain yang tak berapa biasa, El Shaarawy kerana nama2 yang pelik biasanya mampu membuat kejutan. Dia  antara pemain yang bermain bagus dalam game terakhir milan. Dia belum melakukan debut di peringkat Eropah.

Wojciech Szczesny
Lukasz Fabianski
Thierry Henry
Robin van Persie
Yossi Benayoun
Andrey Arshavin
Theo Walcott
Aaron Ramsey
Tomas Rosicky
Alex Song
Mikel Arteta
Alex Oxlade-Chamberlain
Laurent Koscielny
Francis Coquelin
Thomas Vermaelen
Johan Djourou
Kieran Gibbs
Bacary Sagna

Daripada senarai 18 pemain yang dibawak terbang, kita boleh menjangkakan lineup seperti ebrikut:

-------------Szczesny------------
Sagna-----Johan----Kos------Mael
--------------Song--------------
--------Arteta------Rosicky----
---Theo-----RVP-----Chambo------

Untuk 1st leg away, away gol adalah satu kelebihan yang perlu dicari, kemenangan adalah bonus. Sebagai kelab yang berClass, kenapa tidak kita mensasarkan yang terbaik? Satu lagi kemenangan akan menguatkan lagi teori kita di landasan meomentum terbaik.Satu lagi, Ini mungkin perlawanan terakhir bersama lagenda kita. Hadiahkannya dengan koma(bukan noktah- dengan harapan jodoh masih panjang) gembira.A great farewell..on a great European night...  Astro ESPN 345 AM. AC Milan 0 - Arsenal 1.




Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: