Khamis, 16 Februari 2012

Post Match : "We were never in the game"


Sedangkan Thierry Henry pun tak mampu selamatkan Arsenal dari ditogelkan AC Milan 0-4 dalam perlawanan yang sepatutnya menjadi farewell buatnya. Tiada lagi malam eropah yang indah, klasik dan dikenang, tapi bakal dipahat sebagai kekalahan terbesar Arsenal di peringkat kalah mati kejuaraan Eropah setakat ini.Kita mungkin boleh cakap segalanya bermula dari pemilihan line up yang diturunkan, namun realitinya dibandingkan dengan AC Milan, mereka pun bukan lagi dibarisi nama2 gah di setiap posisis cuma kita switch off lebih teruk lagi, lebih dasyat , ada pemain2 yang nampak seakan2 tak tahu kenapa dia ada kat atas padang tersebut.Alasan2 padang teruk, zlatan offside, kos injured, mael tergelincir, dan johan bodoh adalah sebagai penapis nak sedap hati tapi sejujurnya, unit pasukan kita berterabur kerana secara individunya, tak seorang pun yang main dengan baik. Mungkin susah untuk Arsenal bangkit 2nd leg nanti, ia memerlukan sepenuh kudrat, sedikit nasib dan yang paling penting rezeki. Layak kini dilihat umpama bonus, tapi kemenangan adalah perlu demi maruah dan jugak harapan penyokong di laman sendiri.

Arsene Wenger mengambil riskio dengan gamble menurunkan terus Gibbs yang dah tak main 4 bulan. Ini sedikit sebanyak dilihat menganggu sistem flow yang sedia ada ketika ini kerana kekerapan Arsenal menyerang adalah melalui bahagian wide dan flank. Gibbs yang belum match fit dilihat struggle untuk deliver dan membantu dalam overlaps. Le Prof juga memilih untuk menolak Rosicky ke bahagian wide dengan menggugurkan Chambo bagi memberi ruang Rambo menjadi jeneral di bahagian tengah. Percaturan ini tak menjadi kerana sekali lagi Rambo gagal memainkan peranannya menampakkan gap antara midfield dan bahagian serangan membiarkan RVP isolated. Kekurang percayaan Wenger terhadap Chambo agak bias kerana Theo ternyata diberi peluang ketika dia dah berapa kali tetap tak delivered. Pemandangan sebelah mata Wenger terhadap pemain2 lebih berpengalaman seperti Yossi dan Andrei bagi pilihan bergandingan dengan Arteta jugak tak membantu. Itu hipotesis problem dari line up.

AC milan lebih tersusun. Mereka tahu bila masa patut defend, bila masa perlu attack. Di setiap department mereka ada leader dengan Zlatan di atas, Seedorf(walaupun sekajap), Van Bommel di midfield, Mexes di bahagian bawah. Berbeza dengan Arsenal, hanya beberapa nama sahaja untuk dipandang bila keadaan memerlukan tapi kebanyakan belum pernah merasai kejayaan di peringkat tertinggi.Itu adalah ramuan ciri2 untuk berjaya di kejuaraan eropah, pengalaman. Wenger dah mungkin cukup pengalaman tapi pengalaman2 buruk ini masih tak cukup mengajarnya agar jangan memasukkan badut Johan sebagai sub yang kita boleh agak jalan ceritanya.. Dari sudut separa positif, kebelasahan ini bagus sebagai peringatan buat pemain2 yang belum masak untuk bermain di peringkat sebegini.

Gol pertama dari si Putera itu pasti membuatkan jiran sebelah membahan kita ketawa besar. Sedangkan mereka pun boleh bawak balik 1 gol, ditambah lagi dengan bekas pemain mereka yang menjadi pemusnah. Arsenal awal pagi tadi umpama terkena 'Boateng' orang. volley yang cukup superb menewaskan Szczesny tapi areal positioning defender kita boleh dipertikaikan. Bagaimana pemain tengah, Boateng boleh dibiarkan free meluru ke dalam kotak penalti. Gol kedua boleh didebat tentang offside tapi puncanya boleh dihalang jika marking terhadap Zlatan diberi perhatan lebih. Berapa kali malam ini Zlatan dilihat bebas berpeleseran . Pada ketika itu bagi seorang striker tak kisahlah positioning offside atau tidak, untung nasib, timbul begitulah jadinya. Bak kata raja offside, Inzaghi, "dalam 99 kali aku offside takkan sebijik pun takkan dikira masuk gol".Itu opportunist. Dan apabila pemain setinggi Robinho mampu melakukan tandukan ke arah gawang , anda boleh tahu defend lawannya bermasalah besar. Di atas kertas, Sagna- Mael-Kos-Gibbs adalah back 4 pilihan untuk Arsenal FC tapi atas padang ketika ini, kestabilan yang dicari masih belum sebati. Mael sebelum ini terlalu lama main out off position dan seperti dikatakan tadi pemain2 yang baru baik seperti sagna dan Gibbs terutamanya dipaksa untuk kembali.Dan bila Koscielny injured, Johan dibawa masuk mimpi ngeri hanya tunggu masa untuk jadi igauan berlari.

Mael tak bernasib baik ketika gol ketiga. Tergelincir lalu membuka ruang kepada Robinho melepaskan rembatan dari luar kotak penalti membiarkan Szczesny hopeless.Itu menyimpulkan game Mael pada malam ini yang di bawah par. Henry yang baru masuk 4 minit sebelum menggantikan Theo tu tak sempat nak buat apa2. Sumbangannya paling ketara adalah flick kepada RVP yang membuat half volley namun sempat ditepis keluar Abbiati. Penjaga gol botak itu kegirangan bagai menggila kerana lepas sejam baru dapat betul2 rasa menyentuh bola. Chambo dibawa masuk untuk Gibbs bermakna Song ditolak ke bahagian CB. Ada usaha dari Chambo untuk cuba melepasi markernya dan menghantar bola ke kawasan bahaya tapi kebanyakan tak menemui target. Ketika 0-3, target hanyalah cari away gol dan melimitkan malapetaka. Kedua2nya Arsenal gagal. Johan sekali lagi membuat lawak sarkis termakan dengan taktik pusat graviti Ibra yang tinggi bergalah namun senang dijatuhkan. Zlatan menyempurnakan sendiri penalti walaupun terkena jari jemari Szczesny. Last minit Szczesny menafikan Emanuelson dari menambah gol kelima.Kedudukan kekal 0-4. Lengkap malam kasihan buat Arsenal.


Ini antara quote2 dari Arsene Wenger selepas tamat perlawanan :

It was of those nights you never forget. It is our worst night in Europe, we were punished and deservedly so. We were very poor offensively and defensively. We were beaten everywhere. There was not one moment in the 90 minutes we were really in the game. What made it worse is that we had to chase the game. It was always the same problem, balls over the top and we were well beaten.
It is difficult to analyse. I think it is better not to talk too much. We need to analyse with a cooler header and regroup for the next game.

Pergeraan bola adalah lembap dan tempo rentak kita perlahan dengan passing sideways ke hulu ke hilir tanpa arah. kurang directness!

You could blame and blame. We have to stick together and win the next game. The players were very ambitious in this Champions League. They are the first to be very sad. We felt powerless today to get really into the game.
I cannot say I got everything perfect when we lost 4-0 but I don't believe we made big tactical mistakes. We did not have any other choices. I felt we were weak in some departments. I felt we could have some problems in some departments but I did not think we would not score.
Memang diorang patut sedih , sedih dengan aksi diri sendiri. Tiada pilihan adalah nonsense , Wenger yang memilih barisan yang diturunkan dan siapa di bangku simpanan. Mungkin overkonfiden dengan kemenangan lalu.
  Let's be realistic, we don't play in dream world. Maybe two per cent or five per cent statistically. We have to show a completely different performance and you never know. But, you have to say, realistically, we are out of the competition.

Wenger bunyi seakan2 dah give up? Kita mungkin dah terkeluar tapi selagi wisel penamat 2nd leg belum dibunyikan sila ambil serius dan main dengan penuh bermaruah . Gua tak memberi najis tentang Justin Bieber tapi gua mungkin terpaksa pinjam quote lagunya berjudul 'never say never'.  Sudah tiba masa kita step up, man up, tunjukkan kejantanan. Mengaku kalah sebelum berjuang , maka diri adalah helpless dan tak boleh dibantu selain dari diri pemain sendiri. Belajar dari Class of 2004, Deportivo La Coruna. Mereka dibelasah AC Milan 4-1 tapi di 2nd  leg ketika orang ramai, rata2 tak memberi harapan, dari pasukan bawah anjing,underdog mereka bangkit membuat comeback bersejarah dalam European Night membenam Milan 4-0 sekaligus layak dengan agregat 5-4. Sejarah dah buktikan pernah ada. Terpulang pada generasi kini sama ada untuk mengulangi atau sekadar menangisi...

Agi idup agi mengGunners!!


4 ulasan:

Abdul Aziz Bin Abd Razak berkata...

Serius aku suke posting2 kaw... keep it up.. teruskan menulis menggunakan jari jemari kaw... Agi idup agi mengGunners !!

aitor berkata...

aku pun sma.kagum..nak2 yg entri psl moneyball tu trus g cri dvd dia..haha..terbaikkkkkkkk..

Gunners & Roses berkata...

Salam kalian,

En Abdul Aziz Bin Abd Razak,tq for your spport dan memeriakan lagi Arsenalaysia,

En aitor, sudah download dan tengok?! waa bagus..moneyball for oscar!! haha

We may not be champion, but it shouldn't mean that we can't play like champion.That's part of Arsenal..principle and style..

terima kasih kerana sentiasa mengGunners.

azfarannur berkata...

sama pendapat dalam isu game lepas... http://azxej.blogspot.com/2012/02/game-milan-lawan-arsenal.html